Tragedi Charlie Hebdo kat Perancis memang satu tindakan yang boleh dikira sebagai kejam dan patut dikecam sebabnya berlaku pembunuhan pada orang awam. Apa yang aku nampak ada 2 aspek dalam kes nie.
Yang pertama - mungkin ini adalah serangan balas oleh muslim di Eropah akibat dari karikatur yang menghina Rasulullah SAW dan penghinaan ke atas Islam oleh pelukis kartunis majalah Charlie Hebdo. Jadi dirancang satu serangan ke atas kartunis n kakitangan penerbitan Charlie Hebdo. Mana-mana individu yang cuba menghina Nabi Muhammad SAW memang patut terima akibatnya seperti nie. Sapa leh tahan kalau Islam dan Nabi junjungan dihina.
Yang kedua - mungkin ini adalah rancangan jahat dari pengikut dajal supaya mencalarkan imej orang Islam. Dirancang satu serangan berlabelkan Islam ke atas Charlie Hebdo. Secara tak langsung depa dah berjaya menunjukkan yang Islam nie ganas dan kejam. Automatik lepas nie akan ada serangan balas ke atas penduduk muslim di Eropah akibat dari rancangan dajal yang menggunakan nama Islam menyerang Charlie Hebdo.
Dua elemen nie berkemungkinan boleh berlaku. Aku lebih memilih kategori yang ke dua. Memandangkan ada pegawai polis beragama Islam pun dibunuh selepas dia dah cakap kat penembak tu dia sorang muslim. Ditembak sampai mati juga. Kalau dah nak bunuh orang yang menghina Islam adakah sebagai sorang muslim sanggup amik nyawa saudara seagama juga bila dah cakap "Aku seorang muslim"....lagi mau tembak ka?????
Ada persoalan BESAQ kat situ??????
Hang nak serang orang yang hina Nabi n Islam dalam masa yang sama pi bunuh gak saudara Islam yang lain walaupun kita tau saudara muslim tu adalah polis Perancis. Sekurang-kurangnya penembak nie tak akan bunuh bagi pengsan ja. Bila dah bunuh ada kemusykilan sikit laaaaa.
Semua orang leh laung Allahuakbar...walaupun bukan Islam pun leh sebut kalimah yang sama....tapi belum tentu depa nie Islam....
Pada aku ada bau-bau hanyir ikan nie....satu gerakan yang cuba melaga-lagakan orang Islam dan bukan Islam kat Eropah. Takkan la penembak nie tak pikir panjang kesan ke atas seluruh komuniti muslim kat Eropah. Maksudnya orang nie akai pendek. Seronok sekejap derita berpanjangan. Saudara-saudara kita seagama kat Eropah akan terima akibatnya nanti. Bukan takat kat Eropah ja....seluruh umat Islam di dunia akan terima akibat...
Mula la Al-Fadhil Sheikh Barrack Obama Uncle Sam seronok sikit keluarkan peruntukkan dan arahan serangan balas ke atas negara-negara Islam atas tiket sebagai polis dunia la konon-kononnya.....
Pada aku nie semua adalah dakyah dajal yang cuba amik kesempatan dari kejadian nie.
Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT.