Tadi tengah layan forum aku jumpa satu post nie tajuk tak leh blah "Suami Cekup Isteri Bersama 2 Lelaki Di Bilik Tidur". Perghhhhh tajuk tak hengat dunia hehehehe. Aku dah leh agak paper mana yang buat tajuk nie hehehehe. Sah Harian Metro.
Itulah realiti sosial yang berlaku di Malaysia pada zaman ini. Macam-macam hal berlaku kan. Aku pun tak paham kenapa benda macam nie berlaku. Dah sampai waktunya untuk Malaysia menggunapakai Undang-Undang Islam yakni HUDUD. Secara tak langsung dapat membanteras dan sekaligus dapat mengurangkan kadar jenayah dan sosial yang makin tidak terkawal.
Kesian ngan suami yang dimaksudkan dalam artikel kat bawah nie. Semoga beliau bersabar dan tabah menghadapi dugaan dari Allah S.W.T.
KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang suami berusia 32 tahun apabila menangkap isterinya sedang ‘berpesta’ arak di dalam bilik di rumahnya di Pantai Dalam, di sini, bersama dua lelaki tidak dikenali, Khamis lalu.
Lebih mengejutkan, pemeriksaan lanjut si suami di dalam bilik itu menemui puluhan botol dan tin arak disembunyikan dalam almari di bilik tidurnya itu.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, berang dengan tindakan isterinya berusia lewat 20-an itu, si suami menghalau kedua-dua lelaki terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.Menurut sumber, si suami yang baru pulang dari kerja berasa curiga apabila melihat dua pasang kasut lelaki di hadapan pintu rumahnya.“Sebaik masuk ke dalam rumah, lelaki terbabit mendengar bunyi gelak tawa dari dalam bilik tidurnya. “Si suami terkejut apabila melihat isterinya dan dua lelaki tidak dikenali berada dalam keadaan khayal di dalam bilik tidurnya. “Si suami menghalau kedua-dua lelaki terbabit sebelum menemui puluhan tin dan botol arak disembunyikan dalam almari di bilik itu menyebabkan mereka bertengkar hampir 20 minit,” katanya.