Salam Ramadhan semua. Hari nie aku nak kongsi satu resipi yang femes ames di selatan tanah air iaitu JOHOR. Menu nie memang superb sehingga menjilat kuku jari tangan orang sebelah hahahaha. Sedap tahap melampau tu hahahaha. Aku memang suka menu nie kalau aku balik ke Johor mesti carinyer lah lebih-lebih lagi dalam bulan puasa.
Kalau korang ada baca entry Journal Of My Life : Alhamdulillah Baru Sampai Dari Kampung dalam tu aku ada citerkan pasal Kacang Pool. Kempunan seh!!!! So hari nie aku nak share resipi yang aku cedok dari MukaBuku a.k.a FaceBook. Thank you pada tuan punya Facebook yang share menu nie.
Malas ler aku nak citer panjang-panjang lagi korang salin atau print cepat menu nie sebelum menu nie dok kat section belakang-belakang nanti. Dah payah nak godeh-godeh.
Bahan-bahan ( 15 orang )
6 -7 tin kacang phool/ medames foul/ , 4 tin blender kasar + 3 tin diramas supaya ia sedikit berbiji-biji
5 sudu makan minyak sayuran
3 sudu makan rempah kari daging babas
1 sudu makan serbuk lada putih
200 gram daging cincang, digoreng tanpa minyak
#Bahan untuk kisar#
1 sudu makan jintan halus
1/2 sudu makan jintan kasar
2 biji bawang besar
1 inci halia
4 biji bawang putih
1 cawan lada kering kisar
#Bahan Hiasan#
6 biji telur, digoreng buat mata lembu setengah masak
2 biji bawang besar, didadu
4 batang lada hijau, dipotong serong
20 sen limau kasturi
1 tin minyak sapi, dicairkan
Cara Masak
Cara-cara Panaskan minyak sayuran, tumis lada kering kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga ia naik bau. Masukkan rempah kari daging, serbuk lada putih, daging cincang, kacang phool yang telah diblender kasar dan juga diramas. Masukkan garam dan ajinamoto (jika suka). Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti cair tak sedap. Bila sudah mendidih, sudah sedia untuk dihidangkan.
Cara Menghidang Sendukkan kacang phool kedalam pinggan. Ambil satu sudu makan minyak sapi yang telah dicairkan tuangkan atas kacang phool. Ini untuk membangkitkan dan juga menyedapkan kacang phool. Taburkan sedikit bawang yang telah didadu, hirisan cili hijau dan sebutir telur goreng. Limau kasturi letakkan ditepi. Sesuai dihidangkan dengan roti perancis atau pun roti potong.
SUMBER: Facebook

Gambar Ehsan www.azuanzahdi.com