TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Thursday, 4 August 2011

Luahan Hati Bekas Kekasih Elia a.k.a Jejari Runcing Lak Dah

Perghhhhh makin lama makin berserabut citer Elia a.k.a Jejari Runcing ngan Khairul Fahmi a.k.a Apek. Orang nie cakap pasal orang tu. Orang tu lak cakap pasal orang nie adoiyaiiii. Makin pening makin komplikated. 
Sekarang nie tengah kecoh lak pengakuan berani mati kononnya bekas boipren Elia. Korang leh baca kat bawah nie luahan ex Elia. Lepeh nie kuar lak ex Apek hehehehe. Macam-macam dunia nie ek. 











LIVE Streaming: Himpunan Remaja Ramadhan Bersama Ustaz Azhar Idrus

Meh ler tengok LIVE nie.


Streaming live video by Ustream

Butter Golden Churn Tak Halal Ada DNA Babi


Korang masih ngat lagi ngan entry aku sebelum nie pasal Butter Daripada New Zealand Mengandungi DNA Babi?????? Kalau lum baca leh ler baca kat situ yer.

Tadi aku baru terbaca kat paper Berita Harian produk Butter Golden Churn dari New Zealand tak halal sebab ada kandungan DNA babi. Jadi pihak JAKIM dan JAIS telah keluarkan kenyataan rasmi pasal isu nie. So korang leh ler berhati-hati jangan beli produk nie. 

Memandangkan sekarang nie tengah musim orang buat kuih raya. Kepada semua pengusaha kuih dan kek raya harap amik perhatian dan jangan ler pakai produk nie dalam produk korang yer. Kang naya jer korang nak kena tanggung dosa sebab sediakan produk tak halal pada pelanggan tak ke naya tu. 

Aku ada dengar produk butter nie digunakan dalam kek lapis sarawak betul ke???? Kalau betul kena ler cari alternatif lain untuk dijadikan ramuan untuk produk kek lapis kang nanti orang tak berani nak makan lak.

Kete Aku Merajuk??? Abih RM700.00

Hari nie kete aku merajuk????? So aku kena ler redha keluarkan duit RM700.00 untuk pulihkan duka lara kete aku tu....kang nanti dia merajuk lagi naya aku hehehehe.....

Sebenarnya aircon kete aku ada masalah......gas leaking so kena tukar ler part yang ada masalah.....so total aku kena keluarkan RM700.00.......harap lepas nie jangan ler ada masalah lain lagi hehehehe.....maklumlah kete dah leh masuk dalam kategori "antik".....so biasa ler kan kalau sikit-sikit nak merajuk hehehehe....

Walaupun kete aku tu dalam kategori "antik" aku tetap suka drive kete tu.....dengan kete tu ler aku bermula.....susah payah aku ngan kete tu ler.....ke mana-mana jer dia akan bersama-sama aku.....insyallah aku tak akan jualnyer.....tu kete champion punya ooooooo......

Sapa Cakap Matematik Tak Seksi????

Hehehehehe nak guling-guling aku tengok picture nie hahahaha....sapa kata maths tak seksi....korang tengok ler sendiri apa macam seksi tak???? Nie ler yang dinamakan sebagai creative tahap gaban hehehehe.....

Tazkirah Selepas Tarawih; Apakah Fokus Utama Puasa????

Malam tadi aku gie tarawih kat surau area umah aku...aku suka sangat ngan tazkirah yang disampaikan oleh ustaz tu....dari tazkirah tu secara tak langsung membuka minda aku untuk memahami lebih jelas pasal bulan Ramadhan.....aku nak tanya korang semua leh ke....aaaahhhhh kalau tak leh pun aku nak tanya gak hehehehe......apa fokus utama kita dalam bulan Ramadhan nie ek???? apa agaknyer jawapan korang semua hehehehe

Penah tak korang terpikir sebenarnya fokus utama kita dalam bulan Ramadhan nie selalunya lari dari tujuan asal.....kita akan melebihkan perkara sunat lebih dari yang wajib...aku setuju dengan pandangan ustaz yang bagi tazkirah selepas tarawih malam tadi...benar apa yang dia cakap kita lebih fokuskan perkara yang sunat sebenarnya....

Aku suka ngan perumpamaan yang dia pilih iaitu LAUT sebagai medium untuk dijelaskan pasal perkara nie....kalau kita tengok LAUT apa yang kita fikir dan apa yang kita fokus.....dah tentu nak terjun laut mandi-manda sambil bersuka ria....cuba kita tengok pada perspektif nelayan pulak apa diaorang nampak....dalam LAUT ada ikan....ada ikan ada ler hasil yang boleh dijual.....macam mana pula ngan pencari mutiara???? ada LAUT pasti ada mutiara....hasil mutiara pasti lumayan.....

Nampak tak perbezaan fokus pada setiap orang.....setiap orang pasti ada fokus yang berbeza-beza....sama ler juga ngan bulan Ramadhan.....sedarkah kita ada dikalangan kita dah siap prepare ngan solat tarawih nyer, solat witir nyer, tadarus nyer, qiamullail nyer, bisnes kat pasar ramadhan nyer, buat kuih raya nyer, hias rumah ngan perabut baru nyer dan lain-lain lagi.....

Tapi akhirnya kita lupa pada perkara wajib iaitu PUASA......betul kita memang berpuasa....tapi adakah kita benar-benar menjalankan ibadah puasa????? Bagaimana dengan solat 5 kali seharinyer, bagaimana dengan sedekah jariahnyer, bagaimana hubungan kita sesama insan, bagaimana rutin keje kita, bagaimana kita menjaga anggota tubuh kita dan lain-lain lagi....panjang rasanya kalau aku nak listkan hehehehe

Mengikut ustaz tu tang perkara wajib PUASA nielah ramai dikalangan kita gagal letakkan priority utama dalam bulan ramadhan nie.....kita seakan-akan lupa perkara-perkara wajib & sunat PUASA.....kita lebih kejarkan perkara sunat sampai terlupa pada tuntutan yang wajib....contoh buat keje kat ofis tak amanah curi masa ofis semata-mata nak buat solat sunat....kan tak elok macam tu.....perkara-perkara macam nie ler yang ditegur oleh ustaz tu masa tazkirah selepas tarawih malam tadi.....

Ustaz tu ada cakap gak....sampai jer ramadhan berebut-rebut orang nak berniaga......ada orang dah berkira-kira nak berniaga di bazar ramadhan sebab nak dapatkan duit lebih.....memang betul tak salah....tapi bayangkan selama nie tak penah nak berniaga tiba-tiba masa ramadan nak berniaga.....rasanya korang mesti penah beli kat bazar ramadhan kan.....penah tak beli makanan atau minuman yang korang rasa macam tak berbaloi....rasa seakan-akan ditipu.....aku gerenti mesti ada yang penah kena sebab aku pun penah kena hehehehe.....so di mana keikhlasan orang yang berniaga nie yang patut diberikan fokus utama dalam perniagaanyer?????? bukan ke peniaga tu sedang berpuasa tapi kenapa sanggup melakukan aniaya pada pembeli....tak ke rugi segala amalan puasa tu???? So di mana fokus utama orang berkenaan?????

Begitu juga dengan solat tarawih....bukan tak boleh nak kejar tarawih takder masalah sebenarnya.....silakan bertarawih kejarlah ia.....tapi bagaimana kita menjaga adap PUASA yang wajib disiang hari.....percaya atau tak ada orang tak sabar-sabar nak bertarawih, berwitir, bertadarus, berqiamullail dan sebagainyer.......tapiiiii di siang hari malas bekerja, curi tulang, tido waktu keje, buang masa, tak amanah, kuat mengumpat, suka mengeji, takbur, riak dan sebagainyer......siap bagi alasan lagi letih & penat berpuasa.....adoiyaiiii PUASA gak jadi mangsa.....

Sebab tu aku setuju bebenor ngan pandangan ustaz tu.....apa kata kita letakkan fokus utama tu pada perkara wajib PUASA dulu.....dari terbit matahari sampai ler terbenam matahari.....kat situ adalah tuntutan sebenar dalam bulan Ramadhan......ada tuntutan wajib yang perlu kita pikul untuk menewaskan hawa nafsu.....hanya melalui PUASA hawa nafsu leh ditewaskan.....dengan syarat kita jaga semua adap wajib PUASA......

Sama-samalah kita berusaha untuk tingkatkan fokus utama dalam bulan Ramadhan nie iaitu PUASA......kita serahkan lah seluruh jiwa raga hanya untuk Allah.....Sesungguhnya setiap amalan wajib dalam bulan Ramadhan dijanjikan ganjaran 70 kali ganda pahala.....setiap amalan sunat pula diberikan ganjaran pahala wajib......tak ke banyak tu.....

Sory ler yer sebab aku bawakan citer nie pada korang semua walaupun sebenarnya aku tak layak untuk sampaikan hal nie pada korang.....aku juga minta maaf kalau ada yang tersinggung hati.....
Wallahualam Bishawab

Wednesday, 3 August 2011

Sosej Pulut Dan Kepingan Ayam Dari Thailand Tak Halal

Perhatian kengkawan semua!!!!! Aku baru dapat info Sosej Pulut dan Kepingan Ayam yang diimport dari Thailand tak halal. So korang semua kena ler berhati-hati memilih produk makanan dari Thailand lepas nie. Tambah lak dalam bulan Ramadhan nie macam-macam menu hidangan berbuka orang jual dan yang pasti kita sendiri pun tak tahu tahap HALAL produk yang dijual. 
Jadi korang kena ler berhati-hati lepas nie ek. Mencari yang HALAL itu adalah difardhukan ke atas setiap muslim. Selamat berpuasa.



TAK HALAL...sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari Thailand.



KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.

Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.

“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More