TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Monday, 14 November 2011

Tweet Cinta Tengku Mahkota Johor Khas Buat Fazura - "Love You Baby @missfazura"


Wahhhhhhh!!!!! Nampak nyer takder rahsia lagi perasaan cinta Tengku Mahkota Johor Yang Teramat Mulia Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim terhadap pelakon comel lote Nur Fazura Binti Sharfuddin atau lebih dikenali dengan FAZURA. Rasanya hubungan cinta diaorang nie makin serius. 

Bila aku tengok jer tweet jiwang Tengku Mahkota Johor khas untuk Fazura dah memadai. So kita leh tahu setakat mana hubungan cinta tu serius ke tak. Pada aku memang Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim cintakan Fazura. 

Kalau korang tak caya meh tengok gambar bawah nie. Bukan senang tu sorang anak Raja yang berjiwa rakyat nie nak keluarkan kata-kata cinta secara open macam nie lebih-lebih lagi kat Twitter.


Fazura pun ada retweet pada Tengku Mahkota Johor. Korang leh tengok kat bawah nie.


Rasanya seluruh rakyat Johor dah tak sabar nak tengok Tengku Mahkota Johor naik pelamin dengan Fazura hehehehe. Semoga hubungan cinta mereka berdua akan berkekalan.

Sunday, 13 November 2011

Zarina Anjoulie Lavocah "Mulut kata haram.. Tapi sambil tengok gosok2 bebird"

Perghhhhhhh!!!!! Tak leh blah ayat Zarina Anjoulie Lavocah nie. Aku tak paham naper dia leh bikin ayat panas dan kontroversi seperti tu kat Twitter dia. Korang tengok sendiri salah satu kat bawah nie.


Bila aku baca sendiri kat Twitter Zarina Anjoulie nie banyak lagi komen kontroversi minah nie. Maybe dia hangin sebab orang komen pasal gambar-gambar terlampau untuk majalah FHM Indonesia. Nie salah satu gambar yang dimaksudkan. Nak tengok gambar lain leh tengok kat sini.


Pada aku mana taknyer orang komen dan tegur minah nie, sebab dia seorang Islam. Dia bergambar keterlaluan macam tu buat apa. Dah tentu ler akan ada pihak yang akan komen dan tegur. 

Tapi itu ler jadinyer bila orang tegur Zarina Anjoulie nie dia lak keluarkan komen balas yang tak membina langsung. Dia lak hangin. Macam-macam ayat dia kuarkan kat Twitter. Adoiiii pelik sungguh.

Banyak blog-blog yang bangkitkan pasal isu nie. Korang leh baca artikel dari MyNewsHub pasal isu panas nie.
KUALA LUMPUR – Kontroversi yang melanda aktres Zarina Anjoulie Lavocah yang berposing seksi terlampau untuk majalah FHM Indonesia begitu panas diperkatakan di kalangan peminat-peminat industri hiburan tanahair. 
Kontroversi tersebut dihangatkan lagi apabila aktres yang pernah digelar ‘anak pontianak’ itu membalas kritikan terhadapnya dan membicarakan tentang perihal buah dadanya yang menjadi bahan kecaman umum. 
“All I hear frm yesterday is tetek ths tetek that.Apa dosa sial tetek ak kat org..Masing2 ada tetek nk kacau tetek org,” bebel Zarina di laman sosial Twitter miliknya yang kemudiannya menggalakkan lebih ramai peminat berbicara soal buah dada miliknya itu. 
Selain itu, Zarina yang dikritik beberapa blog hiburan tempatan sebagai gagal menonjol di bidang lakonan selain mengharapkan publisiti melalui indentiti seksinya itu kemudian dengan bangga memberikan ‘tips’ agar kelihatan mantap seperti yang dimilikinya. 
“Girls pegi La Senza beli push up bra maximum double layer, SETTLE THE BATTLE,” katanya lagi. 
Namun begitu, melihat gambar ‘terlampau’ yang tersiar di majalah FHM Indonesia tersebut sudah tentu ramai yang tertanya-tanya, apakah benar saiz buah dada yang menjadi kebanggaan Zarina itu adalah natural atau telah diedit menggunakan teknik ‘superimposed’ oleh majalah hiburan Indonesia tersebut. 
Membandingkan saiz buah dada Zarina pada gambar-gambar aktres tersebut sebelum ini, boleh dikatakan saiz sepasang payudara miliknya ketika itu agak kecil dan tidak semantap yang tersiar di majalah tersebut. 
Timbul pula persoalan sama ada benar Zarina menggunakan coli jenis “push up bra maximum double layer” dari La Senza, membuat suntikan kosmetik terhadap payudaranya atau gambar buah dada Zarina telah diedit. 
Bagaimanapun, hanya Zarina sahaja yang mampu menjawab persoalan ini dari terus dihujani pelbagai spekulasi nakal yang membicarakan tentang buah dadanya itu. 
Berikut adalah beberapa keping gambar Zarina Anjoulie Lavocah untuk perbandingan pembaca. 
Mynewshub.my

Saturday, 12 November 2011

Fasha Sandha Versi Majalah LISA vs Fasha Sandha Versi Jom Heboh Kelantan

Sebelum nie masa Jom Heboh dilangsungkan kat Kelantan ramai artis-artis wanita berubah wajah dari nampak jambul di depan terus bertudung litup. Termasuk ler Fasha Sandha. Nampak ayu dan cantik jer masing-masing kan. Tapi itu kisah kat Kelantan ler.

Korang tengok ler gambar kat bawah nie.


Sekarang nie bandingkan gambar kat bawah nie lak. Perghhhhhh dah macam  artis HOLLYWOOD lak. Huish HOLLYWOOD jauh sangat takpe BOLLYWOOD dekat sikit hehehehe. Korang tengok dan nilai ler sendiri. 

Pada aku amat tak sesuai cara pakaian Fasha Sandha masa majlis pelancaran majalah LISA. Adoi naper ler pakai macam tu. Dah terasa macam bukan kat Malaysia lak aku rasa. 

Amat jauh sekali perbezaan gambar Fasha Sandha di Kelantan dan di majlis pelancaran majalah LISA. Apa-apa pun aku berharap Fasha Sandha tak pakai seksi macam nie lagi ler pada masa akan datang.

Aku rasa tak sesuai untuk aku letakkan semua gambar Fasha Sandha kat sini. Kalau korang nak tengok KLIK SINI

    

Friday, 11 November 2011

Polis Kena Maki Hamun

Korang tengok ler sendiri. Aku rasa tu Polis Bantuan. Yang aku tak leh blah dialog Mamat India tu "PIJAK LU.....PIJAK LU...." hehehehe macam lawak lak aku tengok.

Apa-apa pun Bahasa Jiwa Bangsa. Korang layan ler sendiri ek.

Chef Wan Tegur Chef Riz - Aku Tabik Spring Dengan Chef Wan


Rasanya semua orang dah tahu pasal isu resume Chef Riz dalam Master Chef. Pada aku Chef Riz perlu mohon maaf sekiranya kesilapan maklumat itu berpunca dari dia sendiri. Malu seh kalau saja buat profile macam tu. 

Tapi aku betul-betul respek ngan Chef Wan sebagai bapa pada Chef Riz, dia sendiri buat teguran keras pada anaknya. Bukan mudah nak jumpa seorang bapa yang terkenal macam Chef Wan buat teguran terbuka macam tu.


Walaupun pedih kata-kata dan teguran Chef Wan tu, anak dia Chef Riz wajib patuh dengan teguran tersebut. Bapa dia bukan Chef biasa. Bukan calang-calang Chef seh!!!! Bapa dia seorang Celebrity Chef yang terkenal bukan saja kat Malaysia malah luar negara pun orang kenal.


Jangan kerana masalah profile nie orang akan COP Chef Riz nie sebagai PENIPU lak dah  ler. Naya jer. Bukan takat nama Chef Riz jer diheret nama bapa dia sekali pun kena tempias. Kesian ooooo.

Pada Chef Wan satu jer ayat yang boleh aku cakap pada dia "SUPERB!!!!!" Chef Wan memang seorang yang prihatin dan bertanggungjawab dalam hal nie. GO CHEF WAN!!!!

Korang leh tengok screenshot komen Chef Wan kat bawah nie. Aku amik dari Facebook Fanpage Chef Wan.


Entry Bertarikh 11.11.11 Jam 11:11:11 Cantik Tu Nombor Nie

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Aku tengah tunggu nak buat entry khas bertarikh 11.11.11 jam 11:11:11 hehehehe. Itu bermakna aku berada secara sedar pada tarikh dan masa tersebut. Aku nak rekod sejarah nie.

Lepas nie tarikh 12.12.12 jam 12:12:12 lak untuk tahun depan. Lepas tu tahun 2013 dan seterusnya takder dah special number seperti nie. Kena tunggu 100 tahun lagi ler nak dapat tengok tarikh seperti nie yang terhamoir selepas 2012 adalah 2101 lak. Perghhhhhh lama tu confirm tak hidup dah waktu tu hehehehehe.

Kita hanya boleh rekod nombor seperti nie bermula pada tahun angka 01, 02, 03, 04, 05, 06, 07, 08, 09,  10, 11 & 12. Nanti aku letak screenshot rekod masa nie yer.

Hanya satu jer jangan ler kita mudah terpedaya dengan nombor seperti nie yang akan bawa tuah ke, akan berlaku bencana ler, tarikh keramat ler dan macam-macam lagi ler. 

Sebagai seorang Islam kita perlu percaya pada Qada dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.




Imej Dadah Dalam Perut Penyeludup Dadah

Korang penah tak tengok gambar imej yang di scan dalam perut penyeludup dadah???? Hari nie aku nak share ngan korang gambar imej yang di scan. Korang tengok ler sendiri berapa banyak dadah yang orang nie telan. Ikut sumber lebih kurang 1kg dadah dia telan masuk dalam perut. 

Bayangkan kalau salah satu pakej dadah tu pecah dalam perut penyeludup nie. Confirm kojol terus sebab over dos. Memang giler lah dia orang nie. Memang nekad nie.


Padan ler orang cakap NAJIS DADAH hehehehe. Maklumlah nak keluarkan nyer pun dari lubang TAIK gak hehehehehe.

Apa pandangan korang semua?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More