TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Monday, 2 January 2012

Video Eksklusif - Bila Ustaz Azhar Idrus Jamming

Perghhhhhh!!! Tak sangka seh seorang ustaz yang popular dan berwibawa seperti Ustaz Azhar Idrus pandai JAMMING ruper nyer. Pandai gak Ustaz Azhar Idrus main gitar semasa Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Aku ngatkan gimik jer. 


Ruper-ruper nyer betu-betul Ustaz Azhar main gitar. Kena lak berganding dengan Zizan Raja Lawak lagi ler kecoh hehehehe. Memang sporting habis aku tengok cara santai yang dibawakan oleh Ustaz Azhar Idrus. Korang leh tengok sendiri video kat bawah nie yer.


Sunday, 1 January 2012

Video Tragedi Berdarah Di UPSI

Perlukan perkara seperti ini berlaku???? Apa pandangan korang semua???? Kalau lum tengok video nie leh tengok kat bawah nie yer. Apa-apa pun tragedi berdarah di UPSI telah pun berlaku. Semoga perkara seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.



Kat bawah nie ada beberapa keping gambar lanjutan dari Tragedi Berdarah di UPSI.





Saturday, 31 December 2011

Yang Mana Betul "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi" Ke Atau "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi"?

Aku tertarik nak berkongsi dengan korang semua pasal satu artikel berkaitan dengan PEPATAH MELAYU. Mesti kita semua pernah dengar Pepatah Melayu seperti kat bawah nie kan:-

"HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI"

"MELEPASKAN BATUK DITANGGA"

Aku dari sekolah rendah sampai sekarang nie dah nak masuk 34 tahun aku dok terpikir apa kaitan PAGAR MAKAN PADI nie. Adoiiiii!!!! Lum pernah dalam sejarah hidup aku dan perabadan manusia kita akan tengok PAGAR yang boleh MAKAN PADI hehehehe. Dasyat ooooo kalau PAGAR leh MAKAN PADI. Tapi tak mustahil ler sebenarnya dengan kuasa Allah SWT kalau nak diizinkan kejadian seumpama itu berlaku yer tak????

Sebenarnya bukan PAGAR yang dimaksudkan dalam pepatah yang selalu kita gunakan semasa belajar di sekolah sehingga ler ke saat nie. Kesilapan ini berpunca dari pemahaman terjemahan penulisan JAWI kepada RUMI. 

Ayat yang betul adalah PEGAR. Apa kebende ler PEGAR nie ek???? PEGAR adalah sejenis burung yang berfungsi untuk menghalau haiwan perosak tanaman padi. Leh tengok gambar kat bawah nie sebagai contoh.


"Oooooo burungggg...ku fikirkan ontaaaaa" hehehehe. Macam penah ku dengar dialog tu kan tapi di mana yer hehehe. Itulah gambar BURUNG PEGAR yang dimaksudkan oleh Pepatah Melayu.

"HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PAGI"

Korang leh tengok kat bawah nie penerangan oleh Pemenang Kedua Pemidato Antarabangsa Bahasa Melayu iaitu saudara Awang Haji Abdul Rashid Bin Awang Haji Damit yang berasal dari Brunei Darus Salam.


Sebenarnya orang dulu-dulu dah pun gunakan BURUNG PEGAR nie sebagai agen kawalan biologi secara semulajadi untuk kawal dan menghalau makhluk perosak pada tanaman padi.

Padan ler orang dulu-dulu jadikan kisah nie sebagai Pepatah Melayu. Ye ler kan burung yang diharapkan untuk menjaga tanaman dari makhluk perosak tiba-tiba belot makan tanaman sendiri sapa tak hangin kan hehehe. 

Maybe itu ler sebab musabab kenapa pepatah nie dijadikan sebagai perumpamaan.

So sekarang nie maybe pihak seperti Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) perlu amik initiative untuk lakukan kajian menyeluruh ke atas semua Pepatah Melayu yang dah dibukukan. Maybe kena tengok sekali lagi tafsiran JAWI kepada RUMI tu sebaik mungkin. Supaya tak berlaku salah faham seperti nie.

Bayangkan aku yang dah 34 tahun nie baru hari nie dapat jawapan hahahaha. Lawak seh dan sama taraf ngan Maharaja Lawak Mega hehehehe.

Alhamdullilah hari nie dapat gak aku tahu perkara yang sebenarnya hehehe.

Sama gak dengan pepatah "MELEPASKAN BATUK DITANGGA". Yang sebenarnya bukan BATUK tetapi BATOK. Nak tahu BATOK macam mana tengok kat bawah nie gambar nyer.


Itu lah rupernya BATOK kalau korang nak tahu. Nak tahu lebih detail pasal kisah BATOK nie korang leh baca lebih lanjut kat blog nie yer http://bedaduz2.blogspot.com/2011/12/harapkan-pegar-pegar-makan-padi.html 

Aku berikan credit pada tuan empunya blog tersebut di atas artikel yang menarik nie untuk dikongsi bersama. Diharapkan semoga ada pihak yang berwajib seperti DBP boleh buat kaji lebih detail lagi.

Selamat membaca semua.

Tahniah OSBON Juara Maharaja Lawak Mega 2011

TAHNIAH OSBON 
JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2011



Aku amik kesempatan nie untuk ucapkan sekalung TAHNIAH pada OSBON di atas kemenangan sebagai JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2011. Tahniah juga pada BOBOI yang dinobatkan sebagai NAIB JUARA kerana berjaya menjadi pesaing yang mantap pada OSBON. Tidak lupa juga pada SAEHU ditempat ke 3 dan SYOK ditempat ke 4.

Memang mantap persembahan Final Maharaja Lawak Mega hari nie. Persembahan OSBON dan BOBOI yang bersahaja amat memukau setiap penonton di Stadium Melawati Shah Alam dan juga penonton di rumah. Seluruh penonton Maharaja Lawak Mega pasti merindui saat kegembiraan dengan aksi-aksi lucu yang dipersembahkan oleh OSBON dan BOBOI.

KAMI AKAN MERINDUI OSBON & BOBOI.

TAHNIAH SEKALI LAGI.

GOOD JOB OSBON & BOBOI.

Friday, 30 December 2011

Ngeri!!!!! Shuhaimi Mohamad Ariffin Maut Dalam Mesin Pengisar

AWAS!!!! 
VIDEO INI MENGANDUNGI PAPARAN YANG MENGERIKAN. PERTIMBANGAN KORANG SEMUA AMAT DIPERLUKAN SEKIRANYA INGIN MENONTON VIDEO INI.


Semoga arwah Shuhaimi Mohamad Ariffin ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh pada Allah SWT.

AL-FATIHAH



Maut dalam mesin pengisar
Oleh : NURUL MAZWANA HAMDAN
Tarikh : December 29, 2011


TAIPING – Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit di sebuah kilang di Kampung Padang Gajah, di sini semalam.

Lebih malang, mayatnya terpaksa diangkat dan dimasukkan ke dalam beberapa beg plastik kerana keseluru-han badannya hancur.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah berkata, mangsa, Shuhaimi Mohamad Ariffin, 38, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh bahagian badan.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa dipercayai telah menutup suis mesin berkenaan untuk dicuci.

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba mesin berkenaan bergerak dan menyebabkan mangsa tergelincir lalu jatuh ke dalam mesin tersebut.

“Hanya mangsa berada di dalam kilang ketika kejadian sebelum disedari rakan sekerja mangsa yang berada di luar kilang yang mendengar jeritannya,” katanya.

Yusof berkata, difahamkan seorang pekerja warga Bangladesh cuba memberhentikan mesin untuk menarik mangsa keluar tetapi gagal.

Beliau berkata, mayat mangsa dikeluarkan pasukan jabatan bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan.

Difahamkan, anggota bomba mengambil masa satu jam untuk keluarkan mayat mangsa yang hancur dalam mesin berkenaan.

“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Azimi Mohamad Ariffin, 39, berkata, dia hanya mendapat tahu mengenai kejadian yang menimpa adiknya itu pagi tadi (semalam) selepas dimaklumkan penduduk kampung.

“Saya terus ke tempat kejadian untuk melihat keadaan adik, namun dia tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kecederaan parah di seluruh badan,” katanya.

Thursday, 29 December 2011

Ustaz Azhar Idrus : Hukum Lelaki Memakai Pakaian Bewarna Pink


Adakah anda seorang lelaki yang gemar memakai baju berwarna PINK??? Jom dengar apa ulasan Ustaz Azhar Idrus pasal soalan nie.


Apa komen korang???

Saturday, 24 December 2011

Leina Hangat atau Leina Hangit??? Seksi Siot

Aku terbaca forum pasal aksi SEKSI Leina Hangat dalam sebuah Annual Dinner baru-baru nie di Kuala Lumpur. Aku tak tahu ler macam mana ruper Leina Hangat nie???? Dah tak ingat aku.

Perghhhhh tak tahu nak cakap macam mana dah. Dah macam show kat Hong Kong lak aku tengok. Leh peluk sana leh peluk sini. Adoiiiii!!!!

Melalui forum tersohor hebat lagi gempak, forum Cari, gambar ini yang tersebar dikatakan berlaku di sebuah Annual Dinner sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur.

Korang tengok ler sendiri.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More