TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Friday, 13 April 2012

Rita Rudaini & Aidil Zafuan Bercerai


Pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abdul Radzak mengesahkan bahawa dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya yang juga aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar.

Aidil Zafuan, 25, berkata, permohonan itu difailkan oleh peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor kelmarin.

Katanya, dia tidak mahu berselindung mengenai perkara itu dan mengakui telah memfailkan tuntutan permohonan bercerai di mahkamah.

“Saya menyerahkan segala urusan tersebut (permohonan perceraian) kepada peguam dan saya sedang menanti perkembangannya di mahkamah.

“Saya juga tidak mahu mengulas lanjut berhubung tindakan ini kerana tidak mahu memburukkan isteri saya dan tidak mahu masalah kami menjadi kontroversi umum,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mengulas mengenai dakwaan Rita Rudaini, 36, bahawa dia mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anaknya hasil perkahwinan mereka, Aidil Zafuan berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar.

Wednesday, 11 April 2012

Gempa Bumi Berukuran 8.7 Skala Richter Melanda Acheh Sebentar Tadi 4.40 Petang Waktu Malaysia



Baru dapat info berlaku gempa bumi berukuran 8.7 Skala Richter telah melanda Acheh Indonesia sebentar tadi 4.40 petang waktu Malaysia. Dinasihatkan semua orang jauh dari kawasan pantai. Amaran Tsunami telah dikeluarkan.



Event Time

2012-04-11 08:38:38 UTC
2012-04-11 14:38:38 UTC+06:00 at epicenter
2012-04-11 16:38:38 UTC+08:00 system time
Nearby Cities

368km (228mi) W from Sinabang, Indonesia
392km (243mi) WSW from Meulaboh, Indonesia
433km (269mi) SW from Banda Aceh, Indonesia
464km (288mi) SSW from Sabang, Indonesia
961km (597mi) W from Kuala Lumpur, Malaysia
langkawi lebih kurang 600km

Tuesday, 10 April 2012

Basic Pembahagian Harta Pusaka Dari Surah An-Nisa'

Assalamualaikum sahabat semua,

Hari nie aku nak kongsi ngan korang semua pasal basic pembahagian pusaka berdasarkan ayat surah annisa' ayat 10-12 dan juga 176. Kalau korang nak tahu moh kita jenguk kat gambarajah kat bawah nie. Kalau korang nak share sila ler hehehehe.


Saturday, 7 April 2012

Aaron Aziz "Itulah Di Panggil Kuku Jantan Hehehehe"

Semalam aku tengok gambar Aaron Aziz tunjuk IC kat forum sekali jadi isu lak dah hahahaha......Lawak seh!!!!! 

Dari isu IC dan tukar jadi isu KUKU CAGU la.....KUKU KUDIS la.....KUKU BURUK la.....macam-macam hal hehehehe.....sib baik tak jadi KUKU BESI hahahaha.....

Itulah kesannya bila dah jadi artis semua aspek orang nampak.....dari niat nak tunjuk IC dan jadi kelain lak dah hehehehe......jadi isu KUKU.....sib baik aku tak jadi retis (artis) hehehehe......

Nie ler gambar yang kontroversi tu korang leh tengok kat bawah nie.....


Apa-apa pun aku respek sama lu bro Aaron.....hang tak payah layan pasal KUKU nie......buat bodo jer bro hahahaha.....apa-apa pun statement bro kat kat TWITTER memang terbaik hahahaha....siap tunjuk gambar KUKU lagi hahahaha......terbaik bro..... 

Senyum! Tak perlu kata apa apa! Senyum! Itu lah di panggil kuku jantan hehehehe.
Tangan dan jari memang byk luka luka. Maklumlah kuku KL Gangster2 yg baru habis ni.


Aku rasa Aaron Aziz nie rajin memasak kat dapur kot hehehehe.....nampak macam kesan kunyit kat celah kuku hehehehe......KUKU aku pun lebih kurang macam tu gak kalau lepas memasak hahahahaha lebih-lebih lagi kalau baru lepas pegang kunyit hahahaha.......

Wednesday, 4 April 2012

Pelajar Sekolah Menengah Projek Seksyen 11 Maut Di Panah Petir 3 April 2012


Salam takziah buat salah sorang pelajar dan pemain bola sepak Sekolah Menengah Projek Seksyen 11 Shah Alam yang baru saja meninggal dunia akibat di panah petir lebih kurang jam 3 petang tadi di Padang Bola Sepak UPM Serdang.

Rasa berita nie belum masuk paper atau mana-mana media lagi. 

Kebetulan aku ada kat situ masa kejadian. Baru kejap tadi dapat call pelajar nie dah meninggal dunia.

Salam takziah buat keluarga arwah. 

P/S: Hati-hati dengan kilat dan jangan duduk bawah pokok masa hujan dan ribut petir. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang nie musim hujan dan petir berdentum sana sini.

Pelajar maut disambar petir
NURFARHANA ABD MANAN
3 April 2012
SERDANG – Seorang pelajar yang menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana di Universiti Putra Malaysia (UPM), terbunuh dipanah petir manakala rakannya cedera, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang, mangsa Muhamad Mustaqim Muhamad Kamarul dan Muhammad Yusop, masing-masing berusia 16 tahun, dikatakan baru selesai bermain bola di Padang A UPM.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang menunggu bas di bawah pokok untuk pulang ke sekolah masing-masing.
Menurutnya, insiden disedari beberapa pelajar yang turut berada berhampiran padang berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada seorang guru.
“Ketika kejadian, salah seorang guru memberitahu keretanya bergegar sebelum didatangi pelajar yang memberitahu dua pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam itu dipanah petir.
“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang, namun salah seorang daripadanya, Muhamad Mustaqim dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke rumahnya di Padang Jawa, Klang sebelum dikebumikan di kampung ibunya di Felda Jengka Pahang.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya lagi kepada Sinar Harian.

Petrol RON97 Naik Lagi 10 Sen Kepada RM2.90


Tengah malam tadi selepas 12:00am harga minyak petrol RON97 naik lagi 10 sen jadi ler RM2.90.....sib baik RON95 tak naik....kalau naik gak alamatnya bungkus ler kerajaan sediada nie.....rasanya tak mustahil lepas PRU13 nie harga minyak RON95 dan Diesel naik.....kepada pihak kerajaan cuba-cuba ler fikirkan prihatin dengan nasib rakyat sama.....jangan sampai rakyat menolak kerajaan sediada akibat perkara remeh macam nie....satu lagi cuba ler pegang pada janji....kalau dah kata tak naik tu jangan ler naikkan.....jangan bila dah nak dekat PRU janji tak naik.....dah lepas PRU lain lak jadinyer....terus naik ikut suka hati.....jangan sampai rakyat amik tindakan sendiri dah ler....tak pasal-pasal kecoh satu Malaya.....

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman ketika dihubungi malam ini mengesahkan kenaikan harga itu.

Beliau berkata harga diesel kekal pada RM1.80 seliter.

Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 per walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini.

sumber : Bernama

Tuesday, 3 April 2012

Safee Sali Ceraikan Isteri (Sabrina Yusof) Dengan Talak Satu


Sedih bila dapat tahu pasal citer nie. Apa leh buat bila dah tak sehaluan. Maybe semua yang berlaku nie angkara gosip-gosip liar dalam media dan juga blog. 

Semoga keluarga nie akan dapat bersatu semula. Kesian tengok anak-anak yang masih kecil.


SHAH ALAM - Pemain bola sepak terkenal negara, Safee Sali menceraikan isterinya Sabrina Yusof talak satu, hari ini.

Selasa lalu, Safee membuat keputusan mahu menyelesaikan tuntutan perintah kembali taat ke atas Sabrina di luar mahkamah.

Safee atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali, 28 memfailkan permohonan terhadap isterinya agar kembali taat pada November lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Safirna, 1.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More