TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Tuesday, 6 December 2011

Aku Sudah Terpukau Dengan Kelunakkan Suara Si Cilik Ini

Perghhhhhhhh memang power superb adik nie. Suara dia memang TERBAIK!!!!! Satu lagi suara emas bakal bergemelapan tak lama lagi. Rugi ler kalau Program Realiti TV Tempatan tak amik adik nie. 


Nie ler masanya producer-producer industri muzik tempatan nak "meminang" si cilik nie. Sapa lambat melepas ler. Korang layan jer lah ek.

Apa Yang Boleh Kita Buat Dengan Lalat Mati?

Sekiranya korang jumpa sejumlah lalat mati pada jumlah yang banyak apa yang korang akan buat??? hehehehe....meh kita tengok apa yang boleh dibuat hehehehehe korang layan jer.....

Sungguh kreatif orang yang buat buat lukisan nie hahahahaha.......

Monday, 5 December 2011

Adegan Ranjang Maya Karin Ombak Rindu "Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar"


Apa pandangan korang semua pasal citer Ombak Rindu??? Intro memang menarik teringin gak aku nak tengok citer tu nanti. Tengah aku search info pasal citer Ombak Rindu nie aku terjumpa link Official Page Wardina Safiyyah pasal isu yang leh dikategorikan sebagai PANAS!!!!





Apa padangan korang pasal statement yang dikeluarkan oleh Maya Karin seperti kat bawah nie:-
Kata Maya Karin : "Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar".
Yang kat bawah nie pulak adalah komen dari Ahmad Farami:-
Bersyukur dan memuji Allah SWT kerana berjaya memaparkan elemen 'ranjang' dan 'mesra'? Ini satu kesesatan fikrah yang jelas.
Moga Allah SWT memberi taufik dan hidayah buat semua.

Pada pandangan peribadi aku memang statement yang dikeluarkan oleh Maya Karin nie amat tak sesuai dan tak kena tempat. Maybe atas alasan kekurangan dan kecetekan ilmu agama boleh jadi penyebab. 

Rasanya tak perlu ler orang nak labelkan dia sebagai SESAT. Semua orang leh alami kecetekan ilmu agama. Hanya perlu berhati-hati nak mengaitkan sesuatu perkara yang batil tu dengan agama. Takut nanti akan jadi fitnah agama. 

Apa yang perlu kita buat adalah berikan teguran membina dan mendoakan agar Allah SWT memberikan taufik dan nur hidayah pada beliau.

Sunday, 4 December 2011

Adakah Program Show RM1,000,000 Money Drop Di Astro Berunsur Perjudian?



Semalam aku ada tengok rancangan sebuah program show RM1,000,000 MONEY DROP dikelolakan oleh ASTRO di channel ASTRO RIA SALURAN 104. Sepanjang game show tu ada gak aku terpikir nampak seakan-akan ada seperti UNSUR PERJUDIAN. Adakah game show RM1,000,000 MONEY DROP berunsur perjudian? Yang nie aku tak leh nak komen. Kena tanya orang yang lebih arif.

Korang ingat tak masa zaman kecik-kecik dulu pernah tak main TIKAM hehehehe. Bayar RM0.20 lepas tu cabut nombor tengok nombor tu dapat hadiah apa hehehehe. Lebih kurang macam tu game show RM1,000,000 Money Drop.

Pada pandangan peribadi aku nampak seakan-akan ada unsur perjudian di dalam game show nie. Maybe pihak Jabatan Agama Islam atau mana-mana individu yang arif dengan Hal Agama Islam boleh berikan komen pasal game show seperti nie. Adakah bebas perihal PERJUDIAN atau TIDAK?

Konsep permainan korang leh baca kat bawah nie yang aku amik dari website ASTRO. Leh klik SINI.


Apa pandangan peribadi korang yer???
KONSEP PERMAINAN
Setiap pasangan peserta akan diberikan RM1,000,000 dan perlu menjawab 8 pilihan soalan. Mereka diberikan 60 saat untuk melaburkan wang yang mereka miliki di petak jawapan yang mereka fikirkan betul. Sekiranya mereka tidak pasti mereka boleh meletakkannya di beberapa petak. Jika jawapan mereka BETUL pelaburan mereka selamat dan boleh digunakan pada pusingan berikutnya tetapi jika SALAH pelaburan tersebut akan hilang.

Friday, 2 December 2011

Live Video Kajang Dilanda Banjir Kilat Sekarang Nie 2 Dec 2011 Jam 4.00 Petang

LIVE BANJIR KILAT DI BANDAR KAJANG 2 DECEMBER 2011


Perghhhhhh dasat gak banjir kilat kat Bandar Kajang. Habis kete tenggelam. Kedai-kedai masuk air sekarang nie. Korang leh tengok gambar & video kat bawah nie. Kepada korang semua yang nak ke Bandar Kajang tu kalau leh elakkan masuk ke Bandar Kajang untuk dua tiga jam nie yer. Tak pun tunggu sehingga air surut.










461866574.jpg

461865932.jpg

Video keadaan banjir di Metro Kajang 
(Credit to : http://www.doposen.com)


Nak tengok video lain klik kat bawah nie


Misi Menyelamat Amoi Terperangkap Dalam Banjir 
(Credit to: Sia Yaw Chong)


Relax jer abang teksi nie hehehehe
(Credit to: ohtidak.com)


Keadaan Banjir Yang Semakin Pulih


Serius Nak Muntah Jangan Tengok - Aksi Romen Ibu Dan Anak

Serius aku cakap memang nak muntah tengok video pengakuan dua insan dari Indonesia nie. Ada ke patut seorang ibu dan anak mengadakan hubungan sulit seperti sepasang suami isteri. Dah giler ke apa diaorang nie. Maybe sebab itu ler di Indonesia sentiasa diturunkan bala oleh Allah SWT. Leh ada lak wawancara secara umum macam nie yer kat sana. Korang tengok ler sendiri pengakuan dua insan nie yer. Sediakan baldi kat sebelah kalau nak muntah senang hehehehe.


Thursday, 1 December 2011

Video Penafian Shida Harmi Sebar Gambar Aksi Mesra Khairul Fahmi (Apek)



Makin panas rupernyer citer kontroversi aksi mesra Khairul Fahmi (Apek) dan Shida Harmi. Mana tidaknya dah sampai tahap nak amik tindakan undang-undang lagi pada penyebar gambar aksi mesra mereka berdua.


Tuan punya badan Shida Harmi pun dah buat kenyataan video pasal isu nie (Credit video pada Rotikaya.com). Korang leh tengok kat bawah nie. Shida Harmi dan keluarga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit jika isu ini tidak reda dan makin bermaharajalela selepas ini.


AKu harap kontroversi yang melanda nie akan cepat reda memandangkan Shida Harmi akan melangsungkan perkahwinan 2 minggu lagi. Semoga majlis perkahwinan Shida Harmi akan berlangsungkan dengan aman damai. 


Pada Apek aku harap lepas-lepas nie hati-hati nak amik gambar dengan mana-mana wanita. Jangan lepas nie tercetus lagi kontroversi seperti yang berlaku sekarang nie. Anda adalah "tangan emas negara". Jangan kerana kontroversi karier anda merudum. 


Good luck pada Khairul Fahmi dan selamat berbahagia pada Shida Harmi.

Video Kenyataan Shida Harmi Tentang Isu Khairul Fahmi


Screenshot penafian individu yang dikaitan dengan penyebaran gambar aksi mesra Khairul Fahmi dan Shida Harmi. 



Screenshot kat bawah nie adalah maklumat si penghantar e-mail yang diterima oleh Rotikaya.com pada malam Sabtu yang lalu dengan menggunakan nama samaran Nurul Hidayah. 

Siapakah NURUL HIDAYAH??? Anda sedang dijejaki.


Shida Harmi bakal melangsungkan perkahwinan 2 minggu lagi dengan jejaka pilihan hati Mohd Danial Adnan, 24. Semoga kontroversi ini tidak akan menjejaskan perkahwinan yang telah dirancang. Ikuti luahan hati Shida Harmi di Harian Metro kat bawah nie.

SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR: Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.

Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.

Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More