TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Saturday, 28 April 2012

Live Video Sekitar BERSIH 3.0: Polis Dibelasah, Kereta Polis Diterbalikkan



LIVE UPDATE BERSIH 3.0

Saksikan video secara LIVE sekitar BERSIH 3.0

Tengok Jangan Tak Tengok!!!!




Friday, 27 April 2012

BERSIH 3.0 Ada Awek FRU Yang Cun


Hehehehehe rasanya esok nie ramai yang turun ke KL join BERSIH 3.0......mana taknyer kalau ada AWEK FRU yang cun macam nie hehehehe.....

Banyak ler jejaka bujang, dah kawin, duda dan lain-lainya akan terpesona dan terpukau ngan kecantikan AWEK-AWEK FRU hehehehe.....

Jangan korang kena sembur ngan gas pemedih mata atau "water cannon" dah ler hehehehe.....

Take care guys....

Budak (Nayati Shamelin Moodliar) Kena Culik Awal Pagi Tadi 27 April 2012


Aku baru dapat info jap tadi ada seorang budak lelaki bernama Nayati Shamelin Moodliar umur 12 tahun telah diculik awal pagi tadi sekitar jam 7:35am di Jalan Kiara 1 & Jalan Kiara Mont Kiara. Nayati Shamelin Moodliar adalah merupakan pelajar Mont’Kiara International School. 



Difahamkan 2 lelaki India disyaki telah menculik pelajar ini. Sekiranya korang nampak kereta Proton Gen 2 bernombor pendaftaran WNH 1356 sila hubung pihak POLIS 999, pihak sekolah 03-20938604 atau ibu bapa pelajar ini Sham 019-2333065 & Janice 012-3656202.

Minta korang semua sebarkan maklumat ini untuk makluman umum. 

Terima kasih

Sumber: 

Video 18SG - Syiah Tanam Orang Hidup-Hidup

Astagfirullahalazim.....


Tak sanggup aku nak tengok video nie. Begitu kejam sekali. Sorang hamba Allah ditanam hidup-hidup oleh tentera Bashar Assad. Siap suruh hamba Allah tu mengaku Bashar Assad tu tuhan. 


Biar betik!!!!!


Sampai macam tu sekali kekejaman yang berlaku. Aku difahamkan tentera Bashar Assad nie adalah pendokong ajaran Syiah yang amat tegar.


Apa-apa pun aku respek habis kat hamba Allah nie sebab dengan penuh yakin mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar tanpa rasa takut.


Semoga roh hamba Allah nie akan disambut sebagai seorang syahid.


Al-Fatihah




Anggota Polis Istana Anak Bukit Kedah Mati Ditembak

Petang tadi aku dapat makluman berlaku kes tembak menembak kat dalam kawasan Istana Anak Bukit Alor Setar Kedah. Difahamkan sorang anggota Polis maut ditembak di muka dan dada.

Tak tahu apa sebab sampai berlaku tembak-menembak nie. Dengar citer suspek pun sorang anggota Polis gak. 

Korang leh baca news kat bawah nie.

Anggota polis Istana Anak Bukit mati ditembak

26 April 2012

ALOR SETAR - Seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini maut dipercayai ditembak rakan setugas di pos pengawal di hadapan pintu utama istana hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa Mohd Sobri Mohd Sidek, 22, anggota berpangkat Konstabel, yang berasal dari Melaka mati di tempat kejadian.

Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai ditembak di muka dan dada menggunakan senjata jenis M-16.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata kejadian tersebut disedari oleh seorang anggota lain, yang berada berhampiran tempat kejadian yang
terdengar bunyi seperti mercun.

"Bila anggota tersebut keluar dia nampak mangsa terbaring di hadapan pos pengawal dalam keadaan berlumuran darah dan suspek meninggalkan istana sejurus
kejadian berlaku dengan menggunakan kereta," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.


Beliau berkata, polis telah menahan suspek berpangkat Lans Koperal di Simpang Empat, Perlis dipercayai di rumah isterinya kira-kira pukul 8.30 malam ini dan
dibawa ke sini untuk siasatan lanjut mengenai motif pembunuhan tersebut.

Ahmad berkata, suspek yang berusia 25 tahun baru sahaja ditugaskan di istana tersebut dua minggu lalu dipercayai menembak mangsa dengan menggunakan senjata jenis M-16 hasil daripada kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian.

Katanya, mangsa dan suspek bekerja bagi shift 3 petang hingga 7 malam.

Mayat mangsa dibawa keluar dari istana kira-kira pukul 7.40 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut
keluarga.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rejab telah
memaklumkan mengenai kejadian itu kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong untuk dipersembahkan kepada Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

"Tuanku Abdul Halim sedih dengan kejadian yang berlaku dan ini merupakan kali pertama kes tersebut berlaku sejak istana itu wujud pada 1936," katanya.

Seorang saksi yang tinggal berhampiran istana itu, Jafiza Mohd Jaafar, 38, berkata dia terdengar bunyi beberapa das tembakan dan menyangka hanya bunyi
tembakan biasa kerana pihak istana memburu musang.

Dia hanya mengetahui kejadian tersebut ketika hendak mengambil gambar di depan istana. - Bernama

Wednesday, 25 April 2012

Gambar Sekitar Birthday Zizang a.k.a Zizan Raja Lawak Yang Ke 28 - Tema EVO10 Tu!!!

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-28 
Dari Dezaman Cottage Buat Zizan Raja Lawak.

Dikhabarkan majlis menyambut hari kelahiran Zizan yang ke 28 di buat kat Restoran Bora Ombak, Ampang. 

Antara yang hadir ke majlis ini adalah kedua ibu bapanya, para peminat dan anak-anak yatim.

Bagus ler tu jemput dan raikan anak-anak yatim sama dalam majlis nie. 

Tapi dengar kabar nak gie majlis nie kena bayar. Betul ke Zizang????


Saturday, 21 April 2012

Video: Melayu Makan Babi Di Pulau Pinang

"Melayu Makan Babi Baru Ada Akai...."


Erk!!!! Bila aku dengar statement tu aku tak tau nak cakap macam mana dah ngan pakcik nie. 


Biar betik pakcik dalam video nie. Korang tengok ler sendiri. Apa pandangan korang semua.


Kenapa babi haram dimakan?

Sebab pertama, haiwan ini jelas telah diharamkan di dalam al Quran pemakanan dagingnya. Antara ayat Al-Quran yang menerangkan pasal perkara nie.

1. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan ( Al-Baqarah: 173 ).

2. Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah ( al-Maidah:3 ).

3. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.( al-An'am:145 ).

4. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ( al-nahl:115 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More