TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Wednesday, 2 January 2013

Zarina Anjoulie Tak Mengaku Bersalah Memiliki Dadah Eramin 5

Macam-macam hal ngan minah sorang nie.....tak tahu ler apa nak jadi....satu-satu kontroversi kena kat minah nie.....adoiiiii!!!!!

Kali nie kalau Zarina Anjoulie sangkut ngan Eramin 5 nie memang makan tak abih ler minah nie.....silap-silap "Masuk Dalam" dulu....


Pelakon tidak mengaku bersalah miliki dadah Eramin 5
Petaling Jaya: Pelakon dan model, Zarina Anjoulie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, dekat sini pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.

Tuesday, 1 January 2013

Budak 13 Tahun Cuba Rogol Gadis


Perghhhhhh!!!! tak tahu nak cakap apa dah bila dapat news nie tadi. Giler lah budak umo 12 tahun pun dah tahu nak merogol orang. Biar betik!!!!!

Satu permulaan tahun baru 2013 yang agak menyedihkan sebenarnya. Lebih-lebih lagi bila melibatkan jenayah sosial remaja bawah umur.

Apa-apa pun budak nie dah ditahan oleh pihak Polis di Balai Polis Tengkera untuk siasatan lanjut dan laporan Polis pun dah dibuat oleh gadis yang nak kena rogol nie.

Lokasi kejadian berlaku adalah di tandas Shell Jalan Mushi Abdullah, Melaka.

Pelik gak kan siang-siang hari pun budak nie leh terniat nak merogol orang sedangkan kawasan tu dah tentu ramai orang ada kat situ.

Wednesday, 12 December 2012

Al-Fatihah: Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah Meninggal Dunia


Al-Fatihah buat Allahyarham Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah. Kita semua pasti masih ingat lagi kan dengan Allahyarham.

Mana taknyer setiap tahun sebelum nak puasa, nak raya & nak raya haji pasti Allahyarham akan buat pengishtiharan sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Dulu kalau nampak wajah Allahyarham kat TV confirm dah tau ler bila nak Puasa, Raya & Raya Haji. Yang pasti dinanti-natikan adalah Raya Aidilfitri.

Walaupun dah ada pengganti Allahyarham sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru, aku tetap ingat wajah Allahyarham.

Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian dari Illahi dan semoga Allahyarham akan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh pada Allah SWT.

Al-Fatihah


Ada Apa Dengan 12.12.12 jam 12.12.12

12.12.12 jam 12.12.12.

Apa yang menarik sangat ngan 12.12.12 jam 12.12.12?????

Ramai orang suka ngan nombor nie kan termasuk ler ngan aku. Nampak unik nombor nie. Sebab tu ler ada segelintir manusia kat planet BUMI nie percaya akan berlaku kiamat dan sebagainya.

Pelik!!! Pelik!!!

Kenapa nak kaitkan ngan kiamat lak ek? Tak paham aku.

Sebagai seorang Muslim yang beragama Islam belajar-belajar lah untuk jauhkan diri dari mempercayai perkara seumpama nie. Takut nanti lari akidah kita sebagai orang Islam.

Hanya Allah SWT jer yang tahu segala isi alam semesta nie. Even Nabi Muhammad sendiri pun tak tahu bila kiamat akan berlaku bila Baginda sendiri ditanya oleh Malaikat Jibril.

Dari Umar r.a, beliau berkata: Pada suatu hari ketika kami duduk di dekat Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul seorang laki-laki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya sangat hitam. Pada dirinya tidak tampak bekas dari perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Kemudian ia duduk di hadapan Nabi s.a.w, lalu merapatkan kedua lututnya ke lutut Nabi, dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua pahanya, kemudian berkata: ”Wahai Muhammad, terangkanlah kepadaku tentang Islam.” Kemudian Rasulullah s.a.w menjawab: ”Islam yaitu: hendaklah engkau bersaksi tiada tuhan yang haq disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah. Hendaklah engkau mendirikan sholat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji ke rumah Allah jika engkau mampu mengerjakannya.””Engkau benar.” Kami menjadi heran, karena dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya. Orang itu bertanya lagi: ”Lalu terangkanlah kepadaku tentang iman”.”Hendaklah engkau beriman kepada Allah, beriman kepada para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para utusan-Nya, hari akhir, dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir yang baik dan yang buruk.”Orang tadi berkata: ”Engkau benar.” Lalu orang itu bertanya lagi: ”Lalu terangkanlah kepadaku tentang ehsan.” (Beliau) menjawab: “Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Namun jika engkau tidak dapat (beribadah seolah-olah) melihat-Nya, sesungguhnya Ia melihat engkau.” Orang itu berkata lagi: ”Beritahukanlah kepadaku tentang hari kiamat.” (Beliau) mejawab: “Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya.” Orang itu selanjutnya berkata: ”Beritahukanlah kepadaku tanda-tandanya.” (Beliau) menjawab: ”Apabila budak melahirkan tuannya, dan engkau melihat orang-orang Badui yang bertelanjang kaki, yang miskin lagi penggembala domba berlomba-lomba dalam mendirikan bangunan.” Kemudian orang itu pergi, sedangkan aku tetap tinggal beberapa saat lamanya. Lalu Nabi s.a.w bersabda: ”Wahai Umar, tahukah engkau siapa orang yang bertanya itu ?”. Aku menjawab: ”Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Lalu beliau bersabda: ”Dia itu adalah malaikat Jibril yang datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kalian.”(HR. Muslim).
 
12.12.12 jam 12.12.12 tetap akan berlalu seperti waktu dan hari-hari yang lain seperti biasa. Begitu jugalah dengan tarikh 21.12.12 yang digembar-gemburkan dengan KIAMAT seperti yang termaktub penghabisan Kalendar Mayan.
 
21.12.12 pun akan berlalu seperti waktu dan hari-hari lain gak. 
 
Sebagai manusia kita perlu hargai setiap detik, minit, jam dan hari yang dianugerahkan pada kita oleh Allah SWT. Dari waktu nielah yang akan menjadikan kita sebagai manusia yang dewasa dan matang.
 
Semoga kita semua enjoy dengan waktu yang telah berlalu, sedang dilalui dan akan dilalui kelak. Kalau baik maka baik lah jadinya begitulah juga sebaliknya.

Sunday, 9 December 2012

Makan Burger Bakar Banjir Kat Lava Grill Burger Sambil Menderma Untuk Tabung SAVE PALESTINE



Dah lama rasanya tak update blog nie. Dah berhabuk blog nie. Insyaallah lepas nie nak kena update kat blog selalu hehehehe.

Hari nie cawangan Lava Grill Burger @ Bismillah Restaurant buka seperti biasa dari pukul 7pm - 12am.

Bermula hari nie sampai 16 December 2012 LAVA GRILL BURGER Serdang akan buat jualan amal untuk program "TABUNG
SELAMATKAN PALESTINE".

Setiap pembelian Burger Bakar Banjir akan disumbangkan RM1.00. Kalau korang nak sumbang lebih pun takder masalah. Semoga sumbangan yang sedikit nie dapat meringgankan beban saudara-saudara kita di Bumi Palestine.

Korang dijemput datang ke stall kami di Serdang untuk memeriahkan lagi program nie.

Mohon korang semua war-warkan pada rakan-rakan lain ek.

Kalau korang nak beli Baju Free Palestine mcm dalam gambar nie leh contact sendiri Bro Sello Tape kat sini ek http://www.facebook.com/sello.tape.1

Setiap jualan baju nie Bro Sello Tape akan sumbangkan sebanyak 50% untuk tabung GAZA. Semoga rakan-rakan fan sudi membeli sambil menyumbang.

Saturday, 7 July 2012

Uncle Seekers Kantoi Positif Morphine


Ada berita tengah pasal UNCLE SEEKERS atau nama sebenarnya Syed Abdullah Bin Syed Husein.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dah keluarkan laporan siasatan Urine Test ke atas UNCLE SEEKERS oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya pada 6 Julai 2012.

Hasil siasatan didapati UNCLE SEEKERS POSITIF MORPHINE pulak dah......adoiiii!!!! KANTOI SUDAH!!!!

Dah tak pasal-pasal tambah lagi kes. Ibarat SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA lak dah jadinyer. Bertimpa-timpa ler kes UNCLE SEEKERS nie.

Ermmmm kita tunggu dah lihat jer lah.

Thursday, 5 July 2012

Promosi CARLSBERG Sempena Ramadhan

Apa perasaan korang semua kalau nampak promosi macam dalam gambar kat bawah nie.


Gambar Ihsan Facebook

Lokasi promosi CARLSBERG sempena RAMADHAN nie berlaku di THE STORE SRI PETALING.

Hangin siot bila benda yang haram dipromosi oleh pihak tertentu dengan menggunakan Bulan Yang Mulia (Ramadhan) sebagai bahan promosi.

Takdak sivik punya manusia yang buat promosi nie. Agak-agak ler nak buat promosi pun. Jaga ler sama sentimen Agama & Bangsa lain.

Harap pihak Jabatan Agama Islam Selangor amik tindakan tegas pada pemilik supermarket nie.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More