TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Friday, 29 July 2011

This Is Hijab And This Is Not Hijab - Jom Kita Sebarkan

Aku dapat poster nie dari blog ww.muzir.wordpress.com. Aku suka ngan artikel jadi aku nak kongsi ngan korang semua. Diharapkan semoga korang semua terutama wanita akan dapat memahami apa itu HIJAB yang sebenar-benarnya????
 
Cara Yang Betul

Busana Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak ALLAH ialah:
  1. Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan. 
  2. Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
  3. Mestilah kainnya tebal. Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh.
  4. Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
  5. Tidak berwangi-wangian.
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  7. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
  8. Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.
Semoga dengan kalian menepati kesemua ciri-ciri berpakaian di atas, keredhaan ALLAH dan kasih-sayangNYA melimpahi diri kalian, amin…
 
Cara Yang Salah

Berikut pula disenaraikan beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai wanita-wanita Muslimah samada mereka sedar atau tidak:
  1. Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh. 
  2. Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.
  3. Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.
  4. Tidak menutup sebahagian anggota tubuh. Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.
  5. Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.
  6. Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.
  7. Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.
Mudah-mudahan dengan tersenarainya beberapa hal di atas, kita mendoakan agar saudara-saudara Muslimah kita semua dapat berubah dan mengambil tindakan untuk memperbetulkannya. Bukan mereka semua sengaja mahu langgar, tapi kadang-kadang akibat salah faham dan pengaruh sekeliling, maka mereka keliru dan jauh dari petunjuk agama.

Atas dasar ukhwah Islamiyyah (persaudaraan kasih sayang dalam Islam) dan nasihat-menasihatilah, maka tulisan demi tulisan, teguran demi teguran dibuat. Supaya saudara Muslimah kita faham dan seterusnya dipeliharai ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.

Jika benar ALLAH yang kalian sayang dan kasih, ikutlah cara yang ALLAH sukai. Janganlah kerana mahukan perhatian dan pujian orang ramai, kalian langgar perintah ALLAH dan membuatNYA murka. Semoga ALLAH menyayangi kita semua, amin.

WAllahu Ta`ala A`lam.

SUMBER: www.muzir.wordpress.com

Misi Memburu Patin Sg. Dengkil

Jap lagi dalam kul 6 ptg aku ngan beberapa orang kawan yang memang kaki pancing tegar ada misi khas memburu Patin Sg. Dengkil. Harap dapat ler merasa penangan sang patin Sg. Dengkil. Dah lama sebenarnya aku tak mancing ikan air tawar nie. Selalu layan mancing ikan laut dalam. 

So hari nie nak cari kelainan sikit aktiviti mancing ikan air tawar. Misi memancing penamat sebelum puasa tahun nie. Mana tahu leh rezeki baiknyer dari perut Sg. Dengkil nie. Leh ler buat lauk untuk bulan puasa hehehehe. Best oooooo kalau masak ikan patin pancing nie lebih-lebih lagi kalau dibuat masak lemak tempoyak pucuk ubi ikan patin perghhhhh meleleh air liur hehehehe.

Harap ada ler rezeki hari nie. Nanti ada hasil aku update dalam blog nie yer khas untuk korang semua. Seperti biasa korang layan jer gambar kat bawah nie hasil yang kawan aku dapat masa mancing kat Sg. Dengkil. Korang layan jer lah yer......


Laserman Dikesan Anda Telah Mencemarkan Perlawanan Malaysia vs Singapore

Gambar Ehsan: Rilekslah.com

Semalam masa game ada lak individu tak bertanggungjawab yang pancarkan laser pada penjaga gol Singapore. Adoiiiiiyaiiiii kerana ko pancar laser abih game tergendala rugi masa pada team Malaysia.

Sekarang nie identiti laserman dah dikenalpasti. Kan dah tak pasal-pasal orang snap gambar ko. Jangan ler kerana kes laser nie nanti kang media-media asing cop penyokong Malaysia nie sebagai "LASERMAN".

Trend Wanita Bertudung Hisap Rokok......Apa Pandangan Korang????

Sekarang nie korang semua perasan tak makin ramai wanita yang bertudung dengan tanpa segan silu mula hisap rokok secara terbuka depan umum. Bayangkan selama nie semua orang beranggapan imej orang yang bertudung nie sinonim dengan status "Perempuan Melayu Terakhir"???? Adakah Perempuan Melayu makin layu dengan peredaran zaman dan trend????? Tah ler.....aku sendiri pun tak tahu nak jawap. 

So apa pandangan korang semua pasal isu dan trend semasa nie ek....cuba korang story sikit nak gak aku tahu reason disebalik trend nie......so harap semua orang tak emosi dalam hal nie ek.....





 

Safee Sali Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Tadi aku ada terbaca kat MYNEWSHUB Safee Sali mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kekalahan team Harimau Malaya dengan team "1% Singaporean". Bagi aku Safee dah main sebaik mungkin dalam game malam tadi. Lebih-lebih lagi ketiadaan partner gandingan mantap iaitu Norshahrul Idlan yang masih injure & Shafiq Rahim yang kena RED CARD di "1% Singaporean".  

Kita boleh nampak dengan jelas seakan-akan team Harimau Malaya hilang arah tumpuan dalam game malam tadi dengan ketiadaan Shafiq sebagai Kapten Harimau Malaya. Apa-apa pun tahniah pada Skuad Harimau Malaya sebab terus main bermati-matian menentang "1% Singaporean". Takper kita cuba lagi pada masa akan datang.

KUALA LUMPUR- Penyerang terhebat negara, Safee Sali memohon maaf kepada penyokong Malaysia atas kegagalan skuad Harimau Malaya melangkah ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2014.

Dalam nada yang sedih dan nyata kecewa, Safee memberikan reaksi demikian ketika ditemuramah wartawan RTM sebaik permainan berakhir.

“Saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau melihat pasukan pertahanan telah gagal memainkan peranan yang berkesan dalam perlawanan timbal balik dengan Singapura itu.

Safee merupakan penyumbang gol tunggal Malaysia dalam pertemuan yang berkesudahan dengan keputusan 1-1. Malaysia bagaimanapun tewas dengan kiraan aggregat 6-4.

Sementara itu, Jurulatih negara, Datuk K Rajagobal meluahkan rasa terkilan dengan sikap tidak profesional pemain negara jiran yang dilihat terlalu banyak berlakon dalam pertemuan itu.

“Setiap kali ada kecederaan, mereka melengahkan masa dan ini mengganggu rentak pemain kita,” katanya.

Beliau juga yakin, pengalaman bermain malam ini mematangkan para pemain dan membawa pengajaran penting kepada pasukan negara.

Oleh: Arshad Khan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More