TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Wednesday 10 August 2011

Gambar Kad Pengenalan Sebenar Bekas Perdana Menteri Malaysia


Korang ada kad pengenalan kan???? Semua rakyat Malaysia pasti ada kad pengenalan. Kalau takder tu confirm PATI hehehehe. Wajib register PEMUTIHAN nie hehehehe. Kat sini aku nak share ngan korang dari blogwalking jap tadi. Aku terjumpa info nie kat forum CARIGOLD. 

Agak menarik sebenarnya untuk dikongsi ngan korang semua. Bukan senang ooooo nak tengok kad pengenalan betul Perdana Menteri Malaysia. Dapat tengok kad pengelanan kat online nie pun jadi ler. IC Najib Razak lain tahun kita tengok yer sebab Najib masih menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 hehehehe. Yang ada kat bawah nie semua dah jadi bekas Perdana Menteri Malaysia.

Oklah aku teringin nak buat POLL pasal entry nie sebab nampak agak menarik untuk dibuat POLL hehehehe. Korang leh vote sekali jer yer.

So korang layan jer lah yer.










Dari tahun 2000 sehingga 2010, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan sebanyak 28.99 juta kad pengenalan MyKad.


Jumlah tersebut meliputi pengeluaran MyKad bagi gantian untuk permohonan disebabkan kes kerosakan dan kehilangan.


JPN adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian.


Ia ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Darurat (Kawasan-kawasan Pendaftaran) 1948 yang dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.


Peraturan itu memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun dan ke atas.


Kad pengenalan kini sudah menjangkau usia 63 tahun yang menyaksikan evolusi dari hanya sekeping kad kertas yang dikenali sebagai kad beras kepada MyKad iaitu kad pintar bercip yang diperbuat daripada bahan polikarbonat.


1948 : Kad pengenalan kertas


> Pengenalan : Oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui Emergency [Registration Areas] Regulation 1948, bagi membendung ancaman pengganas komunis. Ia juga dikenali sebagai ‘kad beras’ kerana sewaktu catuan makanan pada zaman darurat bermula pada 1948 itu memerlukan bukti pengenalan diri bagi mendapatkan beras.


> Pelaksanaan : Digunakan di Semenanjung Malaysia dari tahun 1948 sehingga 1960.


> Ciri-ciri : Tujuan untuk keselamatan, tidak bersalut, gambar hitam putih, cap ibu jari kanan sahaja, maklumat asal penduduk, tiada taraf kewarganegaraan.


1960 : Kad pengenalan plastik


> Pengenalan : Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) diperkenalkan bagi memperkemaskan lagi sistem pengeluaran kad pengenalan.


> Pelaksanaan : Digunakan di Semenanjung dari 1 Ogos 1960 sehingga 31 Mac. Diperkenalkan di Sarawak pada 30 Mac 1966 dan Sabah pada 1 Jun 1972.


> Ciri-ciri : Keselamatan yang baik, bersalut dan diproses secara teragih, empat warna bagi menentukan taraf warganegara, maklumat terperinci, gambar hitam putih, cap ibu jari kiri dan kanan.


1990 : Kad pengenalan bermutu tinggi


> Pengenalan : Bagi menggantikan kad pengenalan plastik. Juga dikenali sebagai kad pengenalan bunga raya.


> Pelaksanaan : Diperkenalkan pada April 1990.


> Ciri-ciri : Keselamatan yang tinggi, gambar hitam putih (1990) dan gambar warna (1999), cap ibu jari kiri dan kanan, maklumat terperinci dan bersalut.


Kad pengenalan pintar


> Pengenalan : Kad pintar yang dikenali sebagai MyKad.


> Pelaksanaan : Mulai akhir 2000 di Semenanjung dan awal 2002 di Sabah dan Sarawak. Penukaran kad pengenalan bermutu tinggi kepada Mykad adalah secara sukarela dan percuma mulai tahun 2003 sehingga 2005.


> Ciri-ciri : Kad pengenalan mempunyai ciri keselamatan tinggi dan berteknologi cip yang kini diperbuat daripada bahan polikarbonat. Pada masa ini, ia memuatkan aplikasi lapan tambah satu (8+1) dalam satu kad. 

Wordless Wednesday #1 : Pageviews 60,001

SimplySiti Mendapat Pengesahan Halal Dari JAKIM.

Alhamdullilah akhirnya terungkai sudah isu SimplySiti Tak Halal???? Biar Bebenor. Macam nie ler yang kita harapkan. Pihak JAKIM keluarkan kenyataan rasmi untuk makluman awam secepat yang mungkin. Kan mudah macam tu. So takder ler lagi orang nak ragu-ragu ngan status produk yang dikaitkan. 

Tindakan yang diambil oleh JAKIM untuk rungkai persoalan berkenaan isu HALAL nie amat dipuji. Terima kasih kerana dapat menyelesaikan masalah ini dalam tempoh yang singkat. Maybe lepas nie boleh sebarkan info lebih cepat lagi. 

So korang leh ler gunakan SimplySiti tanpa was-was lagi hehehehe dah macam tagline ubat gigi ZAITUN lak GUNAKAN TANPA WAS-WAS.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan e-mel tidak betul mengenai status halal sesuatu produk hingga menimbulkan kekeliruan pengguna dan menjejaskan perniagaan pengeluar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, berkata terdapat beberapa e-mel yang tersebar kini mengambil maklumat lama mengenai status halal sedangkan produk berkenaan sudah mendapat pengiktirafan halal Malaysia.

Beliau memberi contoh mangsa terbaru dalam kes ini iaitu produk kecantikan milik Datuk Siti Nurhaliza Taruddin di mana berus pemerah pipi dikatakan menggunakan bulu babi.

“Tindakan ini tidak wajar berlaku kerana penyebaran maklumat yang tidak jelas memberi kesan negatif kepada pengguna dan industri, malah perbuatan itu satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi.

Hakimah berkata, ada produk yang disenaraikan Jakim sebagai tidak halal kerana mengandungi benda haram, tetapi selepas pelbagai proses dilalui pengeluar antaranya melakukan proses samak, Jakim menyenaraikan produk terbabit sebagai halal.

“Saya minta masyarakat tidak menerima maklumat baru tanpa menyelidiki kesahihannya dan sila rujuk Jakim untuk mendapatkan maklumat terkini,” katanya.

Beliau meminta masyarakat Islam yang was-was mengenai status halal sesuatu produk menghubungi 03- 83150200 untuk keterangan lanjut.

Beberapa hari lalu, Siti Nurhaliza terpaksa mengeluarkan kenyataan mempertahankan status halal produknya apabila seorang pemilik blog menyebarkan surat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (Jaip) mengenai senarai nama syarikat yang tidak berjaya mendapat sijil pengesahan halal Malaysia. -  

Arlene Tan Dah Buat Laporan Polis Berhubung Isu Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara

Aku dapat info nie dari blog MILOSUAM pasal Arlene Tan dah buat laporan Polis sebab dia dikaitkan dengan Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara. Laporan nie buat oleh Arlene Tan disebabkan dia dah terima banyak ugutan yang boleh mengancam nyawa dan keselamatan dirinya.

Dalam laporan tu juga dia mendakwa kumpulan hackers GAYSEC telah membongkarkan maklumat yang salah dan dia menerima akibat dari kesilapan berhubung isu Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara.

Korang leh tengok salinan laporan Polis yang dibuat oleh Nor Arlene Tan Binti Khalid kat bawah nie.

Penafian Arlene Tan Berhubung Isu Makcik Hajjah Sitt Alwuzara


Tadi aku singgah jap ke blog DenaiHati.com then aku baca entry bro Denaihati pasal isu Makcik Hajjah Sitt Alwuzara. Agak tertarik gak untuk aku tahu kisah nie lebih lanjut. Then aku guna cik google untuk cari maklumat. Then aku jumpa blog Arlene Tan dan dia dah buat entry menafikan bahawasanya dia adalah Makcik Hajjah Sitt Alwuzara yang dimaksudkan oleh pihak Gaysec melalui #OpsRamadhan.

So sekarang nie isu Makcik Hajjah Sitt Alwuzara dah jadi makin hot. Boleh katakan majoriti blogger di Malaysia jadikan isu
Makcik Hajjah Sitt Alwuzara sebagai tajuk entry. Aku ada baca gak ler sedikit sebanyak artikel dalam blog Arlene Tan nie. Apa yang aku nampak ada gak beberapa isu yang dia tulis dalam blog tu seakan-akan mempersoalkan kewibawaan Islam. Yang itu pada pandangan peribadi aku. Kalau korang nak tahu kena ler baca sendiri.

Berikut aku copy paste entry penafian dari blog Arlene Tan.

"I am saddened by this situation as this is really a sick act by a bunch of people who love to simply accuse without any proof. For the record, I am absolutely not Sitt Wuzura and I have never known this person before. I was not even aware about this issue until 3 days ago where I got an alert by some facebook friends that I was being wrongfully accused. The first time I ever read her blog was also 2 days ago when I had to show evidence to the police. For your information, I have made a police report against Gaysec and anyone else for the wrongful accusation, for posting my personal details in public, and for encouraging the public to harrass me, including making death threats at me. Dear friends, please let us spread the truth during this holy month where it is not merely avoiding from eating and drinking, but most importantly avoiding from spreading lies and fitna, as well as seeking truth and enlightenment."


Arlene Tan dah buat laporan Polis berhubung isu nie. Bagi aku dia ada hak untuk pertahankan diri dalam hal nie. Tindakan dia buat laporan Polis adalah amat baik pada aku supaya Polis dapat menyiasat secara menyeluruh. Maybe ada individu yang tak puashati dengan dia so buat perkara seumpama nie bagi menjatuhkan maruah Arlene Tan.

Aku suka amik petikan dari bro Denaihati seperti kat bawah nie,

"Banyak perkara yang pelik antaranya Kumpulan Murtads Malaysia dan Singapore begitu marah dengan pendedahan GaySec dan menyokong Arlene Tan untuk membuat report polis. Pasti mereka ini tahu siapa sebenarnya Makcik Hajjah Sitt AlWuzara kalau pun bukan Arlene Tan."

Emmmmm pelik bin ajaib kan.


Satu lagi aku ada baca gak kat GOOGLE PLUS yang
Makcik Hajjah Sitt Alwuzara buat pengakuan bahawa Arlene Tan takder kaitan dengan identiti Makcik Hajjah Sitt Alwuzara. Korang leh tengok kat bawah nie.

So sekarang nie bagi aku biar ler Polis, SKMM dan pihak yang berwajib yang amik tindakan sewajarnya. Korang ingat pihak nie nak dok diam ke. Korang ngat Polis, SKMM dan pihak berwajib kat Malaysia nie tak pandai nak track ke sapa tuan punya blog nie. Panas seh isu nie.

Yang pasti aku yakin tak lama lagi identiti
Makcik Hajjah Sitt Alwuzara yang buat onar nie akan ditangkap. Kita tunggu jer keputusannyer nanti. Bagi yang rasa teraniaya inilah masanyer yang paling sesuai untuk berdoa pada Allah Yang Maha Mendengar & Maha Memberi. Sekiranya benar anda teraniaya aku amat pasti Allah akan makburkan doa orang yang teraniaya nie.

Video Pelajar Malaysia Kena Pukul Di London

Tadi aku ada buka entry pasal Pelajar Malaysia Di UK Britain Cedera Rusuhan Di London. Pelajar Malaysia yang menjadi mangsa keganasan nie adalah Asyraf Haziq. Dia merupakan pelajar tahun pertama KAPLAN COLLEGE London. 

Kalau korang tengok Buletin Utama kat TV3 mesti dapat tengok sedutan video yang dimaksudkan. Hangin siot tengok dia kena macam tu sekali. Kalau korang tak sempat tengok kat TV3 kat sini aku letakkan video tu khas untuk korang yer. Korang leh tengok video tu kat bawah nie.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More