TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Saturday 31 March 2012

Gaji Baru SSM 2012 Pekeliling JPA Dah Keluar Pada 30 Mac 2012



Seronoknyer keje sebagai kakitangan kerajaan hehehehehe.......nasib sentiasa terbela......semoga kenaikkan gaji baru nie tak akan jadi penyebab kenaikkan harga barangan runcit.....kesian kat kakitangan swasta......korang leh tengok kat bawah nie ek.....aku dapat kat sini


Korang dah leh kira-kira ler berapa ringgit tertunggak korang akan dapat nanti bermula dari 1 Januari 2012 sampai March hehehehe......gunakan duit tu sebaik mungkin ek.....jangan boros-boros.....

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012

Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan 
Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Zizan Raja Lawak Ngan "Awek" Baru Evo 10

Perghhhhhhh!!!!! Memang terbaik lah Zizan!!!! Respek sama lu.....memang mantop kete nie....EVO 10 tu weh!!!!!

Nie bukan spec biasa dari kilang dan bikin ooooooo.....difahamkan Zizan beli yang dah di tuned dengan Performance Part M7.....480hp (horse power)......

Perghhhhh!!!! Berdesup tu kalau pecut kat highway.....harga pun dah tentu berdesup....difahamkan harga Evo 10 nie tak kurang dari RM250K......perghhhhh betul banyak duit ko Zizangggggg hehehehe.......bak mai RM50K hehehehe......

Zizan beli kete nie kat Mutiara Motor Larkin Johor baru-baru nie......tak silap aku syarikat nie kepunyaan suami Juliana Banos......

Apa-apa pun ko memang mantop Zizanggggg......korang jangn jeles ek.....








Thursday 29 March 2012

Hubungan Siti Dan Datuk K Dingin?????? Apa Kaitan Rozita Che Wan Lak????

Tak tahu ler betul ke idak citer nie. Nampak macam prank jer nie. Takkan Harian Metro kuar berita macam nie lak kot. 

Aku dapat berita nie masa tengah layan forum. Kalau betul nie parah!!!!! Confirm leh jadi kontroversi panas nie.


Pada pandangan aku ada kemungkinan berita nie tak betul. Apa pandangan korang semua lak????


Rajin sungguh orang nak edit dan sensasikan citer macam nie. Adoiiiii!!!!





Monday 26 March 2012

Rumah Dimasuki Perompak, Mawi Dipercayai Diikat

 
PETALING JAYA: Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumahnya di Bangi dekat sini dimasuki perompak awal pagi Isnin.

Menurut pengurus peribadinya iaitu Mohd Nasir Ismail, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi apabila beberapa perompak memecah masuk ke rumah banglo milik Mawi dan melarikan beberapa barang berharga termasuk telefon bimbit.

Nasir berkata, kejadian itu berlaku ketika Mawi yang baru tiba dari rumahnya kira-kira pukul 2 pagi selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Johor Baru.

“Saya difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi selepas dua jam Mawi tiba di rumahnya dari Johor kerana menyertai siri jelajah ABPBH.

“Semasa kejadian terdapat ibu Mawi, nenek serta isteri dan anaknya. Kesemua mereka selamat dan tidak diapa-apakan,” jelas Nasir.

Bagaimanapun dia tidak mengetahui kisah sebenarnya kerana masih dalam perjalanan pulang dari Johor ke Kuala Lumpur.

Sementara itu Mawi dan isterinya, Nora’Asikin Rahmat (Ekin) tidak dapat dihubungi kerana dipercayai telefon bimbit mereka dilarikan perompak.

Bagaimanapun mStar Online difahamkan, dalam kejadian itu Mawi turut diikat sementara perompak telah melarikan barang berharga dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM10,000.

Pada 28 Februari lalu pasangan artis tersebut menerima cahaya mata pertama mereka iaitu Cahaya Malaika.

Pengirim SMS Kes Bunuh Dirang Adalah Budak 11 Tahun


Terer sungguh budak-budak sekarang nie ek.....cantik sungguh Bahasa Melayu budak 11 tahun nie sampai boleh hantar SMS ugutan secantik macam gambar kat atas nie......macam ada bau hancing kucing lak....tak pun bau hanyir ikan kat pasar.....rasa macam tak logik dek akal lak budak umo 11 tahun boleh tulis SMS berbaur ugut seperti nie.....confirm UPSR BM karangan nanti budak nie akan dapat 'A'.......

Apa-apa pun tahniah kepada pihak Polis kerana berjaya menangkap pembunuh sebenar DIRANG.....semoga pembunuh terbabit akan dikenakan hukuman yang berat dan setimpal dengan kesalahan yang dah dilakukan.....berita penuh leh tengok kat bawah nie ek....

JOHOR BAHRU: Pengirim sebenar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta wang tebusan berjumlah puluhan ribu ringgit kononnya bagi membebaskan Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang hilang pada 1 Mac lalu sebelum disahkan dibunuh, sebenarnya seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.
Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kes itu berjaya dibongkar selepas polis menahan seorang bekas anggota tentera berpangkat Koperal di Kelantan, 16 Mac lalu.
“Hasil siasatan terhadap bekas anggota tentera terbabit bersama teman wanitanya mendapati SMS itu dihantar anak lelakinya.
“Koperal berusia 45 tahun yang juga duda dua anak itu ditahan di kediamannya di Kampung Alor Melaka, Pulai Chondong, Machang,” katanya.
Mokhtar ditemui pada majlis Perhimpunan dan Melafaz Ikrar Sempena Peringatan Hari Polis ke-205 di kawasan tempat letak kereta Pasaraya Maslee, Setia Indah, di sini.
Menurut Mokhtar, polis menemui tiga telefon bimbit di kediaman lelaki terbabit sebelum ia disita untuk pemeriksaan.
“Saya sahkan kes ini ditutup kerana SMS terbabit dihantar seorang kanak-kanak. Kerjasama yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan membantu menyelesaikan kes ini.
“Saya turut nasihatkan orang awam supaya tidak melakukan perkara sedemikian selain memastikan anak berada di bawah jagaan tidak melakukan perkara negatif seperti itu,” katanya. 

Friday 23 March 2012

Apakah Hukum Bacaan Fatihah Dalam Hati Ketika Solat - Ustaz Azhar Idrus



Apakah hukum bacaan Al-Fatihah dalam hati ketika solat? Agak-agak korang apa hukumnyer ek. Nak tahu lebih jelas dan sahih leh tengok video kat bawah nie. Ustaz Azhar Idrus ada menerangkan pasal persoalan nie. Semoga info nie akan memberikan manfaat pada kita semua.

Wednesday 21 March 2012

Mamat Nie Real Leh Terbang Macam Burung



Kalau korang tak caya meh tengok video kat bawah nie. AWESOME!!!!!!


Lelak nie terbang pakai kepak tu......kayuh bang!!!! kasi kayuh laju-laju

Tuesday 13 March 2012

Keluhan Kaum Hawa "Susahnya Jadi Wanita"



Sekadar nak berkongsi ngan korang semua satu artikel yang amat menarik minat aku untuk dikongsi ngan pembaca WANITA. Semoga artikel nie akan memberi manfaat pada korang semua. Kalau nak share dipersilakan.

Selamat membaca.

Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: 
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: 
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Isteri kepada lelaki yang sedang berjihad menerima pahala jihad walaupun tidak turut sama dengan suaminya
Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.

18SG: Video Harimau Makan Orang Di Guwahati India



Perghhhhhh ngeri siot tengok orang nie kena baham dik harimau. MEMANG NGERI!!!!! Hilang sebelah tangan barai kulit kepala. So hati-hatilah yer kalau nak bergurau senda ngan binatang yang ganeh macam nie yer. Lebih-lebih lagi bila bawa anak-anak ke zoo ke. Al maklumlah kan sekarang nie musim cuti sekolah. Awasilah anak-anak anda korang semua yer bila gie melawat zoo.

Korang layan lah yer video nie. Bagi yang takut dengan darah atau mabuk darah tak payah tengok kot. Pertimbangan korang semua sebelum tengok video nie amat dihargai. TAKE CARE!!!!

Monday 12 March 2012

Al-Fatihah Buat Adik Nurul Nadirah - Rangka Manusia Rentung Disahkan Nurul Nadirah: Polis


AL-FATIHAH BUAT ADIK NURUL NADIRAH


Semoga keluarga Arwah Adik Nurul Nadirah tabah menghadapi dugaan dari Allah SWT.

Nurul Nadirah

PASIR GUDANG: Rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu. 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan.

Tuesday 6 March 2012

18SG - Guru Langgar Anak Murid

Perghhhhh sadis sungguh bila tengok budak-budak nie kena langgar ngan guru diaorang. Dah giler ke apa cikgu seekor nie. Kejadian ini berlaku di Medan, Indonesia. Tak pasti apa sebab guru tersebut langgar anak muridnya. 

Sadis siot!!!! Korang layan ler ek.

Bila Binatang Di Hutan Mabuk? Erk Binatang Mabuk

Siapa cakap haiwan di hutan tak tahu mabuk hehehe.....kalau korang tak caya leh tengok video kat bawah nie.....ada sejenis buah diberi nama MARULA jadi penyebab kepada berlakunya aktiviti mabuk berkumpulan hahahaha.....sampai gajah pun surrender bila dah mabuk hahahaha.....lawak siot....korang layan ler ek......selamat menonton.....

Sunday 4 March 2012

Jom Makan LEMBU PANGGANG Kemboja

Kita seringkali tengok AYAM PANGGANG, ITIK PANGGANG, KAMBING PANGGANG & RUSA PANGGANG kan hehehehe......pernah ke korang terlintas atau terpikir akan ada LEMBU PANGGANG sekor-sekor macam gambar kat bawah nie hehehehe.....nie bukan lawak doh....nie realiti....kalau korang nak layan daging LEMBU PANGGANG silalah berkunjung ke KEMBOJA.....korang tak caya ek....meh tengok gambar kat bawah nie.....

Agak-agak depa nie panggang lembu tu sekali ngan kulit-kulit ke hehehehe.....



Saturday 3 March 2012

Panggilan Telefon Berantai

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya. Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti… Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama…. Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen… Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama… Atuk (Boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh… Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu… Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya.. Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase. Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk. Atuk (Boss) menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya.. Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni jadi outstation, Boss dah nyanyuk agaknye. Suami menelefon Buah Hati : Kita boleh kembali bersama, Isteri saya jadi outstation seminggu. Buah Hati menelefon Murid Tuisyen : Maaf kelas tuisyen minggu ni di batalkan.. saya kerja seminggu. Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk kelas tuisyen batal lagi, takda kelas untuk seminggu. Atuk (Boss) menelefon Secretary : Cucu saya nak habiskan masa bersama seminggu, jadi outstation batal. Alamak dah lenguh jari ni menaip pulak korang sambung la pulak. hehehe..


Bila nak abih citer daaaaa kalau dah macam nie hehehehe......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More