KAT SINI MACAM-MACAM ADA BISNES | BLOGGING | CONTEST | TIPS BLOGGING | TIPS SEO | TIPS FACEBOOK | TUTORIAL | RESIPI | POLITIK | ARTIS | SUKAN | GADGET | ISU SEMASA | ISU AGAMA
Terkejut lak dapat tau dari adik aku n wife pelakon yang aku minat Harun Salim Bachik meninggal dunia sebab terjatuh kat R&R Bukit Merah. Bila tengok kat group facebook kampung halaman aku "Parit Buntar My Home Town" memang sah Harun Salim Bachik telah menghembuskan nafas terakhir.
Dari sumber group Allahyarham sesak nafas dan terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia. Jenazah Allahyarham Harun Salim Bachik sekarang nie ada di Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.
Sama-samalah diberdoa pada Allah SWT supaya arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh padaNya. Semoga roh Allahyarham Harun Salim Bachik akan dicucuri Rahmat.
Al-Fatihah buat Allahyarham Seniman Harun Salim Bachik.
Baru jap tadi aku dapat info area Penang, Perak dan utara Selangor dilanda gempa bumi. Berlaku gegaran selama 2 - 3 minit di kawasan berkenaan. Aku ada chat ngan adik aku di Penang dia sahkan memang ada gegaran. Frame pada dinding bergoyang. Then aku check ngan web http://ptwc.weather.gov dan http://www.met.gov.mymemang sah berlaku gempa bumi berukuran Magnitude (Skala Richter) 6.5 - 6.7 di Utara Sumatra, Indonesia.
Korang leh tengok map kat bawah nie. Harap-harap takder ancaman tsunami.
Alhamdullilah baru jap tadi aku dan wife selamat kembali ke sarang kami di Seri Kembangan. Perghhhhhh jalan jem giler wehhhhh. 9 jam perjalanan dari Parit Buntar, Perak nak sampai ke Seri Kembangan. Biar betik!!!!
Memang betul wehhhhh aku tak tipu. Memang slow giler perjalanan hari nie. Bayangkan jem dari Taiping sampai ke R&R Sg. Perak. Lepas tu jem balik sebelum nak masuk ke Terowong Menora. Then jem lagi sebelum nak sampai ke Simpang Pulai. Lepas tu jem lagi dari Gopeng sampai ke R&R Tapah. Tak abih jem lagi nie hahahaha kali nie sangkut lak dari Bidor sampai ler kat Sabak Bernam. So korang bayangkan ler berapa banyak jem hahahahaha.
Aku gerak dari Parit Buntar 3.30 petang sampai kat rumah di Seri Kembangan kul 12.30 malam. Letih betul drive hari nie. Kan best kalau ada driver hahahahaha. Itulah realiti balik beraya di kampung halaman. Itu yang feel nyer kan. Baru betul balik beraya sakan hahahaha.
Kesesakan yang berlaku nie bukan selalu kan. Lagi pun masing-masing dah nak kembali bekerja Isnin nanti. So kita layan jer lah yer. Best per dapat merasai saat-saat macam nie bukan selalu pun hehehehe. Kalau korang dapat rasai dan jiwai keadaan nie pasti feel ooooo. Itu bermakna korang ada kampung halaman yang jauh nun di sana hahahahaha.
Aku jangkakan Ahad nanti lagi teruk jem. Elok korang standby roti sebab "jem" dah ada hahahaha. Calit makan jer hahahaha. Perasa jem highway hahahaha.
Kalau korang balik esok ke KL samada dari Utara, Selatan atau Pantai Timur Semenanjung Malaysia makesure kenderaan korang tu dalam keadaan yang baik. Pandu cara yang berhemah yer. Ikut dan patuhilah undang-undang jalan raya.
Kita perlu ingat bukan kita jer nak balik ke rumah di KL. Yang lain pun sama gak macam kita nak sampai cepat kat umah kan. Jadi berhemah ler ngan pemandu yang lain. Tak perlu terburu-buru. Biar lambat asalkan selamat.
Aku ada snap beberapa keping gambar dan video untuk tatapan korang.
Selamat memandu dan berhati-hatilah di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah insan yang tersayang. Selamat bertugas kepada korang semua yang bekerja Isnin nanti. Take care.
Masih ada segelintir pemandu yang bertimbang rasa di atas jalan raya. Ikut suka hati diaorang jer nak memandu kat lane kecemasan. Wahai pemandu terbabit bukan korang jer yang nak cepat sampai yang lain pun nak cepat sampai gak. Tapi berhemah ler sikit ngan pemandu yang lain.