TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Tuesday, 13 September 2011

AWAS!!!! Restoran Guna Sos Ada DNA Babi Di Kesan



Isu panas!!!! Bila ler agaknyer isu babi nie nak selesai ek. Macam mana diaorang tak tahu produk yang digunakan tu ada mengandungi DNA babi. Dah jadi pengusaha restoran tu rajin-rajin ler tangan tu search kat laman web JAKIM pasal produk halal. Dah jadi macam nie mudah jer cakap tak tahu. Takkan itu pun nak diajar. Nampak sangat nak guna ayat cover line. Adoiyaiiii!!!!


Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
SEREMBAN – Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi. 
Perkara tersebut terbongkar selepas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan pada bulan lalu. 
Hasil pemeriksaan tersebut mendapati, premis terbabit masih menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim. 
Seorang jurucakap JHEAINS berkata, susulan itu semua premis makanan tersebut termasuk semua peralatan yang digunakan premis berkenaan terpaksa menjalani proses samak. 
Katanya, premis berkenaan yang termasuk beberapa buah restoran, kedai kek dan restoran makanan segera telah disamak sebagai syarat untuk mereka memperoleh sijil halal. 
“Kita melakukan pemeriksaan di premis-premis berkenaan selepas pihak Jakim mengesahkan bahawa dua sos berkenaan dan satu serbuk penaik jenama Puratos mengandungi DNA babi,” katanya di sini semalam. 
Menurut jurucakap itu, ketika pemeriksaan, pemilik premis berkenaan mendakwa mereka tidak tahu bahawa produk yang digunakan oleh mereka mengandungi DNA babi.
SUMBER: KOSMO

Tahniah Pemenang Ke - 6 Followers Dezaman Cottage

Tahniah buat pemenang Ke 6 Contest Followers Dezaman Cottage. Pemenang yang bertuah Followers ke 599 telah diberikan kepada AKMAL AFIQAH. Anda akan dihubungi melalui email sebentar lagi. Tahniah sekali lagi dari kami.


Gambar Sosial Qila Wan Hisham Pelakon Awan Dania Musim Ke – 2

Panas sehhhhh!!!! Gambar Qila Wan Hisham pelakon Awan Dania Musim Ke – 2 yang bermadu kasih telah didedahkan di laman web ohartis. 

Adoiiiii aku pun tak tahu ler nak cakap macam mana pasal hal nie. Bila dah keluar gambar-gambar macam nie dalam internet mula ler nak bikin ayat cover line.

Kalau gambar tu senonoh ok ler gak nie tidak, sekali keluar gambar pelbagai aksi menjolok mata yang boleh tinggalkan tanda soal "?????". So nak salahkan sapa sekarang nie. Sapa nak dijadikan kambing hitam.

Kepada semua golongan artis berhati-hati ler dengan setiap tindak-tanduk anda di luar sana. Banyak mata yang memerhatikan setiap gerak-geri anda. Kalau baik tindak-tanduk anda maka baik ler informasi yang akan dikeluarkan oleh peminat kalau sebaliknya lu pikir ler sendiri akibatnya. Jangan disalahkan orang lain lak.

Buat Qila Wan Hisham, banyak persoalan yang perlu Qila Wan Hisham perjelaskan kepada peminat dan umum. Harap Qila Wan Hisham tabah untuk hadapi dugaan nie.






MAS Dan Air Asia Taja Queens Park Rangers (QPR)

Perghhhhh MAS & Air Asia taja Queens Park Rangers (QPR) tu. Semoga tajaan nie akan membawa manfaat pada MAS & Air Asia. Mr Tony dah mula susun strategi pemasaran untuk MAS dan Air Asia melalui BPL. Sebelum nie Emirates taja Arsenal dan Ethihad taja Manchester City. Bagi aku penjenamaan melalui BPL nie boleh bawa keuntungan secara tak langsung pada MAS dan Air Asia. Bayangan bukan ribuan yang tengok BPL nie. Jutaan orang yang tengok game nie setiap hari baik LIVE atau siaran ulangan. Very good strategy. 


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia akan sama-sama menaja jersi Kelab Bolasepak Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Perdana Barclay (BPL) bagi musim 2011/2012 dan 2012/2013.

MAS akan menaja jersi pemain kelab itu bagi perlawanan di tempat sendiri dalam BPL itu, manakala tajaan AirAsia adalah bagi perlawanan QPR di tempat lawan dan jersi ‘ketiga’ pula bagi kedua-dua musim BPL yang serupa.

“MAS gembira dapat terlibat dengan peningkatan QPR ke Liga Perdana,” kata Pengarah Eksekutif MAS, Mohammed Rashdan Yusof.

QPR, yang 66 peratus kepentingannya dimiliki oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, akan memakai jersi baharu bagi permainan di tempat sendiri, yang dihias dengan logo MAS itu buat kali pertama dalam perlawanan menentang Newcastle United di Stadium Loftus Road lewat malam ini.

Penajaan itu dianggap sebagai yang pertama dalam sejarah bolasepak profesional di dunia, yang menyaksikan dua syarikat penerbangan dari negara yang sama, bekerjasama menaja sebuah pasukan bolasepak, demikian dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin. “Penajaan jersi QPR bagi perlawanan di tempat sendiri (oleh MAS), dan penajaan jersi bagi permainan di tempat lain oleh AirAsia itu merupakan yang pertama bagi Liga Perdana Inggeris.

“Ia juga bagi meraikan rangka kerja kolaborasi MAS dengan AirAsia baru-baru ini,” kata Mohammed Rashdan.

Beliau berkata, penajaan itu yang merupakan inisiatif utama MAS dalam strategi pemasaran jenama baharunya akan membolehkan syarikat penerbangan nasional itu memperkukuhkan kedudukan perkhidmatan penuh dan francais premiumnya di peringkat global melalui peminat dan pencinta bolasepak dari selurun Eropah, Amerika, Asia Pasifik dan Australia.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, AirAsia juga berkata penglibatannya dengan sukan akan meningkatkan lagi kedudukan jenamanya memandangkan bolasepak merupakan sukan yang paling ramai penontonnya di seluruh dunia dan BPL pula diminati ramai di Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif QPR, Philip Beard berkata: “Keupayaan memikat dua syarikat utama Asia untuk melibatkan diri bersama kelab bolasepak tersebut menunjukkan tarikan global yang ada pada QPR sebagai satu jenama. Beliau berkata, QPR amat positif tentang membina hubungan yang teguh dengan kedua-dua syarikat penerbangan untuk memperluas pendedahannya di Asia Tenggara dan selanjutnya.

“Ini merupakan kerjasama yang membanggakan bagi kelab ini dan membawa lebih banyak berita positif berikutan kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam beberapa minggu sejak pengambilalihan,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama MAS menggembirakan peminat BPL di Asia.

Ia merupakan penyedia rasmi perkhidmatan carter udara bagi Jelajah Asia Manchester United pada 2005 dan 2007. Ia juga penyedia rasmi perkhidmatan carter bagi Jelajah Asia pasukan Chelsea pada 2008 dan tahun ini.

Satu lagi pasukan BPL, Arsenal, juga menaiki penerbangan carter Malaysia Airlines bagi jelajah Asianya tahun ini.

SUMBER: BERNAMA

LIVE STREAM ONLINE : Queens Park Rangers vs Newcastle United 12 September 2011 BPL







Match date: Monday, September 12, 2011


Time: 8.00pm (GMT +8)

Stadium: Loftus Road Stadium


Queens Park Rangers v Newcastle United: Probable starters in bold, contenders in light. Photograph: Graphic

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More