TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Monday, 29 August 2011

Kucing Oh Kucing



Sabtu lepas sebelum aku nak balik ke kampung halaman di Perak terserempak ngan seekor kucing cedera parah depan rumah. Maybe baru lepas kena langgar ngan kete. Abih kaki belakang kucing tu hancur teruk. Tapi kucing tu masih hidup. Jalan kena kesot jer pakai kaki depan. Kaki belakang total malfunction. Kesian siot!!!!

Adakah ini ujian dari Allah untuk menguji aku, wife & adik aku sebelum balik ke kampung? Mungkin juga ini adalah satu ujian. Tak sampai hati lak nak tinggalkan kucing yang sakit macam tu jer. So aku, wife & adik aku Kimi apa lagi kena lakukan tugasan Wonder Pets ler pulak hehehehe. 




Korang nyanyi ikut gaya Wonder Pets ek....

Telefon! telefon berbunyi!
Telefon! telefon berbunyi
Ada haiwan dalam bahaya…
Ada haiwan dalam bahaya disana…

Wonder pets! wonder pets! kami datang
Membantu (anak haiwan) yang kesusahan
kami tak besar dan kami tak kuat
tapi bila bekerjasama semua jadi mudah…
Yayyyyy…wonder pets

Apa yang penting! kerjasama…
Apa yang penting!kerjasama…
semua jadi mudah
yayyyy wonder pets..yayyyyy wonder pets!!

Agak payah sebenarnya nak selamatkan kucing yang tengah cedera parah nie sebab dah ler sakit dia lak ngat kita nie nak mengancam dia lak dah. Keje nak gigit jer. So kena guna segala skill yang ada. Kena usaha gak ler. Akhirnya selamat gak masuk dalam kotak. Lepas tu call Klinik Veterinar. Tu pun sib baik ada yellonk pages. Thank you yellow pages. 

Tapi sayang banyak klinik dah tutup maklumlah malam minggu dah tu nak raya lak. Dapat call satu klinik jer yang buka 24 jam tu pun kat KL. Doktor Veterinar tu yang tolong guide. Bancuh air suam ngan glukos kalau takder glukos bancuh ngan gula. Lepas tu bagi pada kucing tu minum. Dalam keadaan cedera parah nie kucing tu perlukan tenaga untuk kekal hidup. Terima kasih atas nasihat doktor berkenaan atas khidmat nasihat.


Lepas tu terus hantar kucing tu ke Veterinar UPM. Tu pun dah tutup. Terpaksa ler kena tinggalkan dengan security kat situ. Harap hari nie diaorang leh serahkan pada Doktor Veterinar UPM untuk bantu kucing nie. Semoga kucing tu sihat.

Siapakah Pejuang Kemerdekaan Malaysia Yang Sebenar?

Salam Ramadhan semua. Semoga kita semua dilimpahi Rahmat Allah hendaknya di fasa terakhir Ramadhan nie. Tak lama lagi dah nak masuk bulan Syawal bulan kemenangan & bulan kemerdekaan setiap umat Islam seluruh dunia yang berpuasa. Yakni bebas dan merdeka dari belenggu hawa nafsu dan bisikan syaitan. 

Adakah benar kita merdeka dari belenggu hawa nafsu dan bisikan syaitan? Atau kita sebenarnya gagal mengawal hawa nafsu lalu menuruti perintah syaitan padahal syaitan semua nyer dibelenggu. Atau adakah kita sebenarnya syaitan yang tidak dibelenggu dalam bulan Ramadhan yang sentiasa meruntun untuk ikut perintah hawa nafsu? Banyak sungguh persoalan yang perlu kita jawab. Hanya kita sendiri jer boleh jawab dengan ikhlas.

Ok berbalik pada tajuk entry. Perghhhhh tengok tajuk jer aku sendiri dah meremang bulu roma. Layak ke kita nie yang lahir pasca selepas kemerdekaan Malaysia untuk berbicara perihal pejuangan. Sebelum tu cuba kita kaji jap. Tak ke sungguh cantik susunan Allah SWT pada rakyat Malaysia. Tak tahu le korang perasan ke tidak. Kita adalah insan yang bertuah sebenarnya. Bukan saja dapat menyambut kemerdekaan jiwa dari belenggu hawa nafsu dan syaitan malah kita juga ditunjukkan oleh Allah SWT erti kemerdekaan pada fizikal juga iaitu kemerdekaan negara kita tercinta Malaysia.

Sungguh cantik susun atur yang Allah telah tentukan. Sesungguhnya tiada kebetulan dalam pengetahuan Allah. Dialah Yang Maha Mentadbir Alam Semesta. Kalau kita mampu merancang tapi Allah lagi terer Dia yang menentukannya. 

Berbalik pada entry nie pada pandangan korang semua "Siapakah Pejuang Kemerdekaan Malaysia Yang Sebenar?"

Sekarang nie macam-macam komen dan ulasan kita akan dengar pasal isu nie selepas Mat Sabu dikatakan "mengangkat pejuang komunis yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar". 

Adakah korang semua setuju dengan statement yang dikeluarkan oleh Mat Sabu?

Sekarang nie ramai yang marah dengan statement tersebut dan ada juga yang menyokong kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu. Bagaimana dengan korang semua? Korang dengar sendiri video kat bawah nie then baru korang leh nilaikan. Selamat menonton.

Hurricane Irene Serang United States

Astagfirrullahhalazim. Sungguh dasyat ujian dari Allah pada rakyat US. Itu jer aku leh ungkapkan bila tengok keadaan New York dan seluruh kawasan US East Coast yang dilanda badai taufan yang diberi nama Hurrican Irene. Banyak kerosakan yang berlaku di kawasan US East Coast. Korang leh tengok gambar kat bawah nie yang aku amik dari yahoo dan google.

Sama-sama lah kita amik ikhtibar dari bencana yang berlaku pada rakyat United States. Diharapkan US akan sedar dengan kejadian yang berlaku. Sesungguhnya Allah Maha Besar Dia boleh turunkan apa-apa jer bencana pada kita semua. Kalau Allah nak tenggelamkan US nie dalam sekelip mata pun boleh. 

Nie baru kena tempias jer. Kalau kena super hurricane tak tahu ler nak cakap macam mana. Maybe lebih teruk dari Hurricane Katrina.

Apa-apa pun kita harap semoga rakyat Malaysia yang ada di US selamat dari bencana ini. Sama-sama kita doakan keselamatan seluruh rakyat Malaysia di sana.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More