TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Saturday 31 December 2011

Yang Mana Betul "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi" Ke Atau "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi"?

Aku tertarik nak berkongsi dengan korang semua pasal satu artikel berkaitan dengan PEPATAH MELAYU. Mesti kita semua pernah dengar Pepatah Melayu seperti kat bawah nie kan:-

"HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI"

"MELEPASKAN BATUK DITANGGA"

Aku dari sekolah rendah sampai sekarang nie dah nak masuk 34 tahun aku dok terpikir apa kaitan PAGAR MAKAN PADI nie. Adoiiiii!!!! Lum pernah dalam sejarah hidup aku dan perabadan manusia kita akan tengok PAGAR yang boleh MAKAN PADI hehehehe. Dasyat ooooo kalau PAGAR leh MAKAN PADI. Tapi tak mustahil ler sebenarnya dengan kuasa Allah SWT kalau nak diizinkan kejadian seumpama itu berlaku yer tak????

Sebenarnya bukan PAGAR yang dimaksudkan dalam pepatah yang selalu kita gunakan semasa belajar di sekolah sehingga ler ke saat nie. Kesilapan ini berpunca dari pemahaman terjemahan penulisan JAWI kepada RUMI. 

Ayat yang betul adalah PEGAR. Apa kebende ler PEGAR nie ek???? PEGAR adalah sejenis burung yang berfungsi untuk menghalau haiwan perosak tanaman padi. Leh tengok gambar kat bawah nie sebagai contoh.


"Oooooo burungggg...ku fikirkan ontaaaaa" hehehehe. Macam penah ku dengar dialog tu kan tapi di mana yer hehehe. Itulah gambar BURUNG PEGAR yang dimaksudkan oleh Pepatah Melayu.

"HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PAGI"

Korang leh tengok kat bawah nie penerangan oleh Pemenang Kedua Pemidato Antarabangsa Bahasa Melayu iaitu saudara Awang Haji Abdul Rashid Bin Awang Haji Damit yang berasal dari Brunei Darus Salam.


Sebenarnya orang dulu-dulu dah pun gunakan BURUNG PEGAR nie sebagai agen kawalan biologi secara semulajadi untuk kawal dan menghalau makhluk perosak pada tanaman padi.

Padan ler orang dulu-dulu jadikan kisah nie sebagai Pepatah Melayu. Ye ler kan burung yang diharapkan untuk menjaga tanaman dari makhluk perosak tiba-tiba belot makan tanaman sendiri sapa tak hangin kan hehehe. 

Maybe itu ler sebab musabab kenapa pepatah nie dijadikan sebagai perumpamaan.

So sekarang nie maybe pihak seperti Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) perlu amik initiative untuk lakukan kajian menyeluruh ke atas semua Pepatah Melayu yang dah dibukukan. Maybe kena tengok sekali lagi tafsiran JAWI kepada RUMI tu sebaik mungkin. Supaya tak berlaku salah faham seperti nie.

Bayangkan aku yang dah 34 tahun nie baru hari nie dapat jawapan hahahaha. Lawak seh dan sama taraf ngan Maharaja Lawak Mega hehehehe.

Alhamdullilah hari nie dapat gak aku tahu perkara yang sebenarnya hehehe.

Sama gak dengan pepatah "MELEPASKAN BATUK DITANGGA". Yang sebenarnya bukan BATUK tetapi BATOK. Nak tahu BATOK macam mana tengok kat bawah nie gambar nyer.


Itu lah rupernya BATOK kalau korang nak tahu. Nak tahu lebih detail pasal kisah BATOK nie korang leh baca lebih lanjut kat blog nie yer http://bedaduz2.blogspot.com/2011/12/harapkan-pegar-pegar-makan-padi.html 

Aku berikan credit pada tuan empunya blog tersebut di atas artikel yang menarik nie untuk dikongsi bersama. Diharapkan semoga ada pihak yang berwajib seperti DBP boleh buat kaji lebih detail lagi.

Selamat membaca semua.

Tahniah OSBON Juara Maharaja Lawak Mega 2011

TAHNIAH OSBON 
JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2011



Aku amik kesempatan nie untuk ucapkan sekalung TAHNIAH pada OSBON di atas kemenangan sebagai JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2011. Tahniah juga pada BOBOI yang dinobatkan sebagai NAIB JUARA kerana berjaya menjadi pesaing yang mantap pada OSBON. Tidak lupa juga pada SAEHU ditempat ke 3 dan SYOK ditempat ke 4.

Memang mantap persembahan Final Maharaja Lawak Mega hari nie. Persembahan OSBON dan BOBOI yang bersahaja amat memukau setiap penonton di Stadium Melawati Shah Alam dan juga penonton di rumah. Seluruh penonton Maharaja Lawak Mega pasti merindui saat kegembiraan dengan aksi-aksi lucu yang dipersembahkan oleh OSBON dan BOBOI.

KAMI AKAN MERINDUI OSBON & BOBOI.

TAHNIAH SEKALI LAGI.

GOOD JOB OSBON & BOBOI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More