TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Friday, 7 October 2011

Kejadian Seram Di Bilik ICU - Ngeri Nyer!!!!!



Salah sebuah katil di wad ICU sebuah hospital swasta kerap kali mengalami kejadian yang amat pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di katil tersebut pasti akan meninggal pada waktu pagi setiap hari jumaat tidak kira umur, jantina mahu pun tahap kesihatan mereka.

Perkara ini membuatkan doktor di hospital tersebut menjadi binggung dan sungguh pelik. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut dengan meletakkan sebuah CCTV di dinding yang berhampiran dengan katil tersebut.

Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Pada hari jumaat yang berikutnya, semua doktor yang terlibat sudah bersiap sedia untuk melihat dan mencari punca sebenar kejadian pelik yang berlaku di wad ICU hospital tersebut.

Tepat jam sembilan pagi, pintu bilik wad ICU tersebut di buka dan kelihatan makcik Halimah Jongang, seorang cleaner sambilan memasuki wad ICU tersebut untuk membersihkan wad seperti biasa.

Makcik Halimah Jongang adalah seorang cleaner sambilan yang bekerja di hospital tersebut pada setiap hari jumaat, sabtu dan juga ahad. Mengikut jadual yang telah di tetapkan, makcik Halimah Jongang akan membersihkan wad ICU tersebut pada setiap hari jumaat.

Seperti biasa, beliau memasuki wad tersebut dan menghampiri katil keramat yang sering kali meragut nyawa setiap kali hari jumaat menjelma. Lalu dia mencabut plug alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan plug vakum cleanernya.


HEHEHEHEHE      korang jangan marah ngan aku tau kahkahkahkah

Teks Ucapan Penuh Belanjawan 2012 - Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara


Belanjawan 2012

Belanjawan 2012 bertemakan Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Teks Ucapan Belanjawan 2012 boleh diperolehi oleh orang ramai pada 7 Oktober 2011 jam 5.30 petang di Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.

Teks Ucapan Belanjawan 2012 dan Lampiran boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Belanjawan 2012 www.treasury.gov.my pada jam 6.00 petang. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi Kementerian Kewangan seperti berikut:


Berikut adalah TEKS UCAPAN BELANJAWAN 2012. 
Download kat bawah tu yer.

Gambar Ana Dahlia Bertunang Dengan Chef Riz Anak Chef Wan

Selamat bertunang Ana Dahlia dan Chef Riz











SUMBER: Aleeya Studio

Kisah Seram Penjara Pudu


PENJARA PUDU???? Sapa kat Malaysia tak pernah sebut atau dengar nama PENJARA PUDU maka tak lengkaplah status kewarganegaraan seseorang tu hehehehe. Memandai jer aku nie ek.

Macam-macam kisah suka duka terjadi kat sini. Kat sini gak ler Botak Chin menawan tebusan berhari-hari dan di sini juga ler Botak Chin ditamatkan riwayat hidup nyer di tali gantung.

Yang pasti banyak kisah seram yang mengaitkan PENJARA PUDU mungkin pernah kita dengar. Aku sendiri pun dah meremang bulu roma nak citer lewat-lewat malam nie. Apa kata korang baca kisah seram PENJARA PUDU kat bawah nie. Memang seh doh!!!! Jangan biarkan hidup korang semua diselubungi misteri!!!!!!



Penjara Pudu

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "BILIK TERAKHIR". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR" adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di "BILIK TERAKHIR" inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.


Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan berrmacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah "Bilik Terakhir "itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri "Bilik Terakhir" itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata.......

.............

.............

..............

" Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu" "Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " "Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " "Ha Ha Ha Ha Ha" " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa". 

p/s : Sakitnya hati & paru-paru Baca Cerita Nih~ x Tahulah korang mcmana plak kan.

HiiiiiiHHiiiiiiiHHiiiiiiii~~~

Korang jangan marah kat aku tau sebab aku pun terkono gak ler hahahaha. Best nyer!!! Best nyer!!!!

Dah gie sambung keje.

LIVE STREAM: Bola Sepak Australia vs Malaysia 2011

Jangan lupa semua hari nie pukul 5:00 petang Team Harimau Malaya akan menentang Team Kanggaroo. Pastikan kita menyokong Team Harimau Malaya. GO MALAYSIA!!!!




Match date:
Jumat, 7 October, 2011

Time:
17:00 local time

Venue:
Canberra Stadium, Australia

Prediction:
Australia (2) - Malaysia (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More