TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label isu Halal. Show all posts
Showing posts with label isu Halal. Show all posts

Saturday, 30 August 2014

Halalkah Minyak Masak Terpakai?????


Ada customer tanya saya kat Restoran Lava Grill pakai minyak masak jenis apa????? Terus terang saya cakap di restoran kami nie kami sentiasa pakai minyak masak jenis SAJI dalam botol 5kg.

Walaupun mahal minyak masak dalam botol nie dari minyak paket 1kg saya tetap pilih minyak masak dalam botol. Memandangkan kualiti dan aspek halalan toyibban yang ada pada minyak masak dalam botol jenama terkenal diperakui halal dan sempurna prosesnya serta diperakui halal oleh pihak JAKIM.

Satu lagi minyak masak dalam botol nie diproses terus dari buah sawit dan bukannya dari proses kitar semula minyak terpakai.

Kenapa kami beli minyak masak dalam botol?????

Sepanjang saya terlibat dalam dunia pengurusan restoran banyak benda saya pelajari secara langsung dan tak langsung. Salah satunya adalah dalam aspek pemilihan minyak masak berkualiti. Kenapa dan mengapa kita perlu pilih minyak masak yang disahkan tahap kualitinya dan tahap halal pada produk?????

Minyak masak terpakai nie sebenarnya ada pihak yang datang membeli pada harga RM1.00/kg. Bila kita nampak sendiri cara pengendalian mereka amik minyak tu membuatkan saya mula terfikir faktor kehalalan pada minyak masak terpakai yang diproses semula.

Bagaimana status HALAL pada produk minyak masak terpakai yang diproses semula?

Mengikut pihak yang membeli minyak terpakai nie diaorang borong di seluruh restoran yang ada di Lembah Klang termasuk la restoran halal dan tidak halal. Minyak masak terpakai nie akan dipam masuk ke dalam satu tangki khas. So kat sini kita dah boleh nampak minyak yang halal dan tidak halal telah bercampur keseluruhannya.

Sebagai sorang muslim saya berhak memastikan pelanggan di restoran saya menikmati produk asas untuk memasak dari produk yang halal sahaja. Memandangkan isu halal adalah sesuatu yang sensitif saya mengambil langkah awal untuk mengelakkan dari mengguna minyak masak dalam paket yang diproses semula agar keraguan ke atas minyak telah saya atasi dari peringkat awal.

Mungkin ramai lagi peniaga muslim yang terlibat dalam industri berasaskan makanan tak tahu berkenaan isu ini. Oleh itu saya berharap pada setiap muslim terutamanya pada peniaga produk makanan boleh take note dan berhati-hati dengan isu ini.

Korang juga sebagai pengguna terutamanya yang beragama Islam wajib amik tahu supaya dapat memberikan makanan yang betul-betul halal pada keluarga. Sesungguhnya mencari yang halal itu adalah satu kefardhuan pada setiap muslim.

Lagi satu minyak masak terpakai yang diproses nie mengikut kajian sainstifik mengandungi kandungan karbon yang tinggi boleh jadi penyebab berlakunya proses kanser dalam tubuh badan kita.

Semoga korang semua menjadi pengguna yang bijak dalam memastikan kesihatan dapat dijaga dari peringkat awal.

Saturday, 24 May 2014

DNA Babi Dikesan Dalam Cadbury Dairy Milk

PESANAN KHIDMAT SOSIAL

DNA Khinzir telah dikesan dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk. Pihak Kementerian Kesihat Malaysia telah mengesahkan pengesanan ini.

Oleh itu diharapkan semua umat Islam berhati-hati dengan produk tersebut.

Boleh rujuk pada kenyataan akhbar KKM dalam gambar nie.



Friday, 4 January 2013

Padah Menggunakan Inai Hitam


Khas untuk semua wanita dan bakal pengantin baru!!!!

Korang kena hati-hati bila menggunakan Inai Hitam.

Nie ler akibat & padah nyer menggunakan Inai Hitam yang mengandungi bahan kimia merbahaya.

Korang leh tengok sendiri kesan sampingan nya. Tak ke naya.
 
So korang hati-hati ler kalau nak pakai ek kang tak pasal-pasal jadi macam nie naya jer!!!!

Sumber: http://tinyurl.com/aduaspv

Apa kata Ustaz Don Daniyal:-

Padah melukis inai di tangan dengan produk yang "no status"

Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di tangan ala-ala tatu..masyaAllah

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

Dari Ibnu Umar ra katanya:

“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :

“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :

“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.

wallahu’alam.

* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur
 


Saturday, 21 April 2012

Video: Melayu Makan Babi Di Pulau Pinang

"Melayu Makan Babi Baru Ada Akai...."


Erk!!!! Bila aku dengar statement tu aku tak tau nak cakap macam mana dah ngan pakcik nie. 


Biar betik pakcik dalam video nie. Korang tengok ler sendiri. Apa pandangan korang semua.


Kenapa babi haram dimakan?

Sebab pertama, haiwan ini jelas telah diharamkan di dalam al Quran pemakanan dagingnya. Antara ayat Al-Quran yang menerangkan pasal perkara nie.

1. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan ( Al-Baqarah: 173 ).

2. Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah ( al-Maidah:3 ).

3. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.( al-An'am:145 ).

4. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ( al-nahl:115 )

Monday, 16 April 2012

Tepung Cap Sauh Mengandungi Bahan Peluntur (Benzoyt peroxide)



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Tadi masa aku tengah layan FACEBOOK aku terjumpa satu info pasal produk tepung yang mengandungi BAHAN PELUNTUR (BENZOYL PEROXIDE). Difahamkan bahan peluntur ini amat merbahaya kepada kesihatan pengguna apabila dimakan. 

Jadi aku nasihatkan kepada korang semua supaya berhati-hati memilih produk yang dimaksudkan. Kalau korang nak share pun boleh jer. Sila ler hehehehe.

INFO TERKINI: TD, SY TELAH MENONTON SIARAN TVALHIJRAH YANG BERTEMURAMAH DENGAN SETIAUSAHA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA(PPIM) YANG MENGATAKAN BAHAWA SEBENARNYA TEPUNG GANDUM YANG KITA BELI, MAKAN TEMPOH HARI TERUTAMA CAP SAUH MENGANDUNGI BAHAN PELUNTUR(Benzoyt peroxide), UNTUK MENGHALALKAN LAGI DINYATAKAN "MENGANDUNGI BENZOYT PEROXIDE YANG DIBENARKAN". PENGGUNA CINA RAMAI YANG DAH TAU, TU DIORANG XBELI LAGI TEPUNG GANDUM YANG MENGANDUNGI BAHAN PELUNTUR TADI YANG BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN SI PEMAKAN. SEBARKAN.....(BUNDLE BOWOH GETOK)


APA ITU BENZOYL PEROXIDE

Benzoyl Peroxide is a highly potent chemical often used in low concentrations as an acne treatment. Benzoyl Peroxide basically works as a peeling agent, stripping dead skin cells and killing bacteria within pores. Pure benzoyl peroxide is highly flammable, explosive, toxic, and is suspected of being a possible tumor promoter.

Although Benzoyl Peroxide is generally considered safe at low concentrations, since it breaks down in contact with skin, it is known for causing nasty side effects such as hives, swelling of the face, itching, and dry and peeling skin. It is also a powerful bleaching agent and will cause discoloration when it comes in contact with clothing and hair.

Benzoil Peroksida 

Benzoyl Peroxide adalah kimia yang sangat ampuh yang sering digunakan dalam kepekatan rendah sebagai rawatan jerawat. Benzoil Peroksida pada dasarnya bekerja sebagai agen peeling, mengupas sel-sel kulit mati dan membunuh bakteria dalam pori-pori. benzoil peroksida sangat mudah terbakar, meletup, beracun, dan disyaki sebagai promotor tumor (mungkin) .

Ini juga merupakan agen pemutihan yang kuat dan akan menyebabkan perubahan warna ketika gunakan pada pakaian dan rambut..(takutnya..huuhuhuu)

Walaupun benzoil peroksida umumnya dianggap aman pada konsentrasi rendah, tapi..kalau kena pada kulit, akan menyebabkan kesan sampingan( buruk )seperti gatal-gatal, pembengkakan wajah, kulit kering dan kulit mengelupas. 


Benzoyl Peroxide

Classified as: TOXIC, FLAMMABLE and EXPLOSIVE
Toxicology
Possible tumor promoter. May act as a mutagen. Toxic by inhalation. May be harmful if swallowed and in contact with skin. Eye, skin and respiratory irritant. Typical TLV 5 mg/m3.

Daripada keterangan dari 3 laman web di atas dapat dijelaskan bahawa Benzoyl Peroxide adalah :· Bahan toksik
· Bahan penggalak tumor
· Boleh menyebabkan alahan pada kulit
· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini.

Dalam Kes Tepung Gandum:(nie kene baca.. lain lai.. kalau pegi beli tepung gandum... tengok dulu bahan yang terkandung... )

Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih. Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot. Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal BP ini akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan.Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna putih ..

Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang. Seorang manusia tidak akan menerima kesan negatif dari BP dalam tempuh yang singkat. Namun setelah mengambil produk tepung putih untuk tempuh yang panjang iaitu melebihi 20 atau 30 tahun, kesan negatif dari BP bakal semakin ketara. Kini masalah gout, athritis dan diabetes semakin lumrah di kalangan rakyat Malaysia. Penyakit ini mula menyerang seawal usia hujung 20an atau awal 30an. 

Pada pendapat saya, produk dari tepung putih adalah satu punca penting selain banyak faktor lain yang menyebabkan gout, diabetes dan athritis.
Sekian wassalam wallahuaqlam...

(sekadar berkongsi apa yang boleh...& ingat.. sebelum membeli apa2..lihat dulu kandungan bahannya..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More