KAT SINI MACAM-MACAM ADA BISNES | BLOGGING | CONTEST | TIPS BLOGGING | TIPS SEO | TIPS FACEBOOK | TUTORIAL | RESIPI | POLITIK | ARTIS | SUKAN | GADGET | ISU SEMASA | ISU AGAMA
Korang tengok screenshot kat atas tu tau tapi jangan jeles yer hehehehe. Sebenarnya dah 4 kali aku dapat Hit Top Featured Posts Innit. Yang terbaru aku dapat 3 hari lepas.
So kali nie aku nak share ngan korang dalam ruangan TIPS BLOGGER bagaimana aku yang tak berapa nak terer nie leh 4 kali Hit Top Featured Posts Innit. Rasa macam tak percaya pun ada gak. So macam mana yer aku buat????
Korang leh ler kalau nak ikut ke idak langkah-langkah yang aku selalu buat.
Make sure korang buat entry post yang gempak, bombastic, catchy dan seangkatannyer. Contohnyer40,000++ Pageviews Dalam Masa Singkat. Selalunya visitor kat Innit nie akan tertarik nak tahu macam mana blogger nie leh dapat40,000 Pageviews Dalam Masa Singkat ek. So kat situ dah ada daya penarik untuk tarik visitor datang untuk NANG IT post korang tu.
Korang kena make sure yang entry post korang tu tak menipu visitor. Visitor nie sekali dah kena tipu tu ok lagi. Kalau dah kerap sangat kena tipu mampuih ler wehhhhh diaorang nak singgah lagi. Contoh kat post blog korang tajuk macam kat atas tu tapi isi kat dalam post korang merapu meraban pasal benda lain. Alamatnya visitor akan cop korang nie nak menipu traffic so diaorang akan mula jauhkan diri dari NANG IT post korang lepas nie.
Make sure korang ADD NEW POST kat Innit seboleh-bolehnya tepat kul 12.00 tengah malam. Kenapa kena tepat kul 12.00 tengah malam???? Sebabnyer mudah jer. Innit akan reset semua post tarikh sebelumnyer. So korang akan dapat fresh NEW POST yang belum atau kurang di NANG IT oleh sesiapa lagi. Bayangkan korang ada 1 post yang tajuk bombastic giler tapi korang gie add jam 11.00 malam tak ke rugi. Sapa nak NANG IT post jam 11.00 malam. Sampai kesudah ler post korang tak leh nak lawan post yang dah dapat 10 NANGED ke atas. So jangan merugikan post berharga korang semua. Tunggu jer sampai kul 12.00 tengah malam.
Bila dah ADD NEW POST tu pandai-pandai ler korang NANG IT post korang tu. Rugi kalau korang tak NANG IT. Itu salah satu daya tarikan gak. Sebab lepas korang NANG IT walaupun 1 NANGED, confirm dalam masa singkat nie post korang akan ada dalam list Featured Posts. So dah ada sikit mileage kat situ. Kalau ada blogger lain yang nak ADD NEW POST pasti akan nampak post korang dah duduk dalam list tu. So terpulang ler pada daya tarikan tajuk entry korang tu. Kalau tajuk gempak macam aku cakap tu confirm akan ada yang klik dan terus NANG IT post korang. Selalunya kalau dah ada 6 - 10 NANGED kat entry post korang sehingga jam 1.00 pagi maknanya post tu akan kekal selama seharian insyallah. So korang dah leh relax tengok ler hasil traffic yang akan masuk dari Innit ke blog korang. Waktu 12.00 malam nie kat Innit akan dipenuhi oleh blogger-blogger yang nak submit new post. Korang bayang ler berapa ramai. So tak mustahil kurang dari sejam selepas korang add post dah ada 3 - 4 orang dah NANGED post tu. Waktu tu semua orang berebut-rebut wehhhhhh.
Yang nie pun penting gak. Rajin-rajin ler visit post orang lain dan rajin-rajin lah juga NANG IT post orang lain yer. Jangan lupa untuk NANG IT post orang yang dah NANGED post kita. Bak kata pepatah "Orang berbudi Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa". Kan sama-sama untung.
So aku harap ngan tips yang tak seberapa nie dapat membantu korang menuju ke puncak FEATURED POSTS INNIT. Cehhhhh!!!!! macam ler terer sangat ko nie nak bagi tips kat korang hahahahahaha.
Aduhhhhhhh sakitnyerrrrr wehhhhh!!!!!......korang tengok gambar kat bawah nie......tak leh bayangkan macam mana azab budak nie menahan sakit......moral of the story berhati-hatilah di mana korang berada.........
Drama arahan Erma Fatima hasil lakonan pelakon popular Fazura, Shahz Jaszle & Fauziah Gous mula mendapat tentangan daripada sebuah kumpulan fanpage.
Fanpage Facebook, “Kami Bantah Tayangan Perdana Tahajjud Cinta” telah diwujudkan dengan jumlah penyokong sekitar 600 orang (buat masa ini). Motif penubuhan fanpage berkenaan dikatakan, “membantah jalan cerita dan gaya lakonan yang jelas menghina muslimat yang berpurdah.”
“Kami masih lagi membuka ruang untuk komen dan kritikan membina terhadap drama Tahajud Cinta. Kita bukan mahu menjatuhkan industri filem, malah mahu industri ini berkembang selari dengan kehendak Islam. Islam itukan syumul,” kata admin Fanpage berkenaan melalui statusnya.
Ada pendapat yang sensitif dengan penayangan Tahajjud Cinta kerana dipercayai menjatuhkan institusi pendidikan sekolah pondok.
Seorang penyokong Fanpage bernama Muhamad Nazri berkata, “Dalam cerita Tahajjud Cinta ini ingin menyampaikan mesej bahawa orang yang mengajar di pondok adalah orang yang jahil agamanya & bersikap jahat, dan orang yang belajar diluar negara itu adalah orang yang baik belaka… ini akan menjatuhkan istitusi pondok.”
Namun, ada yang menyokong penayangan Tahajjud Cinta dengan memberikan pendapat yang lebih terbuka.
“Watak tak semua perlu sempurna untuk sesebuah drama. Ada sebabnya diletakkan begitu supaya ada pengajaran yang mahu ditunjukkan. Itu lebih kepada realiti kehidupan kita sebenar. Bertudung tapi.. seorang ustaz tapi.. kemudian berubah. Itu realiti. kita tidak mahu tengok watak yang sempurna saja dalam drama. Drama yang mencabar mentaliti orang yang menontonnya lebih bagus! itu namanya drama, ” kata Desyntha Desy di Fanpage berkenaan.
Setakat ini, ada cadangan untuk mengutarakan aduan kepada pihak Media Prima atas penayangan drama tersebut. OHBULAN! akan menghubungi pihak Media Prima untuk mengesahkan penerimaan aduan tersebut nanti. Info : Tahajjud Cinta ditayangkan setiap hari Jumaat, jam 9 malam di TV3.
Ala korang nie memang suka menggedik dengan Abang Nara kan? Mementang Abang Nara jarang kongsikan gambar artis-artis baru lelaki, korang buat-buat merajuk pulak. Abang Nara faham isi hati anda semua. Cuma susah sikit nak carik gambar-gambar artis lelaki di Malaysia ini. Mungkin kurang publisiti kot.
Tetapi demi memuaskan hati anda semua, Abang Nara nak sharekan profile dan gambar-gambar si Botak yang popular dengan drama Juvana baru-baru ini. Botak atau nama sebenarnya Johan Ariff Asari sememangnya berbakat di dalam lakonan. Cuba korang baca sikit profile dia kat bawah nie:-
Nama Sebenar: Johan Ariff Asari Umur : 25 tahun (lahir pada tahun 1986) Asal : Pulau Pinang Pendidikan : Malacca High School. Diploma jurusan Kaunselin di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Johan pernah mendapat kelas pendidikan tahfiz selama 2 tahun di Batam dan Jambi, Indonesia. Sifat : Kelakar, peramah dan suka merendahkan diri
Memang boleh buat menantu nie. Pernah belajar tahfiz lagi. Bagus-bagus. Inilah pelakon yang kita mahukan. Bukan kosong tetapi berilmu. Tak gitu? Layankan lagi beberapa keping gambar Botak Juvana dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Meh tengok salinan surat beranak Presiden United States of America Barack Obama. Dalam surat beranak nama betul dia adalah BARACK HUSSEIN OBAMA. Ada nama Hussein tu kat middle name. Islam ke Obama nie??????
Aku sebenarnya nak bagitau kat korang yang blog aku dah berjaya tarik 12,345 unique visitor sejak aku mula berjinak-jinak dalam arena blogging nie......korang leh tengok kat screenshot kat atas tu......
Apa-apa pun aku kena berterima kasih pada korang semua sebab korang sudi ke mari......kalau korang tak ke mari takdernyer blog aku nak jejak angka tu.......nanti kalau dah jejak 23456, 34567, 45678, 56789 aku bagitau kat korang yer......aku suka ngan angka macam tu sebab unik.......
Korang suka angka yang macam mana yer?????? jom kita kongsi nak gak aku tahu.......
Aku nak kongsi ngan korang semua beberapa keping gambar sekitar game Malaysia vs Chelsea 2011....korang layan jer lah yer......
Ramainyer penyokong korang tengok ler sendiri......macam-macam ragam leh tengok kat dalam stadium nie.....
Perlawanan sedang berlangsung.....amik pakai handphone Nokia N97 jer......orang lain siap bawa segala bapa camera hahaha.....tak terkecuali iPad.....
Gambar masa nak balik......korang tengok ler berapa ramai.....sesak seh.....dah jadi lautan manusia nie......
Semasa kat station LRT Bukit Jalil......ramai kan....bayangkan kalau dok kat depan lepas tu orang tolak dari belakang.....mau ada yang tergolek atas landasan LRT.....perghhhhh tak leh bayang wehhhhh
Seperti biasa lepas game korang akan nampak satu panorama seperti kat bawah nie hehehehehe......bila agak-agaknya panorama nie akan berakhir yer......
Alhamdullilah baru jer sampai kat rumah jap tadi.......perghhhh ramai gak yang tengok game Malaysia lawan Chelsea nie......dah tak tahu mana satu penyokong Chelsea dan Malaysia.....lebih-lebih lagi ramai yang pakai jersi warna biru hehehehehe...........dah tak tahu mana satu penyokong Chelsea ngan Malaysia.....
Apa-apa pun game nampak menarik gak ler......tahniah buat penjaga gol Malaysia berjaya menyelamatkan serangan bahaya dari pihak Chelsea......nampak Drogba tension tak leh nak score hahahaha......akhirnya Drogba berjaya gak buat gol melalui sepakan free kick kontroversi.....korang leh tengok kat video kat atas tu......walaupun Malaysia tewas 1 - 0 ngan Chelsea aku tetap berpuashati ngan persembahan player Malaysia.....makin mantap sehhhhh.....
Bagi aku Chelsea main tak bersungguh sangat nampak macam layan training jer......player Malaysia pulun bagai nak gila hehehehe.....biasa ler kan orang kita nie size kecik-kecik jer kalau nak bandingkan ngan player EPL......
Pertahanan Malaysia kali nie nampak mantap.......hanya penyudah di bahagian striker agak hambar.......nampak macam tak yakin dan takut-takut lagi.......passing pun tak berapa cantik......maybe jurulatih Ong Kim Swee perlu tajamkan balik di bahagian striker.......
Apa-apa pun pasukan bola sepak Malaysia makin mantap sejak kebelakangan nie......harap semua player akan terus berikan persembahan yang lebih mantap lagi lepas nie.......aku akan terus jadi penyokong setia Team Malaysia lepas nie......aku rasa amat teruja ngan prestasi sekarang nie.....jom kita ramai-ramai sokong Malaysia........GO MALAYSIA!!!!!