TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Thursday, 25 August 2011

Menangisi Murtad Dan Zakat - Kupasan Eksklusif Dr. Mohd Asri Zainal Abidin


Salam Ramadhan semua. Korang ada tak baca artikel yang ditulis oleh Dr. Asri yang terbaru berhubung isu Gereja DUMC dan murtad baru-baru nie. Artikel Menangisi Murtad Dan Zakat. 

Aku amat tertarik hati dengan cara olahan yang disampaikan oleh Dr. MAZA. Memang menyentuh hati dan jiwa dalaman kalau dapat memahami dan menghayati setiap pandangan serta kupasan yang disampaikan oleh beliau.


Kalau korang tak baca lagi aku syorkan korang baca artikel tulisan Dr. MAZA. Aku tertarik ngan petikan nie:-
"Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini."
Cuba fahami petikan di atas tu. Siapa yang nak kita salahkan dalam hal nie? Cuba kita tanya diri kita sejujur-jujurnya. Salah siapa?

Sebenarnya itulah realiti yang berlaku ketika nie pada saudara seagama dengan kita. Kita yang tak prihatin sebenarnya dengan nasib saudara seagama yang dalam kepayahan dan keperitan. Kalau kita prihatin perkara seumpama nie tak akan berlaku. Saudara kita yang dalam kepayahan nie pun tak perlu merintih untuk dapatkan simpati dari pihak agama lain bagi membantu mereka.

Aku agak sedih dengan keadaan yang berlaku ketika nie. Memang amat menyedihkan. Dalam kesedihan nie aku rasa bahagia sebenarnya apabila masih ada insan yang berani seperti Dr. Asri untuk menyuarakan pandangan dan teguran yang membina bagi merungkai permasalahan yang berlaku. 

Tanggungjawab nie bukanlah tanggungjawab individu jer. Ini adalah tanggungjawab bersama. Tanggungjawab ummah. Setiap kita bertanggungjawab ke atas saudara Islam yang lain. 

Semoga lepas nie kalau kita ada terima berita seperti nie sama-sama lah kita bantu dan sebarkan. Kita kongsi bersama-sama. At least usaha kecil kita nie dapat membantu insan-insan yang memerlukan bantuan. Yang paling penting kita dapat membantu, menjaga dan mengekalkan akidah saudara Islam yang lain agar tidak terpesong dari landasan Islam yang sebenar.

Gosip: Dr. Rozmey Bakal Beli Real Madrid FC?

Berita panas!!!! Tadi tengah jalan-jalan kat forum terjumpa berita panas nie. Perghhhhhh!!!! Dr. Rozmey nak beli Real Madrid FC tu wehhhhhh. Walah weh banyak duit dia ek. Kalau korang tak percaya?? Tengok berita kat bawah nih yang dipetik dari laman web ESPN.



Berikut petikan berita tersebut:
“ahli perniagaan kosmetik terkenal telah mengadakan perjumpaan dengan alfredo di stefano dan juga Florentino Perez pemilik kelab terkaya real madrid untuk mengambil alih kelab tersebut pada bulan hadapan…banyak perubahan dijangka akan berlaku berikutan penukaran pemilik kelab antaranya jurulatih Jose Mourinho akan digantikan dengan jurulatih Malaysia, K.Raja Gobal.”
Hehehehehehe korang jangan marah kat aku lak ek. Sebab aku pun terkono hahahahaha. 

Kesian ngan Dr. Rozmey jadi bahan lawak lak sejak dua menjak nie. Maybe orang masih lagi hangin ngan dia kot pasal kontroversi citer Dua Alam. Bagi aku tak mustahil Dr. Rozmey boleh berjaya dalam dunia perfileman macam Uncle David Teoh, Datuk Yusof Haslam dan lain-lain lagi. 

Hanya satu perkara jer dia perlu belajar. Jangan terlalu angkuh, sombong dan terlalu mendabik dada. Sapa yang rugi???? Dia gak yang rugi kan. 

Sebenarnya dia sendiri yang create api kemarahan dan kebencian melalui statement yang dikeluarkan seolah-olah menampakkan filem dia ler yang terbaik di abad nie. Promo tahap melampau tak hengat. Harap dia belajar dari sejarah lalu.

Insyallah kalau dia belajar dari kesilapan silam pasti lepas nie dia akan naik balik. Leh duduk semeja ngan producer terkenal. Baru ler sama taraf. Good Luck Dr. Rozmey


SUMBER

Video Dua Beradik Dibunuh Dengan Kejam


Salam Ramadhan semua. Kenapa agaknya manusia makin kejam sekarang nie? Sedih gak aku tengok video kat bawah nie. Andainya 2 beradik nie betul-betul bersalah pun tak perlu rasanya amik tindakan undang-undang rimba. Ikut sedap kita nak jatuhkan hukuman. 


PERHATIAN!!!!
VIDEO INI MENGANDUNGI ELEMEN KEKEJAMAN. BUDI BICARA ANDA AMAT DIPERLUKAN SEBELUM ANDA MENONTON VIDEO INI.


"Two Brothers killed in Sialkot Paksitan, Live footage Brutal Killing by Lynch Mob, 2 innocent teenage brother killed Aug 15 2010 --Two young students brutally killed by a mob in Sialkot Punjab. The incident happened while police and many people watching two hours brutality. Complete footage of Brothers Hafiz Mughees and Muneeb and Funeral. Villagers misidentified them as bandits and killed them, brothers happened to be at wrong place at wrong time."
Kan ada pihak berkuasa dan mahkamah. Biar pihak berkuasa dan undang-undang negeri atau negara yang tentukan. Jangan kita lak jadi hakim. Confirm akan jadi macam kes nie. Marah macam mana sekali pun kita tak berhak nak amik nyawa orang sewenang-wenangnya. Melainkan kalau kita perlu mempertahankan maruah diri dan keluarga.

Nak tanya ngan korang semua. Perlu ke kita menghukum mengikut acuan hukuman kita sendiri? 

Bayangkan kita duduk ditempat yang kena pukul tu???? Apa korang akan buat ek???? Bagaimana perasaan korang ketika tu????

Aku difahamkan 2 beradik nie telah dituduh mencuri dan berita mereka nie mencuri adalah tak benar hanya rekaan semata-mata. Ada yang cakap insiden nie berlaku akibat rasa cemburu oleh segelintir orang kampung dengan kepintaran 2 beradik nie. Diaorang dibelasah tanpa rasa belas kasihan langsung. Kejadian nie berlaku dalam bulan Ramadhan 15 Ogos 2010. Tah ler aku tak leh nak pastikan. 

Apa-apa pun benda nie dah berlaku dan tak leh nak rewind balik dah. Ini semua adalah surat takdir yang mana Allah dah tetapkan bahawa mereka akan kembali dengan cara macam nie. 

Tapi pada aku ambil tindakan dan hukuman rimba nie adalah sesuatu yang amat hina. Semoga Allah mengampuni mereka yang terlibat.

Berbuka Puasa & Solat Di Alamanda Putrajaya


Semalam aku dan wife join majlis berbuka puasa dengan family kakak angkat aku di Restoran Bayou Alamanda Putrajaya. Perghhhhhh ramai nyer manusia. Full house semua restoran. Memang happening gak ler berbuka puasa ramai-ramai nie. Aku leh terlupa lak nak amik gambar ramai-ramai masa berbuka semalam. Apa leh buat hahahaha. Dah tua kot hahahaha. Melayu mudah lupa bak kata Tun Dr. Mahathir.


Dah lama aku tak berbuka puasa beramai-ramai macam nie. Dulu masa keje ngan GLC kerap gak ler berbuka puasa di luar. Leh katakan 3 hari sekali sure dapat jemputan majlis berbuka puasa. Dah jadi macam VVIP lak hahahaha. Tu semua kisah dulu-dulu. Sekarang nie hidup lebih aman dan tenang tak banyak kerenah.

Harga pakej berbuka puasa kat Restoran Bayou nie kiranya boleh tahan ler RM40++ untuk dewasa. Juadah bagi aku tak berapa banyak pilihan. Aku tak kisah sangat sebab aku nie bukan jenis makan banyak sangat hehehehe. Kalau orang ajak aku makan buffet nie confirm rugi hahahaha. Maybe sebab faktor umur yang makin meningkat so selera makan makin kurang.

Selesai berbuka terus solat kat Surau Alamanda. Ramai nyer orang dah ler surau kecik. Kena tunggu turn ler nampaknyer. Hanya satu jer aku nak pesan kat korang semua. Kalau ditakdirkan korang jadi Imam harap prihatin sikit yer.

Bukan apa. Kena prihatin dengan keadaan sekeliling. Lebih-lebih lagi bila bersesak-sesak. Bukan kita jer nak solat orang lain pun nak solat gak. Kalau korang gie bantai berdoa sampai 5 - 10 minit tak ke kesian pada jemaah lain yang menunggu nak solat lak. So jadi ler Imam kena prihatin. Kalau korang tak doa pun tak jadi kesalahan langsung.

Dari pemerhatian aku memang tak salah untuk berdoa lepas solat. Dalam keadaan bersesak-sesak nie kita kena prihatin dan peka. Jadi Imam tak perlu ler  nak doa panjang-panjang. Dah selesai solat tak doa pun takpe dalam keadaan bersesak-sesak nie. Bagi peluang pada yang lain nak solat pulak. Jangan kita amik masa jemaah lain lak. Masa itu penting. Kang nanti berdoa panjang-panjang terbabas waktu jemaah lain nak solat tak ke naya. Jangan ler kita menzalimi dan amik hak orang lain.

Cuba kita fikir-fikirkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More