Sebelum
aku pejam mata nak tdoq aku nak kongsi sikit cerita pasai
cashflow....tapi panjang berjela la kalau hangpa nak baca hahahaha....
Cash flow a.k.a aliran tunai nie adalah sesuatu yang amat penting dalam
bisnes tak kira la bisnes apa2 pun baik dari sebesaq2 company sehingga
ke bisnes tepi jalan….semuanya akan bersandarkan pada cash flow….
Jarang orang berniaga nie nak cerita atau dedahkan pasai cash flow nie dalam real bisnes….mungkin sbb tak mau kongsi atau mungkin sbb buat2 tak tau atau memang tak tau langsung……
Cash flow nie kita leh bahagikan pada 3 bahagian operation, financial
& investment….tp selalunya orang akan hentam cash flow nie ketiga2
sekali gus tu yang jadi kelam kabut…..
Untuk operation
cash flow kita leh pecahkan dari hasil jualan a.k.a sales tolak dengan
raw material yang dibeli tolak dengan operation overhead…..yg nie bawah
operation cash flow….inventori, gaji pekerja, sewa kedai, bil elektrik,
air dan apa2 saja yg ada kaitan dengan operation masuk bawah nie….
Untuk financial cash flow nie berkaitan dengan pinjaman yang kita
terima tak kira la samada pinjam bank ka pinjam kawan ka pinjam along ka
semua tu dikira sebagai positif financial cashflow….bila dah pinjam
kena la bayarkan yang akan jadi sebagai elemen bayaq balik hutang dari
pinjaman….cukai, interest, dividen etc semua masuk bawah nie….mudah
cerita yang ada kaitkan ngan urusan pinjaman bank la lebih kurang mcm
tu……
Investment cashflow nie ada kaitan dengan pemilikan aset macam bangunan, mesin, kenderaan etc….
Sebenarnya positif operation cash flow nie la yang akan membantu kita
cunkan financial cashflow dan investment cashflow……sbb bila dah untung
ribu2 juta2 billion2 maknanya operation cashflow kita dah terbaik
sgttttt2…..so takdak hal la nak settlekan hal financial dan investment
nie…..pejam mata ja leh clear semua hutang2…..tp kena ingat selagi
operation cashflow kita dok negative ja nie akan buat kita pening
sangkut abih financial dan investment cashflow….tu yang buat kita
serabut mcm sabut….
Dalam bisnes operational cashflow nie
la yang kita kena tengok betoi2 kena jaga macam jaga bini…..sbb dari
situ la segala punca pendapatan untuk kita ukur samada bisnes kita nie
berpotensi utk dimajukan atau kita kena pikiaq untuk tarik hand break to
make a final decision either proceed or cut loss…..
Dalam
bisnes kalau 6 bulan berturut2 nilaian cashflow kita menyusut sampai
dah makan separuh dari cashflow asal yang kita dah peruntukan kita kena
pikiaq abih2….masa nie kita kena cari jalan untuk selamatkan bisnes atau
cut loss ja bisnes tu….sbb 6 bulan adalah masa yg paling ideal untuk
kita tgk halatuju bisnes tu….tak mustahil lepas lagi 6 bulan masuk fasa
setahun cashflow dah jadi ZERO….yg nie lagi haru biru…..
Dalam cashflow nie breakeven point nie adalah kawan rapat dia….kita kena tau berapa nilai breakeven point operasi kita….
Contoh macam nie la….nak kira breakeven point….
Gaji pekerja 4 orang = RM200 sehari x 30 = RM6000 sebulan
Utilities (Bil elektirk, air, telefon, astro, unifi ect) = RM2000 sebulan
Sewa kedai = RM3000 sebulan
Kos pelbagai (komisyen, promosi, marketing, iklan, penyelenggaraan ect.) = RM2000 sebulan
So total overhead kos semua sekali dah RM13,000 sebulan….nie belum lagi
kita tentukan lagi sales dan kos bahan mentah.......so breakeven point
bisnes kita kena la 2 kali ganda dari kos overhead tadi….maknanya mau
tak mau kena dpt sales RM26,000 sebulan…..nie kita amik kira kos bahan
mentah 50% dari sales dah belanja dekat RM13,000 utk raw material.....so
secara tak langsung dgn kos bahan mentah RM13,000 kita leh buat sales
RM26,000 sebulan.....so ngam2 ja utk kita breakeven operation....tolak
pi tolak mai ZERO PROFIT.....nie kita amik kira simple calculation....
Kalau dah breakeven apa yang kita dpt kan….takdak apa2 la yg kita dpt
so cashflow pun akan maintain ja….tp kena ngat kalau ada financial &
investment masa nie la yg akan buat kita pening kepala…..walaupun
nampak kita dah capai operational breakeven point tp hakikatnya akan
berlaku deficit secara tak sedar…..masa nie la kita pening kena
keluarkan duit poket sendiri untuk cover financial & investement
cashflow…..silap2 masa nie la kita terpaksa guna dana dari cashflow
awal2 yg kita sediakan…..
So kena la make sure bisnes tu
reliable dan berpotensi generate more income n sales….jgn harapkan pada
breakeven point semata-mata….dalam bisnes kita kena buat duit bukan buat
hutang….
So berapa nilai cashflow yang patut kita simpan
sebenarnya???? Tang sini la kita semua dah tertewas termasuk la aku
sendiri hahahahaha ngatkan modal yg ada dah cukup rupa2nya tak
cukupppppp…….
Cashflow yang paling ideal aku syorkan ikut pecahan macam nie….
Tadi kita dah kira contoh kos operasi RM26,000 kan (overhead cost + raw
material cost)…..so hangpa leh amik minimum 3 bulan ideal
cashflow…..ngat minimum 3 bulan so hangpa kali la RM26,000 x 3 bulan
minimum = RM78,000 untuk cashflow utk bertahan minimum 3 bulan - 5
bulan….lebih tinggi nilai cashflow yang ada kat tangan lebih aman sikit
nak berniaga….tp kena ngat gak la besaq periuk besaq la nilai kerak
dia…..
So kalau 3 - 5 bulan bisnes tu dok deficit bawah
dari breakeven point yang kita kira tu hangpa dah leh jawap sendiri la
kot samada bisnes tu ok ke tak….bayangkan kalau kita takdak simpanan
cashflow yang cun…..peningggggg oooooo…..leh botak kepala….
Apa-apa pun yang kita buat kita kena banyak bersabar....bnykkan D.U.I.T
= Doa, Usaha, Ikhtiar & Tawakal....insyaallah kalau bisnes yang
kita buat dpt tempat di hati pelanggan kita akan dpt +ve
cashflow.....masa nie la kita akan dpt hasilnya yang dikatakan sebagai
PROFIT.....leh la enjoy katak lepas tu hahahahaha.....
Setiap kali dah abih operasi bisnes semua duit sales kena masuk dalam
kiraan cashflow….then baru tolak ngan semua perbelanjaan….kira untung
rugi nie kita kena buat setiap hari tanpa miss.....jangan
risauuuuu....kalau ada duit invest sikit pakai Point Of Sales System
a.k.a POS System......insyaallah akan banyak membantu.....resit2
perbelanjaan semua kena la simpan untuk semakan dan rekod.......
nak lagi baguih kita punya cashflow dptkan stok atau raw material
melalui system kredit 10 hari – 30 hari…..tp amat2 jarang la supplier
berani nak bagi kredit term yg jangkamasa macam tu…..tp jgn risau next
chapter aku ceritakan macam mana to gain trust with our supplier ek…..
Nie la salah satu experience yang aku dpt dalam bisnes selama 8 tahun….
Sory la kalau terpanjang lak hangpa kena baca hahahahaha
Selamat beraba ehhhhh silap selamat beramal hehehehe…..