TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Friday, 4 November 2011

Gambar Izara Aishah a.k.a Fiona Pelakon Soffiya

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. Slot Akasia dalam citer Soffiya dah nak abih minggu depan. Aku pasti ramai yang tengok citer tu kan. Memang citer tu terbaik pada pandangan aku untuk dijadikan ikhtibar. Kalau citer Khabir Bhatia nie sure superb!!!!

Korang suka tak ngan Fiona hehehehe. Aku berani cakap confirm korang semua menyampah ngan watak "Fiona" yang dilakonkan oleh Izara Aishah. Memandangkan korang menyampah ngan "Fiona" aku nak tempek gambar "Fiona" kat sini hehehehehe bagi korang lagi tension hahahahaha.

Apa-apa pun watak "Fiona" akan diingati oleh semua peminat citer Soffiya lepas nie. Yang pasti Izara Aishah memang mempunyai nilai bakat seni adan aset lakonan yang terbaik dan boleh pegi jauh dalam industri pefileman lepas nie. Harap Izara Aishah takder ler terlibat dengan gosip-gosip liar seperti mana yang berlaku pada segelintir artis di luar sana.

So korang layan jer lah gambar Izara Aishah a.k. "FIONA"


Sunday, 9 October 2011

GSC Henti Tayang Filem Namewee Nasi Lemak 2.0


KUALA LUMPUR, 9 Okt — Golden Screen Cinemas (GSC), rangkaian pawagam terbesar negara ini telah memutuskan untuk menghentikan tayangan Nasi Lemak 2.0 arahan pembikin filem dan artis kontroversi Namewee.

Tidak dapat dipastikan sama ada ia ada kaitan dengan siri kontroversi sejak kebelakangan, tetapi GSC dipetik akhbar tempatan berkata keputusan itu diambil ekoran keputusan Astro menyiarkan menerusi saluran Astro First.

Laporan New Sunday Times hari ini berkata, filem yang telah mencatatkan kutipan lebih RM4 juta setakat ini dihentikan penayangan sejak Jumaat lalu.

Menurut laporan itu, GSC juga menyiarkan permohonan maaf menerusi laman sosial Facebook memaklumkan bahawa mereka yang sudah membeli tiket boleh mendapatkan balik duit masing-masing.

“Bukan amalan GSC untuk menyiarkan mana-mana filem yang disiarkan serentak di mana-mana saluran filem berbayar yang lain,” kata mesej Facebook itu.

Seorang jurucakap dipetik akhbar itu berkata pihaknya menayangkan filem itu sejak lima minggu lalu.

Dalam satu kenyataan akhbar tiga minggu lalu, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee bimbang Nasi Lemak 2.0 mungkin diharamkan ekoran demonstrasi membantah filem tersebut di Perak baru-baru ini.

Katanya, dia kesal dengan protes tersebut dan berharap pihak berkuasa tidak mengendahkan desakan supaya filemnya diharamkan.

“Film ini mendapat kelulusan sebelum penggambaraan dan satu lagi kelulusan sebelum tayangan. Saya berharap pihak berkuasa menghormati keputusan mereka sendiri serta usaha kerja saya,” katanya.

Filem tersebut dilaporkan dikecam pihak-pihaknya yang mendakwa ia mempunyai pengaruh buruk kepada anak-anak muda.

Ketika mengadakan protes di luar sebuah panggung wayang di Ipoh, satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Perak, menuntut kerajaan mempertimbangkan mengharamkan filem tersebut.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan filem ini boleh membuat aduan.

Menjawab soalan mengapa tidak mahu meneruskan tayangan meskipun mendapat sokongan besar, GSC berkata, pihaknya mahu mempertahankan hakikat bahawa institusi pawagam masih merupakan tempat terbaik bagi mana-mana tayangan filem.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Nasi Lemak 2.0 Fred Chong pula memberitahu beliau menerima keputusan GSC dan menghargai sokongan institusi pawagam.

“Kami gembira kerana menerima sokongan mereka lebih empat minggu meskipun kami tidak mendapat sokongan tayangan wajib daripada Finas,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Chong berkata dia berharap mereka yang kehilangan peluang menonton di pawagam boleh mengikutinya menerusi saluran Astro First.

GSC menjelaskan, Nasi Lemak 2.0 bukan merupakan filem pertama pihaknya menghentikan tayangan.

Filem Bini Biniku Gangster, yang menjana RM7 juta dalam empat hari pertama tayangan juga telah dihentikan selepas tiga minggu apabila Astro menawarkan tayangan.

Filem Nasi Lemak 2.0 tidak memperoleh status Wajib Tayang daripada Finas, yang mewajibkan operator pawagam menayangkan selama dua minggu.

Pelakon Nasi Lemak 2.0 termasuklah Adibah Noor, Datuk David Arumugam dari Alleycats, Karen Kong, Afdlin Shauki, Kenny & Chee, Reshmonu, Dennis Lau, Nur Fathia, Nadine Thomas, Pete Teo, Ho Yuhang, Dian Sharlin, Felixia Yap dan Namewee.

Ekoran satu artikel Utusan Malaysia memperlekehkan filemnya, Namewee mengecam akhbar milik Umno itu melalui video klip selama 2 minit 43 saat.

Artikel tersebut menzahirkan pandangan penulisnya yang tidak senang dengan sikap Namewee yang cuba menjadi hero 1 Malaysia melalui filem Nasi Lemak 2.0 sedangkan didakwa telah beberapa kali mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia sebelum ini.

Awal bulan ini, Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan Namewee itu, didakwa lucah terhadap syarikat berkenaan dan wartawannya Fauziah Arof.

Kumpulan itu mendakwa Namewee menyalah guna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia dan mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel “Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...” yang disiarkan bulan lalu.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri menyifatkan Namewee sebagai seorang pendukung kuat 1 Malaysia dan seorang yang unik dan tidak konvensional dalam pemikiran dan kaedah menyampaikan ideanya.

Tuesday, 4 October 2011

Kekasih Marah Aksi Ranjang & Klip 3gp - Mimie One Nation Emcess




Tajuk entry tak leh blah hahahahaah. Kalau aku jadi boipren dia pun hangin doh. Tajuk filem pun tak leh blah hahahahaha KLIK 3GP. Sapa-sapa yang pengemar KLIK 3GP confirm suka ler tu hehehehehe. Korang baca ler sendiri.



Kekasih Marah Aksi Ranjang & Klip 3gp - Mimie One Nation Emcess

DALAM hati masih ada cinta tetapi kerana terkilan dan marah melihatkan aksi kekasihnya, Shamimi Amalina Norhisham atau Mimi yang juga rakan seperjuangannya dalam kumpulan One Nation Emcee (ONE), kononnya beraksi 'lucah' dalam filem sulung lakonan kumpulan itu, Klip 3GP, membuatkan Jojoe terpaksa memikirkan semula hubungan mereka.

Hampir setahun dia, Mimi dan seorang lagi anggota kumpulan ONE, Mohd Norzaidi Edris (Zydee) berlakon dalam filem itu dan selama jangka masa itu juga Jojoe atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, 36, bersikap dingin terhadap Mimi dengan mengambil sikap tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.

Walaupun mereka berlakon bersama tetapi dalam filem yang mengutarakan empat kisah sekali gus itu, Jojoe dan Zydee berlakon dalam kisah kaki skodeng manakala Mimi sebagai wartawan yang terbabit dalam rakaman video aksi seksnya bersama teman lelakinya.

“Saya tahu karakter yang perlu dimainkan Mimi dalam filem itu tetapi tak sangka pula aksinya kelihatan melampau dan nampak seolah-olah dia berbogel. Sebahagian besar bahagian belakang tubuhnya terdedah dan aksinya di ranjang keterlaluan. “Ketika aksi itu dirakamkan, hanya pengarah filem itu (Aidilfitri Mohamed Yunos), penolong pengarah dan jurukamera berada dalam bilik itu. Sewaktu saya menontonnya dalam treler, saya tak berapa perasan aksi panasnya itu tetapi selepas saya melihatnya pada skrin monitor milik pengarah, barulah saya tengok dengan jelas adegan yang dilakonkan Mimi itu sehingga membuatkan saya tersentak dan terkejut. “Sampai sekarang saya masih sayangkan Mimi tetapi saya masih tidak dapat terima aksinya dalam filem itu. Sepatutnya Mimi berbincang dengan saya mengenai wataknya itu. Sekiranya Mimi terangkan pada saya terlebih dulu apa yang perlu dilakukannya, mungkin saya boleh terima tetapi sekarang sudah terlambat. “Memang kami sama-sama artis tetapi menyanyi di pentas biasa saja, tidak perlu aksi berlebihan. Senakal atau sebebas manapun saya, tiba bab mencari isteri, saya mahu yang tahu adat sopan, tidak terlalu bebas dan menjaga tata susila sebagai gadis Timur.

“Jangan beraksi keterlaluan kerana ia memalukan saya dan bimbang apa orang kata nanti. Apa yang dilakukannya takut turut memberi kesan kepada ONE,” katanya.

Buat masa sekarang, jelas Jojoe, walaupun masih menaungi kumpulan sama, biarlah mereka membawa haluan sendiri. Mereka bertemu atas dasar kerja dan tidak lagi intim seperti dulu. “Saya merindui saat kemesraan kami dulu tetapi hati saya belum boleh menerima Mimi. Masih cinta tetapi saya perlukan ruang untuk tenangkan hati dan perasaan. Kalau ada jodoh, adalah. Andai kata dia menemui pengganti, saya juga reda,” katanya.

Monday, 3 October 2011

Hantu Bonceng: Usah Cepat Halalkannya

Hantu Bonceng datang lagi.....dah macam tagline TORA DATANG LAGI jer hahahahaha......aku suka dengan artikel yang ditulis di bawah nie pasal isu Hantu Bonceng....kiranya kontroversi citer nie tak abih-abih lagi ler nampaknyer.....malas aku nak komen....korang baca jer sendiri....PANAS DOH!!!!


Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya dikatakan selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri. 

Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga menyatakan bahawa pihak lembaga tiada masalah dengan Filem Hantu Bonceng. Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.

"LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.”

Malah penerbit filem itu juga menyatakan bahawa filem ini telah ditonton oleh empat ulamak sebelum filem ini diluluskan.

Di dalam semua watak ini. Hanya “Zizan” sahaja sebagai watak utama telah memohon maaf kepada semua.

Usaha Dewan Pemuda PAS sewajarnya dipuji kerana ketegasannya menarik perhatian khalayak masyarakat untuk sensitif terhadap isu mempersenda agama dalam hiburan. Namun begitu terdapat beberapa elemen yang terlepas pandang apabila diperhalusi isu ini khasnya didalam filem “Hantu Bonceng”. 

Kebanyakan pihak hanya menumpukan satu isu sahaja iaitu isu kalimah tauhid berbanding pelbagai mesej yang cuba disampaikan di dalam filem ini. Keadaan ini berlaku apabila media hanya menggaris besar hanya satu isu sahaja mengenai kontravensi dalam filem ini. 

Apabila saya membaca blog Ketua Dewan Pemuda PAS, jelas melihat beliau memperjuangkan isu ini dalam banyak sudut. Semua pihak wajar melihat isu ini daripada pelbagai sudut. Apa yang dikesali ialah apabila pertemuan antara kedua pihak di akhiri dengan penerimaan penjelasan daripada penerbit dan penerbit berasa bangga. 

Sepatutnya pertemuan ini wajar diakhiri dengan resolusi. Apakah tiada pendirian tegas untuk memastikan isu ini tidak akan timbul lagi sedangkan penerbit dan pengarah ini sudah acapkali mempersendakan agama didalam filem-filemnya. Terutama filem seramnya.

Untuk lebih memahami isu ini mari kita lihat beberapa mesej yang cuba disampaikan dalam filem ini. Samada kita sedar atau tidak.

a. Menghalalkan tinggal serumah lelaki dan perempuan bukan mahram

Di dalam filem ini abang kepada kekasih “Zizan” tinggal berkesedudukan serumah dengan kekasihnya sehingga wanita itu hamil.

Di dalam filem ini tiada satu mesej yang menyatakan bahawa perkara ini salah. Malah wanita ini pada akhir cerita ini sanggup menunggu kekasihnya yang cedera parah selepas kemalangan seolah-olah perkara ini tidak salah.

Malah di dalam filem ini juga “Zizan” telah membantu adik kepada mangsa kemalangannya (yang menjadi hantu) tinggal serumah dengannya. Babak-babak ini seolah-olah memberitahu kita bahawa tidak mengapa tinggal serumah kerana terdapat bilik yang berasingan. Malahan mereka tinggal bertiga.

Mesej yang disampaikan seolah-olah tidak mengapa untuk tinggal serumah dengan mahram kerana niat kita untuk membantunya. Yang peliknya ketika ketika kekasih “Zizan” minta tolong daripada “Zizan” untuk menumpang dirumahnya kerana tidak lagi tinggal serumah dengan abangnya.

Boleh pula pengarah mengarahkan “Zizan” untuk menyebut dialog bahawa tinggal serumah itu haram. Nanti timbul fitnah. Tidakkah ini mempersendakan agama?

b. Saya kuat agama

Babak kekasih Kunyit yang menyatakan bahawa dia kuat agama. Ketika itu wataknya memakai tudung. Malah ada ketikanya dia begitu memarahi watak kekasih kepada abang kekasih “Zizan” kerana telah hamil seolah-oleh mencipta watak bahawa kuat agama yang penting adalah dalaman.

Tidak mengapa walaupun tidak menutup aurat dengan sempurna. Keadaan ini juga berlaku didalam filem gagal “Karipap-karipap cinta” Yang cuba menggambarkan walaupun bekas penuntul Al-Azhar, tetapi tidak mengapa untuk tidak menutup tudung/aurat dengan sempurna.

Saya tidak berniat untuk mengkritik mereka yang tidak bersedia untuk bertudung. Memang kita tidak tahu hati budi seseorang. Namun demikian sekurang-kurang mereka yang memakai tudung dengan sempuran telah mematuhi perintah Allah SWT yang memerintahkan kita menutup aurat dengan sempurna.

Dialog yang menyebut kuat agama tetapi tidak memenuhi syraiat yang telah diperintahkan jelas menyampaikan mesej yang mengelirukan umat Islam. Tidakkah ini mempersendakan agama?

c. Bergurau-senda terlampau di tempat ibadah antara mahram

Pada babak yang lain watak “Kunyit” yang sedang membantu bergotong royong di surau dilihat sedang bergurau dengan kekasihnya secara melampau. Tanpa mengira sesentiviti surau sebagai temapt ibadah umat Islam.

Mereka mengenyit mata sambil kunyit mempamerkan otot-otot tangannya kepada kekasihnya.Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh adegan ini? Mungkin ada yang berpendapat kita tak perlu terlalu sensitif dengan perkara yang dianggap mungkin kecil ini. Tetapi sekira kita tidak mula sensitif dengan perkara yang dianggap kecil ini. Kelak perakara ini akan merebak dan parah. Tidakkah ini mempersendakan agama?

d. Mengucapkan kalimah syukur selepas membonceng bersama kekasih bukan mahram

Penonton yang telah menyaksikan filem ini pasti tidak akan terlepas menonton adegan ini. Dalam adegan ini jelas memperlihatkan “Zizan” mengucapkan ucapan “Alhamdulillah” yang bermaksud “Segala Puji Bagi Allah”.

Dialog di dalam adegan ini jelas diucap “Zizan” dengan sekuntum senyuman. Apakah penulis dialog dan pengarah filem serta penerbitnya tidak memahami maksud ayat ini?

Ucapan yang kita pelajari sejak kecil yang tidak memerlukan kita mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang agama ini pasti mudah kita fahami malah penonton yang mahu mengkritik adegan ini juga tidak perlu mengisytiharkan bahawa mereka mempunyai kelulusan yang tinggi. Kanak-kana pra-sekolah juga dapat memahami maksud “Alhamdulillah” ini dengan baik.

Adakah kita perlu mengucap syukur setelah membuat perkara haram?. Agama memang mudah. Namun jangan kita permudahkan agama dengan sesuka hati mengikut kehendak nafsu kita. Tidakkah mengucapkan ucapan ini merendahkan agama. Tidakkah ini mempersendakan agama?

e. Menggunakan Bacaan Surah Al-Ikhlas untuk menumpaskan sihir nasi kangkang

Inilah kesalahan yang kerapkali digunakan oleh penerbit dan pengarah ini. Malah kebanyakan pembikin filem kerap menggunakan perkara ini untuk filem seram mereka.

Namun yang lebih menyedihkan pada kali ini ialah apabila surah yang mulia ini digunakan untuk menewaskan sihir nasi kangkang. Tidakkah adegan ini menghina dengan jelas agama,al-Quran dan surah al-Ikhlas itu sendiri.

Adakah layak adegan sehina ini disama tarafkan dengan surah al-ikhlas yang kedudukan ayat ini ialah sama dengan satu pertiga isi al-Quran. Takutlah kita dengan perbuatan yang melampau dan zalim seperti ini. Kita tidak mahu seringkali ayatsuci al-Quran digambarkan sebagai alat penghalau hantu sahaja.

Penggunaan secara meluas aspek agama sebagai komedi wajar dibendung

Saya sebagai penulis ingin memohon kemaafan andai banyak ayat di dalam tulisan ini kasar bunyinya. Namun kita tidak wajar melihat agama terus dilonggarkan lagi.

Filem bercorak agama dan nasihat wajar tidak menjadikan agama sebagai bahan komedi. Jika mahu menjadikan filem agama menjadi komedi sekali pun. Biarlah senario kehidupan biasa dijadikan adegan lawak. Bukan kalimah agama,para ustaz dan ulamak, bukan pada ibdah, bukan syariat dijadikan bahan komedi. Kita tidak mahu filem komedi agama negara menjadi seperti filem komedi negara barat yang terus menjadikan para paderi mereka atau orang agama mereka sebagai bahan lawak.

Malah dalam salah satu cerita barat “Tuhan” juga dijadikan bahan lawak. Secara sedar atau tidak sedar ini semua adalah usaha secara halus untuk kita semua tidak menjadikkan agama sebagai jalan kehidupan.

Ini semua adalah jarum halus untuk mengakarkan faham sekularisme dalam minda kita semua. Memisahkan agama daripada kehiudpan kita tanpa sedar. Meskipun pengarah itu membuat jaminan bahawa para ulamak juga telah menonton filem ini sebelum diluluskan. Namun ini bukanlah jaminan bahawa filem ini bebas daripada unsur persendakan agama.

Dua kesan besar yang akan didapati apabila filem dan drama ditafsir sesuka hati oleh para pembikin filem.

1. Salah faham mengenai ajaran Islam sebenar terutamanya dari segi aspek Tauhid, Fekah dan Tasauf. Ketiga-tiga ciri ini adalah asas yang paling asas dalam ajaran Islam. Apabila Iblis dimenangkan, pergaualan bebas dibenarkan.

Tarbiyah seperti zikir dianggap sebagai simbol ajaran sesat. Maka akan rosaklah ajaran Islam yang sebenar. Ini memandangkan kuasa media yang sangat besar.

2. Lebih membawa kerosakan. Hujah ini berdasarkan bahawa kebanyakkan filem atau drama ini cuba memaparkan betapa bahaya dan betapa dasyatnya apabila manusia membuat dosa. Malangnya filem dan drama inilah yang menunjukkan cara-cara untuk melakukkan dosa.

Terdapat juga adegan yang sebenarnya membahaya bahaya besar kepada negara secara khususnya. Seperti yang dinyatakan diatas bahawa terdapat filem dan drama yang mengajar penonton bagaiaman mahu membuat jenayah terancang seperti pencolekan, pembunuhan, rogol, penipuan malah cara untuk membuat bom.

Kesan ini sangat besar samada kesan jangka pendek ataupun kesan jangka panjang. Kesan salah tafsir ini sangat penting untuk dibendung.

Kesan besar media

Menurut Dennis Mcquail (1996:53) seorang tokoh didalam dunia media massa pernah menyatakan bahawa antara peranan media ialah.

1. Berperanan meluaskan pengalaman dan pandangan kita dan memungkinkan kita memahami apa yang terjadi di sekitar kita, tanpa campur tangan pihak lain atau sikap memihak.

2. Pentafsir yang menjelaskan dan memberi makna terhdap peristiwa atau hal lain yang terpisah dan kurang jelas.

3. Pemberi dan pengantar informasi dan pendapat.

4. Jaringan interaktif yang menghubungkan komunikator dengan penonton melalui berbagai kaedah interaksi.

5. Penunjuk arah yang menunjukkan arah, memberikan bimbingan atau arahan kepada penonton.

6. Penyaring yang memilih bahagian mana senario yang yang perlu diberikan perhatian khusus dan menyisihkan senario yang lainnya, baik secara sedar dan penyisihan dan pengambaran sistematik maupun tidak.

7. Cermin yang memantulkan citra masyarakat terhadap masyarakat itu sendiri, biasanya pantulan citra itu mengalami perubahan kerana adanya penonjolan terhadap segi yang ingin dilihat oleh para anggota masyarakat, atau sering pula segi yang ingin mereka hakimi atau kritik.

8. Tirai atau penutup yang menutupi kebenaran demi pencapaian tujuan propaganda atau pelarian daripada suatu kenyataan.

Membina Karya Hasanah

Ainon Mohd dalam buku beliau iaitu “Panduan Menulis Novel :Teknik Surah Yusuf” menggariskan bahawa terdapat beberapa garis besar yang perlu dijadikan panduan untuk membina karya Hasanah.

Karya Hasanah adalah dimaksudkan karya yang baik. Iaitu karya yang mampu memandaikan masyarakat dan memberi ilmu yang benar. Beliau menyatakan bahawa ciri-ciri karya tidak hasanah adalah seperti berikut.

1. Mempromosikan Idea yang mengatakan Tuhan tidak wujud.

2. Mempromosikan idea-idea yang tidak selaras dengan ajaran di dalam al-Quran dan hadis.

3. Menimbulkan kesan psokologi dan emosi yang menyebabkan timbul keinginan pembaca/penonton mahu melakukkan perkara yang dilaran al-Quran dan hadis.

4. Memberi kemenangan moral kepada si pendosa, yakni watak yang melakukan perbuatan salah.

5. Memberi status rendah kepada Islam manakala agama lain diberikan status yang tinggi dan mulia.

“Piawaian Filem Patuh Syariah”

Sudah sampai masanya filem negara perlu patuhi “Piawaian Filem Patuh Syariah”.

Oleh itu adalah wajar industri hiburan bertemakan Islam diadakan badan pengawas seperti JAKIM mengawal produk halal negara. Badan penilai ini bolehlah mempunyai ciri yang sama dengan FINAS yang melakukan penapisan filem yang sesuai ditayangkan di negara kita.

Filem atau drama yang ingin di tayangkan dalam kosnesp karya Islamik perlulah melepasi piawaian patuh syariah atau “syariah compliant”.

Saranan ini sangat penting memandangkan kesan media sangat besar terutamanya kepada generasi muda Negara. Kita tidak mahu fahaman mengenai syariah sebenar kacau bilau.

Konsep Sastera Patuh Syariah adalah konsep yang di ketengahkan oleh Ainon Mohd. Beliau banyak mengetengahkan teori Surah Yusuf sebagai panduan untuk menghasilkan sastera Islamik yang patuh syariah.

Seperti senario diatas , banyak keadaan senario drama dan filem bertemakan Islamik adalah tidak patuh syariah. Oleh yang demikian panel pengawasan untuk filem dan drama Malaysia perlu segera diwujudkan untuk memastikan kemurniaan dan kesucian Islam.

Sekarang adalah masa yang terbaik memandang banyak usaha pengeluar filem dan drama sedang menghasilkan filem dan drama bertemakan Islam dan seram tahyul.

(Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya).

Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.
Al-A'raf : 51

Penulis adalah fellow penyelidik di Assembly of Intellectual Muslim (HAKIM) dan mantan Timbalan Presiden Kebangsaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Friday, 23 September 2011

Hantu Bonceng: JAKIM Sahkan Dialog Tidak Persenda Nabi Muhammad

Rupernyer tak abih lagi bahang kontroversi pasal citer Hantu Bonceng nie ek. Bila nak abih daaaa!!! Kali nie ikut dari Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap, JAKIM sahkan dialog mengenai syahadah dalam citer Hantu Bonceng nie tak mempersendakan Nabi Muhammad S.A.W.

Itu Datuk Pengerusi LPF yang cakap bukan JAKIM cakap. Memang aku susah nak percaya melainkan JAKIM sendiri keluarkan statement then baru leh pakai apa yang Datuk Pengerusi LPF cakapkan. Ini adalah pandangan peribadi aku ler. Terpulang pada korang semua ler. 

Harap JAKIM dapat keluarkan statement rasmi. Itu kan lagi baik supaya orang tak pening. Kalau setakat orang tu cakap orang nie cakap buat apa. Aku sendiri pun leh cakap yang JAKIM cakap gitu gini. Maybe versi JAKIM lain dari pihak LPF. 

Semoga pegawai yang bertanggungjawab dalam JAKIM segera umumkan kepada orang ramai status citer Hantu Bonceng nie. Semoga isu nie dapat diselesaikan dengan segera.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.
 
Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.
Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.
 
"Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.
 
"Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga," katanya.
Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia dan pelbagai pihak dalam media massa serta blog mendakwa bahawa LPF cuai membuat tapisan sehingga filem itu diluluskan untuk tayangan di pawagam. - BERNAMA

Wednesday, 21 September 2011

Apa Kata Ustaz Azhar Idrus Pasal Isu Hantu Bonceng


Aku setuju dengan pandangan Ustaz Azhar Idrus pasal isu Hantu Bonceng nie. Boleh jatuh HARAM apabila berlaku FITNAH AGAMA walaupun kita takder niat nak mempersendakan agama. 

Seharusnya penulis skrip, pengarah, penerbit dan pegawai yang dipertanggungjawab untuk meluluskan filem nie perlu rujuk dengan pihak Pejabat Agama atau  Jabatan Kuasa Fatwa sekiranya ada kemusykilan.

Sekarang nie nasi dah jadi bubur lambuk. Harap lepas nie jangan ada lagi nasi yang jadi bubur lambuk pada masa akan datang.


Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini. 
"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan. 
Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidakberniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!." 
Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi niat untuk mempersenda. 
Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam. 
"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam. 
"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus. 

Isu Hantu Bonceng: Lembaga Penapisan Filem Anggap Tiada Unsur Penghinaan Terhadap Agama

Aku tak tahu ler nak cakap macam mana ngan Lembaga Penapisan Filem nie. Biar betik bila diaorang cakap takder unsur penghinaan terhadap agama. Baik korang tengok betul sekali lagi citer "Hantu Bonceng".

Jangan dibuat main-main dengan isu Syahadah nie silap-silap leh gugur status Islam. Korang dalam LPF nie sanggup ke nak terima akibat pasal benda nie di akhirat kelak.

Pelik seh!!!! Korang baca ler laporan akhbar pasal nie. Hangin seh!!!! Elok LPF nie kaji semula citer "Hantu Bonceng" supaya isu nie tak merosakkan akidah umat Islam di Malaysia.
Lembaga Penapisan Filem tiada masalah untuk meneliti semula filem "Hantu Bonceng" yang didakwa oleh Dewan Pemuda PAS mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam dalam satu babak filem itu. 
Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama. 
Beliau berkata, pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" .
 
"Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh.
"Sebaliknya ketika Zizan menyebut Syahadah beliau terhenti seketika sebelum menyebut perkataan syaitan selepas itu," katanya kepada Bernama.
 
Harakahdaily pada Selasa melaporkan, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menggesa filem Hantu Bonceng yang sedang ditayangkan di pawagam dihentikan segera kerana mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah.
Nasrudin mendakwa, babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan".
  
Bagaimanapun, Raja Azhar tidak menolak kemungkinan filem yang ditonton oleh pihaknya mungkin berbeza sedikit daripada apa yang kini ditayangkan di pawagam.
"Justeru kita akan meneliti sekali lagi babak yang dimaksudkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS itu," katanya.
Filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal, Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan.

Monday, 12 September 2011

Trailer Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Trailer Pra Perkahwinan Nabil & Zira. Semoga ikatan perkahwinan yang dirancang akan kekal sehingga akhir hayat.



trailer THE PROPOSAL from lhmediatv on Vimeo.


SUMBER

Tuesday, 6 September 2011

Kereta Mewah Artis Kena Tarik? Adakah AC Mizal????


Aku terbaca pasal pasal info nie kat blog http://www.dnobiz.com pasal sorang artis nie kereta mewahnya ditarik baru-baru nie. Aku tak dapat nak pastikan samada artis yang dimaksudkan tu betul ke AC Mizal atau sebaliknya.

Ikut dari info dalam blog tu artis yang dimaksudkan nie cukup terkenal dengan kekayaannya dalam bisnes MLM. Kalau ikut dari statement tu aku dah terbayang wajah sorang artis yang terkenal ngan lawaknyer dalam citer Buli, Baik Punya Cilok dan Cuci. Adakah benar AC Mizal??? Itu aku tak dapat nak pastikan.

Hanya yang individu yang terbabit jer dapat memberikan jawapan. Kalau kita buat tuduhan melulu pun tak patut gak kan.


Aku sebenarnya respek dan kagum dengan AC Mizal dalam bisnes MLM yang dia usahakan. Berduyun-duyun peminat join program MLM AC lepas dilancarkan. Lepas keluar isu kontroversi pasal gelang AC dalam paper, majalah & internet terus bisnes MLM AC alami tsunami.

Kesian ngan nasib AC. Teruk dia kena titik ngan orang ramai termasuk rakan-rakan artis. Bayangkan sebelum nie roda putaran berada kat atas dah mula nak turun sedikit demi sedikit ke bawah. Memang perit nak ditelan umpama hempedu yang pahit. Hanya AC saja tahu apa yang dialami sekarang nie.

Buat AC jangan risau!!! Teruskan usaha jangan give up. Setiap yang jatuh pasti akan naik kembali. Yang penting usaha betul-betul dan belajar dari kesilapan lampau. Kalau boleh buat ler bisnes yang berlandaskan syarak dan elakkan dari perkara syubhah pasti Allah akan membantu hambaNya yang beriman.

Good Luck Bro!!!

Filem Hantu Bonceng Menghina Agama Islam????


Perghhhhh baru 5 hari dah kutip RM5 juta citer Hantu Bonceng nie. Memang dasyat!!! Tapi aku belum tengok lagi citer nie sebenarnya hehehehe. Ikut dari kawan-kawan aku diaorang cakap citer nie memang best wajib tengok. Cakap diaorang ler??? Dato' Siti ngan Datuk 'K' pun dah tengok citer nie malam tadi kat GSC Pavilion KL. 



Aku baca kat forum Carigold dan blog BeautifulNara pasal citer nie sekali ada review yang cakap filem nie seperti mempersendakan dan menghina agama Islam. Antara review yang aku amik dari blog BeautifulNara
citer ni banyak hina agama islam..wat lawak x beringat..main-main ngan azan..g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..ada scene mengucap xhabis..agak2 la wat lawak pown..aku terasa ngan citer ni..sal x sensitif ngan agama ISLAM,tambah2 lagi pelakon dan pengarah nya org ISLAM…ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul ****w name nya..org baca la ayat kursi ke hape..nt jawab la esok2 kat akhirat…time tu baru tau lawak ke x..
Antara pelakon yang berlakon dalam filem 'Hantu Bonceng' adalah Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid. Filem nie sedang ditayang di 80 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, sejak 31 Ogos yang lalu.

Apa komen korang pasal filem nie?

Thursday, 25 August 2011

Gosip: Dr. Rozmey Bakal Beli Real Madrid FC?

Berita panas!!!! Tadi tengah jalan-jalan kat forum terjumpa berita panas nie. Perghhhhhh!!!! Dr. Rozmey nak beli Real Madrid FC tu wehhhhhh. Walah weh banyak duit dia ek. Kalau korang tak percaya?? Tengok berita kat bawah nih yang dipetik dari laman web ESPN.



Berikut petikan berita tersebut:
“ahli perniagaan kosmetik terkenal telah mengadakan perjumpaan dengan alfredo di stefano dan juga Florentino Perez pemilik kelab terkaya real madrid untuk mengambil alih kelab tersebut pada bulan hadapan…banyak perubahan dijangka akan berlaku berikutan penukaran pemilik kelab antaranya jurulatih Jose Mourinho akan digantikan dengan jurulatih Malaysia, K.Raja Gobal.”
Hehehehehehe korang jangan marah kat aku lak ek. Sebab aku pun terkono hahahahaha. 

Kesian ngan Dr. Rozmey jadi bahan lawak lak sejak dua menjak nie. Maybe orang masih lagi hangin ngan dia kot pasal kontroversi citer Dua Alam. Bagi aku tak mustahil Dr. Rozmey boleh berjaya dalam dunia perfileman macam Uncle David Teoh, Datuk Yusof Haslam dan lain-lain lagi. 

Hanya satu perkara jer dia perlu belajar. Jangan terlalu angkuh, sombong dan terlalu mendabik dada. Sapa yang rugi???? Dia gak yang rugi kan. 

Sebenarnya dia sendiri yang create api kemarahan dan kebencian melalui statement yang dikeluarkan seolah-olah menampakkan filem dia ler yang terbaik di abad nie. Promo tahap melampau tak hengat. Harap dia belajar dari sejarah lalu.

Insyallah kalau dia belajar dari kesilapan silam pasti lepas nie dia akan naik balik. Leh duduk semeja ngan producer terkenal. Baru ler sama taraf. Good Luck Dr. Rozmey


SUMBER

Friday, 19 August 2011

Rozita Che Wan "Imej Bertudung Ini Akan Membataskan Karakter Dan Watak"????

Perghhhhhh biar betik Rozita Che Wan punya statement nie. Adoiyaiiiii!!!! Pelik aku ngan golongan artis nie. Tapi tak semua ler macam tu kan. Ada yang betul-betul menjaga etika berpakaian dan statement pun takder ler melalut sangat. Sedih siot bila aku baca statement yang Rozita Che Wan. Korang baca ler sendiri ek.
"Memang saya teringin untuk bertudung. Cuma memandangkan saya sudah terikat dengan beberapa komitmen lakonan, imej bertudung ini akan membataskan karakter dan watak yang saya lakonkan pula. Insya-Allah saya akan bertudung selepas berkahwin nanti. Masalahnya, masih tiada calon suami."
Dalam hal nie aku setuju ngan statement Abang Nara.

"Kadang-kadang tak boleh salahkan artis yang terpaksa menjawap mengenai isu tudung. Dan tak boleh juga salahkan wartawan yang curious nak tahu sama ada artis-artis sudah bertukar imej. Kesimpulannya, kalau boleh, janganlah tanya bab-bab tudung nie. Makin lama makin pelik jawapan yang keluar dari mulut para artis."
Aku mohon maaf kalau ada yang terasa. Jangan dijadikan digadaikan hal agama kerana karier.

SUMBER : MSTAR

Wednesday, 17 August 2011

Berita Terkini: Video Eksklusif Bukti JAIS Serbu DUMC

Salam Ramadhan semua. Just nak share ngan korang semua Video Eksklusif Bukti JAIS Serbu DUMC yang tengah panas sekarang nie. Korang leh tengok cepat weh kang nanti kena block lak hehehe. 

Video Eksklusif Bukti JAIS Serbu DUMC ada kaitan dengan Isu Gereja & JAIS : Bukti & Dokumen Di Buang Dalam Tong Sampah! pasti kecoh isu nie nanti. Apa-apa pun aku menyokong penuh tindakan JAIS dalam serbuan nie untuk tujuan untuk menyelamatkan umat Islam dari MURTAD. Korang layan video nie yer.


Mengikut penulis blog Badut Rakyat individu seperti kat bawah nie menyertai program yang dianjurkan di DUMC. Diaorang bertiga nie adalah adik beradik. Sekiranya benar diaorang menyertai program tu sama-sama ler kita berdoa pada Allah semoga akidah mereka masih lagi terpelihara.
Nea Reima Mareana binti Mahadzir (900906-02-5778)
Jalan Dato' Haji Shuib, Taman Sri Taman,Alor Setar
Ina Reima Fitriza binti Mahadzir (850714-71-5018)
Jalan Dato' Haji Shuib,Taman Sri Taman, Alor Setar
Ade Andrian Putra bin Mahadzir (940227-02-5609)
Pelangi Damansara,Persiaran Surian,Petaling Jaya


SUMBER:BADUTRAKYAT

Saturday, 13 August 2011

Lawak Minggu Ini - Episode 2 APEK

Friday, 5 August 2011

KL Gengster vs KL Hamster

Hahahahaha yang nie lagi satu leh kira lawak sengal gak hehehehe......saksikan Trailer KL Hamster....korang layan jer lah yer....

KL Gengster Versi Jalan Jelatek hahahahaha

Hahahaha leh lak budak-budak nie buat short film macam nie. Memang kreatif. Rasa nak guling-guling pun ada gak hehehehe. Korang layan jer lah ek.

Saturday, 30 July 2011

Trailer The Avengers 2012 (Gabungan Superhero)

Perghhhhh tadi aku saya search kat youtube terjumpa lak pasal citer nie......mesti menarik wehhhhh.....tak sabar nak tunggu kemunculan THE AVENGERS kat panggung wayang 2012 nanti.....mesti gempakkkk giler....sapa agak-agaknyer akan jadi team baik dan team jahat ek hehehehe.....nantikan kemunculan 2012 nanti.....korang layan trailer dulu ler yer.....

Friday, 22 July 2011

Fanpage Bantah Tayangan Tahajjud Cinta Diwujudkan?????


Drama arahan Erma Fatima hasil lakonan pelakon popular Fazura, Shahz Jaszle & Fauziah Gous mula mendapat tentangan daripada sebuah kumpulan fanpage.

Fanpage Facebook, “Kami Bantah Tayangan Perdana Tahajjud Cinta” telah diwujudkan dengan jumlah penyokong sekitar 600 orang (buat masa ini). Motif penubuhan fanpage berkenaan dikatakan, “membantah jalan cerita dan gaya lakonan yang jelas menghina muslimat yang berpurdah.”


“Kami masih lagi membuka ruang untuk komen dan kritikan membina terhadap drama Tahajud Cinta. Kita bukan mahu menjatuhkan industri filem, malah mahu industri ini berkembang selari dengan kehendak Islam. Islam itukan syumul,” kata admin Fanpage berkenaan melalui statusnya.


Ada pendapat yang sensitif dengan penayangan Tahajjud Cinta kerana dipercayai menjatuhkan institusi pendidikan sekolah pondok.


Seorang penyokong Fanpage bernama Muhamad Nazri berkata, “Dalam cerita Tahajjud Cinta ini ingin menyampaikan mesej bahawa orang yang mengajar di pondok adalah orang yang jahil agamanya & bersikap jahat, dan orang yang belajar diluar negara itu adalah orang yang baik belaka… ini akan menjatuhkan istitusi pondok.”


Namun, ada yang menyokong penayangan Tahajjud Cinta dengan memberikan pendapat yang lebih terbuka.


“Watak tak semua perlu sempurna untuk sesebuah drama. Ada sebabnya diletakkan begitu supaya ada pengajaran yang mahu ditunjukkan. Itu lebih kepada realiti kehidupan kita sebenar. Bertudung tapi.. seorang ustaz tapi.. kemudian berubah. Itu realiti. kita tidak mahu tengok watak yang sempurna saja dalam drama. Drama yang mencabar mentaliti orang yang menontonnya lebih bagus! itu namanya drama, ” kata Desyntha Desy di Fanpage berkenaan.


Setakat ini, ada cadangan untuk mengutarakan aduan kepada pihak Media Prima atas penayangan drama tersebut. OHBULAN! akan menghubungi pihak Media Prima untuk mengesahkan penerimaan aduan tersebut nanti. Info : Tahajjud Cinta ditayangkan setiap hari Jumaat, jam 9 malam di TV3.


SUMBER: OHBULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More