TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Saturday, 27 December 2014

Hentikan Sebaran Status Kematian Bencana Banjir Pantai Timur

Orang Malaysia nie raja segala update bergambar kalau ada apa2 kejadian. Belum sempat masuk ke media arus perdana berita itu ini dah keluar FB dan lain2nya walaupun kesahihan masih samar2.

Selalunya apa2 berita yang diwar2kan melalui whatsapp, telegram, instagram, twitter dan fb tanpa gambar 90% adalah palsu. Memandangkan orang Malaysia kan raja update so jarang2 la kalau ada kejadian tak di amik gambar lepas tu update.

Apa yang aku nampak berita berasaskan tulis tanpa gambar nie majoritinya palsu contohnya dikabarkan berlaku kematian sana sini mangsa banjir di pantai timur. Ada yang cakap mayat terbiar bergelimpangan dah macam kejadian tsunami kat Acheh lak. Adoiiiiii!!!!!! nampak macam tak logik sbbnya ada smartpon tp update text status ja tanpa gambar.

Kan orang Malaysia nie raja update takkan ada berita sensasi tulis text ja kalau sah2 dah nampak kejadian ngeri.

Harap individu2 yang suka buat cerita sensasi seolah2 nak jadi juara update baik hentikan la. Jangan ditambahkan lagi kegusaran di hati para mangsa banjir di pantai timur dengan cerita tak sahih nie.

Kalau benar ada kematian seperti yang digembar-gemburkan sila amik gambar kejadian, amik koordinat lokasi kejadian (boleh rujuk google maps atau apa2 saja application yang ada dlm smartpon), nama tempat, tarikh, masa dan nyatakan status kejadian dan update terus kepada pihak berkuasa tak kira la kat FB ke atau mana2 saluran media. Minta pihak berkuasa uruskan kejadian nie bukannya mengembar-gemburkan kejadian tanpa fakta umpama tin kosong.

Sama2lah kita bertanggungjawab memastikan sumber adalah dari berita yang benar dan sahih bukannya mensensasikan situasi dan keadaan.

Tips Keperluan Asas Bantuan Ikhtiar Hidup Mangsa Banjir

Pada kawan2 yang nak bagi sumbangan pakaian untuk mangsa banjir harap2 jangan la bagi pakaian yang berstatus kain lap lak tau. Dapat tau tadi ada pakaian yg berstatus layak untuk dibuang dilonggokkan kat tempat pengumpulan mangsa banjir. Kalau nak bagi tu biarlah ikhlas dan molek.

Dalam situasi banjir nie antara jenis pakaian dan keperluan diri yang penting adalah:-

Baju Dalam Wanita (Perlu yang baru bukan hakmilik orang)
Seluar Dalam Lelaki & Wanita (Perlu yang baru bukan hakmilik orang)
Tudung Wanita (Jenis terpakai)
Kain Sarung (Jenis terpakai)
Seluar (Jenis terpakai)
Baju (Jenis terpakai)
Pampers Bayi (Perlu yang baru)
Pampers Orang Dewasa (Perlu yang baru)
Tuala Wanita (Perlu yang baru)

Keperluan makanan dan minuman yang perlu:-

Maggi Segera Dalam Bekas Plastik (mudah nak bancuh tak perlu bekas)
Susu & botol susu bayi
Air mineral / minuman
Air kotak (Paling ideal milo)
Air tin bertenaga (100 plus, Excel)
Biskut Tin (Paling ideal biskut Tiger Susu)
Coklat Bar 
Roti berinti

Keperluan makanan dan minuman segera amat penting terutamanya bagi mereka yang terpaksa pindah luar dari kawasan penempatan pemindahan contoh di tempat tinggi seperti bukit. 

Kalau ditengok dari keadaan mangsa yang terpaksa lari ke kawasan kaki bukit memerlukan tahap ketahanan survival sekarang nie mungkin ada mangsa yang takdak keperluan asas memasak hanya sehelai sepinggang membawa diri dan keluarga ke tempat selamat. Langkah terbaik misi bantuan udara atau pun darat perlu diberikan makanan dan minuman yang tidak memerlukan mangsa banjir memasak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More