Astagfirullah Al Azim.....setelah aku tengok citer Hantu Bonceng kat youtube baru-baru nie hanya satu jer aku nak minta Zizan dan seluruh mereka yang terlibat dalam pembikinan dan juga yang meluluskan filem nie kembali bertaubat pada Allah S.W.T.
Jangan main-main dengan Kalimah Syahadah. Aku agak kecewa dengan cara pihak tertentu yang cuba mempersendakan agama Islam terutamanya Kalimah Syahadah.
“Salah satu babak dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah s.a.w. apabila Zizan menyebut ‘Asyhadu anna Muhammadar Syaitan’ yang membawa maksud ‘aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan.
Perlu diingat Kalimah Syahadah adalah RUKUN PERTAMA dalam RUKUN ISLAM. Jangan dibuat main-main dengan Kalimah Syahadah. Jangan nanti bila Malaikat Izrail datang nak cabut nyawa Allah S.W.T kelukan lidah akibat perbuatan kita mempersendakan Kalimah Syahadah dah ler. Baru ler menyesal tak sudah.
Lain kali ingat lah yer semua producer, director, artis dan pegawai yang meluluskan filem jangan sampai jadi agama dipersendakan macam nie lagi. Sendiri mau ingat lah yer.
Lain kali ingat lah yer semua producer, director, artis dan pegawai yang meluluskan filem jangan sampai jadi agama dipersendakan macam nie lagi. Sendiri mau ingat lah yer.
Korang tengok ler komen Pengarah Filem Hantu Bonceng nie yang betul-betul angkuh. Aku tak tahu ler nak cakap macam mana lagi. Pandai-pandai korang ler jawap depan Allah SWT nanti.