TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Saturday, 20 August 2011

Kontroversi Bulan Mengelilingi Kaabah? Penjelasan Wakil ANGKASA

Korang ada dapat tak SMS atau message kat Facebook tak pasal isu Bulan Mengelilingi Kaabah???. Korang leh baca message kat bawah nie.
"Daripada Dato Mazlan astrology.. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)..."
Aku agak pelik ngan SMS nie. Kenapa ler mudah sangat nak percaya perkara-perkara macam nie. Pelik Tapi Benar???? Itulah yang terjadi di zaman sekarang nie. Mudah sangat orang nak sebar dan percaya dengan benda yang tak tahu kesahihan hujung dan pangkalnyer.

Bagi aku belum tentu SMS tu betul atau sahih walaupun nampak seakan-akan message tu dikeluarkan oleh bekas Ketua Pengarah Angkasa Prof Datuk Dr Mazlan Othman. Tak ke pelik dengan SMS tu. Bagi aku mudah jer, nie semua keje budak-budak yang terencat akal!!!! 

Bagi yang dah dapat message tu harap jangan ler cepat percaya nak sebarkan pada kawan-kawan atau umum. Selidik dulu yer kesahihan message tu. Sekarang nie pihak ANGKASA sendiri dah keluarkan kenyataan rasmi menafikan kesahihan message yang dah tersebar nie.

Harap kita semua lebih berhati-hati untuk sebarkan maklumat seperti nie yer.

Kat bawah nie aku lampirkan penjelasan dari wakil ANGKASA untuk tatapan korang semua.
SalamBerdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya serta peta bintang di attachment (simulasi peta bintang di mekah pada jam 0325, 20 ogos 2011), saya boleh rumuskan bahawa:Berita seperti di bawah adalah rumours Tiada yang istimewa atau ganjil dari segi pergerakan bulan, jarak bulan, keterangan bulan, fasa bulan untuk malam ini. Spesifikasi bulan malam ini:Bulan terbit:2243 (10:43 malam) Bulan terbenam:1121 (11:21 pagi) Bulan tepat di atas kepala (transit):0440 (4:40 pagi) Jarak bulan ke Bumi pada 20 Ogos 2011: 404,738 km [bulan paling dekat dgn bumi pada tahun 2011(perigee) yang berlaku pada 19 Mac 2011: 356,577km][bulan paling jauh dgn bumi pada tahun 2011(apogee) yang berlaku pada 2 April 2011: 406,655km]So purata jarak bumi ke bulan ialah 381,616kmFasa bulan: 67.88% (keterangan bulan) 

Harap maklumtqMHD FAIROS BIN ASILLAMUnit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA)Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)Tingkat 8, Bangunan Komersil 4C11Persiaran Perdana, Presint 462100 PutrajayaMALAYSIATel: +603 - 8888 8668Faks: +603 - 8888 3478E-mail 1: fairos@angkasa.gov.myE-mail 2: mhdfairos@gmail.comURL 1: http://www.angkasa.gov.my URL 2: http://www.angkasa.gov.my/langkawi_observatory/

Keputusan Arsenal VS Liverpool Live Stream BPL 20 Ogos 2011

Saksikan LIVE STREAM Arsenal vs Liverpool

Keputusan Terkini
0                        2


Senarai nama pemain Arsenal & Liverpool





Lailatulqadar Malam Yang Dinantikan Oleh Mukmin

Gambar Ehsan ILUVISLAM.COM

Salam Ramadhan semua. Pejam celik pejam celik dah 20 hari kita semua berpuasa kan. Terasa cepat sungguh masa berlalu tanpa kita sedari. Tak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Hari nie aku just nak share ngan korang semua berkenaan Lailatulqadar. Apa itu Lailatulqadar? Inilah malam yang ditunggu oleh setiap umat Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan. Tambahan pulak dalam 10 akhir Ramadhan nie lah merupakan malam yang penuh berkat special untuk setiap umat Islam yang berpuasa.

Adakah kita bersedia untuk bertemu dengan malam yang berkat ini? Atau kita sibukkan diri dengan hal duniawi seperti buat kuih raya, shopping, hias rumah dan lain-lain. Maklumlah dah tak lama lagi nak raya. Jadi sama-samalah kita berusaha untuk mencari keberkatan di akhir Ramadhan ini. 

So korang layan jer lah yer artikel kat bawah nie yang aku amik dari Al-azim.com. Selamat membaca.

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah. 
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. 
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Tips: Tutorial Cara Nak Pasang Facebook Like Button

Salam Ramadhan semua. Hari nie dalam ruangan TIPS BLOGGER aku nak share satu tutorial macam mana cara nak pasang Facebook Like Button. Korang leh ikut step kat bawah nie yer. Selamat mencuba.


STEP 1:

Klik Dashboard ---> Design




STEP 2:

Klik Edit HTML ---> tick Expand Widget Templates



 
STEP 3:

Gunakan function Ctrl + F pada keyboard untuk cari kod kat bawah nie

<div class='post-header-line-1'/>

STEP 4:


Dah jumpa code pada Step 3 korang copy kod kat bawah nie dan paste di atas kod yang korang jumpa pada Step 3. Leh tengok contoh pada gambar kat bawah nie.

<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show_faces=false&amp;width=100&amp;action=like&amp;font=arial&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:40px;'/>

STEP 5:
 
Kemudian korang Save Templates. Dah siap korang leh check kat blog korang yer.

Tips: Tutorial Cara Nak Pasang Facebook Share Button

Salam Ramadhan semua. Hari nie dalam ruangan TIPS BLOGGER aku nak share satu tutorial macam mana cara nak pasang Facebook Share Button. Korang leh ikut step kat bawah nie yer. Selamat mencuba.



STEP 1:


Klik Dashboard ---> Design




STEP 2:

Klik Edit HTML ---> tick Expand Widget Templates



 
STEP 3:

Gunakan function Ctrl + F pada keyboard untuk cari kod kat bawah nie

<div class='post-header-line-1'/>
Kalau korang tak jumpa kod kat atas, korang leh cari kod kat bawah nie

<div class='post-header-line-1'>

STEP 4:


Dah jumpa code pada Step 3 korang copy kod kat bawah nie dan paste di bawah kod yang korang jumpa pada Step 3.
Leh tengok contoh pada gambar kat bawah nie.

<div style="float:right;padding:4px;">
<a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow' type='button_count'/>
<script type="text/javascript" src="http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share"/>
</div>

STEP 5:
 
Kemudian korang Save Templates. Dah siap korang leh check kat blog korang yer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More