TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Wednesday 3 August 2011

Sosej Pulut Dan Kepingan Ayam Dari Thailand Tak Halal

Perhatian kengkawan semua!!!!! Aku baru dapat info Sosej Pulut dan Kepingan Ayam yang diimport dari Thailand tak halal. So korang semua kena ler berhati-hati memilih produk makanan dari Thailand lepas nie. Tambah lak dalam bulan Ramadhan nie macam-macam menu hidangan berbuka orang jual dan yang pasti kita sendiri pun tak tahu tahap HALAL produk yang dijual. 
Jadi korang kena ler berhati-hati lepas nie ek. Mencari yang HALAL itu adalah difardhukan ke atas setiap muslim. Selamat berpuasa.



TAK HALAL...sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari Thailand.



KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.

Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.

“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Kontroversi: Isteri Kapten Singapura Samakan Safee Sali Dan Amirul Hadi Dengan Monyet


Aku baru jer baca kat Berita Harian jap tadi pasal isteri Kapten Singapura-pura samakan Safee Sali & Amirul Hadi dengan "MONYET". Hangin siot bila aku baca pasal isu nie. Aku rasa elok jer saman isteri mangkuk hayun bertingkat 100 keping nie. Kena kasi ajar sikit jangan bagi muka. Suka-suka hati nenek angkat mak tiri sebelah sepupu tok wan dia nak samakan orang ngan monyet. Macam haramjadah!!!

Takkan ler isteri Kapten Singapura-pura nie tak tahu yang husband dia tu kawan baik Safee Sali. Adoiyaiiiii!!!! Nie ler padahnya bila otak letak kat kepala lutut. "Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa" memang kena sungguh pepatah tu kat batang hidung isteri Kapten Singapura-pura.

Apa pandangan korang semua????

Petikan dari Berita Harian mengatakan ;

Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka


BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.


Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.


Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.


“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”


“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.


“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.


Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.


Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil.


SUMBER: BERITA HARIAN

Tips: Tingkatkan Popularity Blog


Hari nie dalam ruangan TIPS BLOGGER aku nak share salah satu teknik untuk tingkatkan Popularity Blog korang semua. Teknik nie takder ler susah sangat tapi kena pandai untuk fully utilize kan apa yang ada.

Popularity Link nie ada hubungkait dengan SEO sebenarnya kalau korang nak tahu ler. Jadi secara tak langsung kedua-dua elemen nie dapat tingkatkan pagerank dan traffic ke blog korang. Tak ke best tu wehhhhhh. SEO akan tolong generate traffic pada blog korang melalui Backlink yang korang tinggalkan. So aku tak nak citer panjang-panjang so korang leh ler cuba try test tengok hehehehe. Selamat mencuba.
10 Tips Meningkatkan Link Popularity

1. Daftar Blog Anda Pada Pelbagai Direktori
 
Ini adalah amat mudah kerana terdapat ribuan Web Direktori yang telah tersedia untuk anda daftarkan blog anda secara percuma hinggalah ada yang berbayar. Namum sebahagian besar web direktori ini adalah percuma dan mudah untuk dilakukan. Cara ini adalah penting untuk anda jika ingin mendapatkan kunjungan yang signifikan. Pilihlah Web Direktori yang berkesan.

DMOZ dan Yahoo! adalah dua nama besar untuk web direktori terbesar di dunia. DMOZ adalah percuma tetapi ianya adalah sangat sukar untuk anda mendaftarkan blog atau laman di sana. Namun, jika sudah berjaya mendaftarkan blog anda di sana pasti ada perubahan pada trafik ke blog anda.

Selain itu juga, anda boleh mencuba dengan pelbagai web direktori dengan mencari “free web directory” di enjin carian seperti Google. Pasti terdapat pelbagai laman yang menyediakan khidmat web direktori secara percuma buat anda semua. Buat pengetahuan anda, Google dan Yahoo! juga ada menyediakan perkhidmatan web direktori.
 
2. Berforum Secara Aktif
 
Cara ini juga dapat membantu anda meningkatkan Link Popularity anda, carilah forum yang boleh menempatkan link atau URL blog anda di bawah komen ataupun topik yang dibincangkan oleh anda. Atau ianya lebih dikenali sebagai signature.
 
3. Meninggalkan Komen Pada Blog Lain
 
Selain itu, anda juga perlu aktif meninggalkan komen di blog lain tertutama blog yang memasang plugin CommentLuv dan lebih bagus lagi blog tersebut adalah blog DoFollow. Teknik ini merupakan sudah menjadi kebiasaan kepada blogger di seluruh dunia. Harus diingatkan, jangan pula anda menjadi seorang spammer. Untuk itu anda digalakkan meninggalkan komen yang menarik dan bukan sekadar meninggalkan jejak di ShoutBox kerana ia tidak memberikan kesan kepada blog anda.
 
4. Artikel Pemasaran
Teknik ini mungkin jarang diamalkan oleh blogger di Malaysia. Artikel Pemasaran merupakan sebuah teknik pemasaran melalui artikel yang anda tulis. Seperti membuat ulasan atau review terhadap sesebuah produk untuk dijual seperti program affiliate yang anda sertai. Kemudian anda boleh mengirimkan artikel anda ke direktori pemasaran seperti EzineArticles, eHow, ArticleBase, GoArticles, Buzzle dan lain-lain.
 
5. Social Bookmarking
Mudahkan pembaca blog anda untuk menambahkan link blog anda ke berbagai laman Social Bookmarking seperti Delicious, StumbleUpon, Digg, Reddit, Google Bookmark, Yahoo Buzz dan lain-lain. Ini lebih mudah dengan menggunakan fasiliti daro ShareThis atau AddThis. Tapi bagi saya untuk blog berbahasa Melayu, cukuplah sekadar menggunakan butang Retweet, Facebook Share dan Google Buzz seperti yang saya gunakan.
 
6. Membuat Press Release
 
Tahukah Anda apa itu Press Release? Ia adalah seperti pengumuman atau pemberitahuan di mana anda boleh memberithu keadaan blog anda. Sebagian besar laman khusus press release membenarkan anda menambahkan URL blog anda sehingga ia menjadi backlink ke blog anda. Namun sayang kebanyakan laman yang menyediakan press release bersifat berbayar seperti PRWeb, WebWire, Free Press Release dan agak susah untuk mencari yang percuma.
 
7. Menjawab Pertanyaan
Yahoo! Answer adalah sebuah laman yang sangat baik untuk menambah backlink dan meningkatkan trafik blog anda. Carilah pertanyaan yang mampu anda jawab dan mampu dijawab dengan jawapan yang terbaik di antara yang terbaik. Yang pasti, anda jangan lupa meninggalkan URL blog anda sebagai rujukan kepada penanya.
 
8. Beriklan
Iklan teks adalah sangat berkesan berbanding iklan banner. Oleh yang demikian carilah laman yang menyediakan slot pengiklanan untuk anda iklankan blog anda. Sudah pasti di Malaysia ini mempunyai banyak laman yang menyediakan khidmat pengiklanan secara percuma.
 
9. Maksimumkan Penggunaan Jaringan Sosial
Sudah pasti di antara anda memiliki akaun Facebook, Friendster, Myspace dan Twitter. Jadi gunakan ia sebagai landasan anda memperkenalkan blog anda. Terutama melalui Facebook dan Twitter. Dengan Facebook anda boleh membuka Group atau Fan Page untuk membincangkan setiap entri atau artikel yang anda tulis. Jangan lupa menambahkan url artikel tersebut. Twitter pula adalah medium pantas untuk anda menghebahkan entri atau artikel tebaru di blog anda.
 
10. Link Berbayar
 
Cara lain yang cukup efektif sebenarnya adalah beriklan dengan membayar sejumlah wang untuk diletakkan secara tetap pada sebuah laman iklan yang membawa hasil signifikan. Terdapat dua cara untuk melakukannya, pertama adalah anda membeli link pada di laman yang menyediakan jaringan atau Ad Network seperti TextLinkAds, LinkWorth, Infolinks dan sebagainya. Kedua adalah dengan membeli review seperti ReviewMe, PayPerPost, SponsoredReviews, BlogVertise, BuyBlogReviews dan lain-lain.

Beberapa Isu Lupa Sewaktu Berpuasa Ramadhan

Oleh : Mufti Brunei

BEBERAPA ISU LUPA SEWAKTU BERPUASA RAMADHAN
( Bilangan 291)
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Puasa Ramadhan merupakan satu tuntutan fardhu ‘ain yang wajib dikerjakan oleh setiap orang Islam yang mukallaf. Mengerjakan ibadah puasa itu, sudah setentunya kita berusaha dan mengharap agar ia terlaksana dengan sebaik-baiknya.

Walau bagaimanapun, disebabkan ada kelemahan-kelemahan tertentu sesuai dengan sifat semula jadi manusia, kita mempunyai keterbatasan untuk memastikan apa yang dilakukan itu benar-benar terpelihara daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan ataupun mempengaruhi kesempurnaan ibadah yang dikerjakan.

Umpamanya sifat lupa, ia boleh menyebabkan tertinggal pada melakukan perkara-perkara yang disuruh, dan ia juga boleh mengakibatkan terlanjur pada berbuat perkara-perkara yang
dilarang.

Lupa di sisi syariat Islam, walaupun pada dasarnya merupakan suatu keuzuran yang dapat mengecualikan seseorang itu daripada dosa, tetapi ia bukan bererti seseorang itu terlepas daripada taklif atau tanggungan sama sekali. Ini kerana ada tanggungjawab ataupun gantian lain yang masih perlu dilakukan semasa di dunia. Khusus dalam ibadah puasa, ada keadaan lupa yang dimaafkan dan ada juga yang menyebabkan puasa itu tidak sah dan perlu diqadha.
Antaranya ialah:

(1) Niat Puasa
Niat adalah salah satu rukun puasa. Ia wajib dilakukan pada setiap malam bulan Ramadhan, iaitu setelah terbenam matahari sehingga sebelum terbit fajar Shadiq.

Jika sesorang itu terlupa untuk berniat puasa pada waktu tersebut, maka puasanya tidak sah. Sabda Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya:
“Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar shadiq maka tidak ada puasa baginya.”
(Hadits riwayat an-Nasa’ie)
Jika seseorang itu lupa berniat puasa untuk keesokan harinya, maka wajib ke atasnya imsak iaitu menahan diri daripada makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa serta wajib ke atasnya mengqadha puasa tersebut.
Dalam hal ini, di samping kita diwajibkan berniat puasa pada tiap-tiap hari, kita digalakkan juga berniat puasa untuk satu bulan penuh di awal bulan Ramadhan. Ini bertujuan untuk berjaga-jaga, kalau-kalau kita terlupa berniat pada malammalam berikutnya dengan bertaqlid kepada mazhab Imam Malik. Contoh lafaz niat satu bulan penuh itu ialah:
Ertinya:
“Sahaja aku puasa bulan Ramadhan seluruhnya pada tahun ini kerana Allah Ta‘ala.”

Berniat satu bulan penuh hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa sahaja. Tidak dikira niat sebulan penuh itu jika ia dilakukan pada malam berikutnya seperti berniat pada hari kedua puasa.
(2) Makan Atau Minum
Batal puasa apabila seseorang itu makan atau minum dengan senghaja di siang hari puasa. Wajib ke atasnya imsak di hari tersebut dan mengqadhanya.
Adapun jika makan atau minum (sama ada banyak atau sedikit) disebabkan lupa adalah tidak membatalkan puasa. Perkara ini disebut oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sabdanya:
Maksudnya:
“Sesiapa yang lupa lalu dia makan atau minum sedang dia berpuasa, maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah telah memberikannya makan dan minum.”
(Hadits riwayat Muslim)

(3) Bersetubuh
Orang yang berpuasa jika dia melakukan persetubuhan di siang hari bulan Ramadhan dengan senghaja adalah berdosa. Di samping wajib ke atasnya mengqadha puasa tersebut, wajib juga ke atasnya membayar kaffarah dengan mengikut tertibnya iaitu: membebaskan hamba yang mukmin, jika tiada diperolehinya maka berpuasa dua bulan berturut-turut, dan jika tiada terdaya olehnya maka memberi makan 60 orang miskin atau fakir.

Adapun jika seseorang yang berpuasa itu bersetubuh di siang hari bulan Ramadhan disebabkan lupa, maka puasanya tidak batal. Ini sama halnya dengan makan atau minum disebabkan lupa. Demikian juga, tidak wajib ke atasnya membayar kaffarah disebabkan lupa itu.

Oleh itu, kita hendaklah berwaspada dan sentiasa berhati-hati khususnya dalam perkara niat puasa, agar tidak terlupa untuk berniat di malam hari. Ini kerana lupa untuk berniat puasaRamadhan akan menyebabkan puasa tidak sah dan wajib diqadha.

Semoga penjelasan yang telah dihuraikan ini akan menjadi panduan kepada kita agar mencapai kesempurnaan puasa.

Tips: Tutorial Untuk Tentukan Peratus SEO Blog Korang???

Salam Ramadhan semua....petang nie dalam ruangan TIPS BLOGGER aku nak share ngan korang satu website yang boleh tolong check status dan peratusan % SEO Blog atau website korang. Sebelum korang tahu ke apa kebende SEO nie? Aku pun tak berapa nak tahu sangat tapi aku cuba terangkan sikit ler yer.

SEO adalah Search Engine Optimization. Penting sangat ker SEO nie? Bagi aku SEO nie penting juga ler sebab apa setiap post yang unik mudah untuk dapat perhatian dari Search Engine seperti Google, Yahoo dan lain-lain. Kalau korang perasan ler setiap kali korang nak search pada Google atau Yahoo mesti korang akan nampak URL website atau blog dalam page utama korang search kan????

Contohnya korang search Dezaman Cottage? Nanti korang akan nampak senarai Showing Result kan. So korang bayangkan ler ada 52,000 results terhasil dari keywords Dezaman Cottage? So bertuah ler tuan punya blog atau web yang dapat duduk dalam page utama tu. Sah-sah orang yang taip keyword tu akan pegi ke link URL yang ada pada page utama kan. So secara tak langsung SEO nie dapat membantu menaikkan traffic blog atau website korang.

Bagi yang gila ngan SEO nie pasti akan paham keberkesanan SEO pada blog diaorang. Masing-masing akan berusaha nak duduk dalam page utama. Kalau ler ada 10 juta result korang bayangkan ler berapa banyak traffic yang leh masuk dalam blog korang tu dengan bantuan SEO tak ke best perghhhhh leleh siot!!!! Beruntung ler sapa yang dapat dok dalam main page. Ranking setiap result adalah berdasarkan kepada popularity result berkenaan makin popular makin dok kat atas ler sehingga ler seterusnya.

So aku harap penerangan aku yang tak berapa nak cerdik nie dapat bantu korang yer. So meh ler kita check tahap peratusan % SEO pada blog atau website korang. Mudah jer tak susah pun.

  1. Korang klik link http://www.seoanalyser.net/ 
  2. Korang masukkan URL blog atau website korang
  3. Then korang klik CHECK
So dah siap. Sekarang nie korang leh ler tengok tahap mana SEO blog korang yer. Nie result blog Dezaman Cottage 44% jer teruk gak SEO blog nie hehehehe maklumlah blog bodoh-bodoh jer kekeke


Kenapa Ada Yang Berani Tak Puasa????

Semalam aku ada meeting di Kinrara Puchong dalam kul 3 petang jadi aku terus gerak dari rumah ke ofis.....dalam perjalanan kat highway LDP dari Bukit Jalil menghala ke Puchong aku nampak ada sorang mamat nie dengan selamba badak nenek tiri dia belasah rokok dengan bangga nyer......
 
Adoiyaiiii....siap aku lalu sebelah dia lagi tengok mamat tu.....dengan bangga muka tak bersalah dia layan rokok sambil drive.....aku berani confirm mamat tu seorang Melayu Islam....adoiyaiiii!!! Apa ler nak jadi....yang aku hangin bukan apa siap dia leh lalu sebelah aku lepas tu tunjuk rokok dia sambil hembus asap rokok ngan asyiknyer.....macam haramjadah!!!!
Sib baik aku drive kete jer kalau aku drive lori mau gak aku langgar lori mamat tu.....mentang-mentang ler lu bawa lori lu leh belagak macam haramjadah!!!!
 
Dalam hati siap cakap lagi kalau mamat nie excident mau aku keluar kete kencing kat muka dia.....hangin siot terbakar hati aku sebenarnya.....korang bayangkan ler dah ler tak puasa satu hal dengan selamba lak tu isap rokok menunjuk-nunjuk......sekali Allah cabut nyawa bagi mamat nie excident tak ke naya.....dah ler bawa lori macam pelesit.....adoiyaiiii!!! aku betul-betul tak paham ngan mamat sekor nie.....semoga Allah berikan hidayah pada mamat nie......kalau ikutkan aku semalam masa drive tu nak jer aku snap gambar mamat nie kasi femes satu Malaya.......
 
Nasihat aku pada korang semua yang beragama Islam tolong ler jaga adab dalam bulan puasa nie yer....sama-samalah kita hormati bulan yang mulia nie.....bayangkan kita dijemput Malaikat Izrail ketika kita tengah buat benda yang tak senonoh dalam bulan yang mulia nie.....tak ke naya wehhhhh????

Khairul Fahmi a.k.a Apek Pulak Bagi 10 Sebab Punca Putus Tunang????

Bila nak abis daaaa kesudahan diorang nie ek.....harap dua-dua pihak boleh berbincang cara baik....rasanya tak payah ler nak gunakan media untuk heboh atau sensasikan citer nie.....adoiyaiiiii......korang baca ler sendiri.....aku pun dah tak paham ngan dua-dua orang nie.....dalam bulan yang mulia nie why not both of you seat down and have a serious talk to settle this problem professionally......kan itu cari yang lebih matang dan profesional????

1. Keputusan Nekad Putus Tunang

“Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.

Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.

Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.

2. Tiada Kena Mengena Orang Ketiga


Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.

Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media.”

3. Tuduhan Dirinya Sebagai Kaki Perempuan

“Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.

Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.

4. Isu facebook

Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.

Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru.

5. Tidak Menjawab Panggilan Telefon Dari Elia


Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.

6. Campurtangan Pihak Keluarga

Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.

Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya.

7. Berpegang-tangan, berikan kasut dan kereta lama kepada Dahlia

Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.

8. Sudah Lupa Diri


Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.

Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.

9. Gila Glamor dan Cari Publisiti Murahan

Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.

10. Memohon Maaf


Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.

Selepas ini, saya mahu terus berbakti kepada negara dan mahu lebih fokus pada karier. Namun, saya tahu saya tak boleh lari dari berkongsi kisah peribadi saya. Insya-Allah, jika perlu saya akan berkongsi. Kepada pihak media yang lain, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama. Saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Saya tahu, anda semua hanya melakukan tugasan anda. Kalau saya ditempat anda, mungkin jua saya melakukan perkara yang sama. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua dan terima kasih kerana menyokong saya tanpa putus.


SUMBER: BeautifulNara

Fadhilat-fadhilat Sahih Bagi Solat Tarawih

Oleh : Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni (Jabatan Hadith KUIS)

Suatu masa dahulu hadith tentang kelebihan solat tarawih yang diriwayatkan dari Sayyidina ’Ali RA cukup popular. Barangkali kerana tersebarnya kitab Durrah al-Nasihin dan terjemahan Melayunya yang memuatkan hadith tersebut di dalamnya.

Antara teksnya; daripada Sayyidina Ali RA beliau telah menanyakan kepada Rasulullah SAW tentang fadhilat Solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Jawab Rasulullah SAW tentang fadhilat tarawih sebagai berikut, mulai dari malam pertama sampai malam 30 Ramadhan:

1. Malam Pertama: Diberi balasan seperti bayi baru dilahirkan.
2. Malam Kedua: Diampuni Allah dosanya dan bagi ibu-bapanya jika keduanya mukmin.
3. Malam Ketiga: Diseru oleh malaikat di bawah Arasy dan dengan solat tersebut diampuni Allah dosanya yang telah lalu.
4. Malam Keempat: Dibalas Allah seperti membaca kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Quran.
5. Malam Kelima: Kemudian dikurniai Allah seolah-olah sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.
6. Malam Keenam: Dikurnia Allah seolah-olah dia tawaf di Baitul Makmur dan dipintakan ampun oleh segala batu dan pasir.
7. Malam Ketujuh: Dikurniai Allah seolah-olah ia berjumpa dengan Nabi Musa AS dan membantu Musa melawan Fir’aun dan Haman...
8. ... demikian seterusnya hingga akhir malam ke-30.

Pengarang Durrah al-Nasihin hanya menyebut sumber petikannya daripada kitab Majalis. Bagaimanapun, hadith ini adalah hadith palsu, malah tiada sumber asal yang muktamad bagi hadith ini sebagaimana yang disebutkan oleh pakar-pakar hadith. Antaranya seperti yang disebut oleh Dr. Ahmad Lutfi Fathullah dalam tesisnya (Ph.D.), Takhrij Hadith-hadith Durrah al-Nasihin. Dalam Fatwa Mufti Kerajaan Brunei (1999) juga menyatakan ianya tiada di dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah, namun ada diriwayatkan seumpamanya di dalam kitab-kitab Syiah seperti kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi dan Wasa’il al-Syi’ah oleh al-Hurr al-’Amili. Dan rujukan mereka tidak dapat dipegang oleh kita.

Maka bagi menggantikan hadith palsu tersebut saya telah menemukan empat buah hadith yang sabit mengenai kelebihan solat tarawih ini. Iaitu sepertimana berikut;

1. Diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.
Terjemahan;
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

2. Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya.

حديث عبد الرحمن بن عوف: من صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. رواه النسائي في الكبرى (11،295) والصغرى (2199)، وأحمد (1618، 1645) وابن خزيمة (2015) وابن ماجه (1331) والبيهقي في الشعب (3462).

Terjemahan;
Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”.
(HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)

3. Ditulis dari kalangan para siddiqin dan syuhada’.

عن عمرو بن مرة الجهني رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أرأيت إن شهدت أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله وصليت الصلوات الخمس وأديت الزكاة وصمت رمضان وقمته، فممن أنا ؟ قال : من الصديقين والشهداء. رواه البزار وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما واللفظ لابن حبان.

Terjemahan;
Daripada ‘Amru bin Murrah al-Juhani RA katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadhan dan berqiam Ramadhan, maka dari golongan siapakah saya ini? Jawab baginda: ”Dari kalangan para siddiqin dan syuhada’”.
(HR al-Bazzar, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)

4. Ditulis baginya pahala seumpama berqiamullail.

حديث أبي ذر : من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة. رواه الترمذي وقال : هذا حديث حسن صحيح -791.

Terjemahan;
Hadith Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail”.
(HR al-Tirmizi)

Demikianlah fadhilat-fadhilat yang besar bagi orang yang mengerjakan solat tarawih ini. Kelebihan-kelebihan tersebut tidak tertentu pada malam tertentu sahaja, bahkan ianya adalah umum bagi solat tarawih sepanjang bulan Ramadhan. Semuanya dapat diperolehi dengan kemurahan rahmat Allah Taala bagi mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakannya. Mudah-mudahan fadhilat-fadhilat solat tarawih ini dapat tersebar secara lebih luas menggantikan hadith palsu mengenainya.

Sumber : http://sawanih.blogspot.com/2010/09/fadhilat-fadhilat-sahih-bagi-solat.html

Kontroversi Iklan Ramadhan 8TV (Media Prima)

Adoiiiiii!!!! rasanya last year mesti korang penah tengok iklan raya kontroversi kat TV3 kan???? korang ngat tak....mesti korang ingat nyer lah...kali nie timbul lagi isu iklan ramadan kontroversi lak dahhhhh.....kali nie kat 8TV....adik beradik Media Prima nie......apa ke bonggok punya producer leh lepaskan iklan nie pun aku tak tahu......kemon la wehhhhh....iklan tu bagi aku memang ada unsur perkauman.....walaupun message yang nak disampaikan tu bagi aku betul dan tak salah tapi tak kena tempat.....salah pencaturan ini lah jadinyer.....leh jadi isu perkauman.....korang tengok ler sendiri.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More