TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Thursday, 24 November 2011

Kesian Yuna - Anugerah Lagu Terbaik AIM Ditarik Balik

Kesian ngan Yuna tak pasal-pasal Trofi Lagu Terbaik AIM kena tarik balik. Nampak sangat AIM nie tak profesional. Boleh pulak AIM buat kesilapan bodoh macam nie. Adoiiiiii pelik tapi benar. Adakah ada tangan ghaib yang memainkan peranan dalam hal nie????? Ermmmm.

Ko saman jer AIM tu Yuna!!!! Tunggu dulu....tunggu dulu......

Yang nie aku respek ngan Yuna sebab dia dah maklumkan tak akan amik tindakan saman malu pada AIM. Apa-apa pun tindakan tak profesional AIM nie sedikit sebanyak telah menjatuhkan maruah, kredibiliti dan prestij AIM sendiri.


KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer muda, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang.

Dia yang bakal memasarkan album Inggeris untuk pasaran Amerika Syarikat berkata, penjelasan sepatutnya bukan daripada pihaknya sebaliknya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur perlu mengadakan sidang akhbar dan menjelaskan dengan terperinci bagaimana masalah itu berlaku.

“Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan majlis anugerah berprestij. Apatah lagi AIM itu sendiri mempunyai tanggungjawab besar untuk mengangkat industri muzik tempatan.

“Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan sudah tentu rasa terkilan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro difahamkan RIM dijadualkan mengadakan sidang media bagi menjelaskan mengenai kesilapan teknikal yang berlaku itu pada petang ini. “Saya diberitahu mengenai kesilapan itu dua hari lalu,” kata Yuna.

Pada AIM18 yang berlangsung 12 November lalu Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai diumumkan pemenang Lagu Terbaik menerusi singlenya, Penakut.

Selain Lagu Terbaik, pada majlis anugerah berprestij yang mengiktiraf karya terbaik karyawan muzik tempatan itu, Yuna turut memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Anugerah Kembara.

Yuna berkata, kesilapan yang berlaku akan menyebabkan ramai pihak akan hilang keyakinan terhadap RIM dan penganjuran AIM itu sendiri.

Menurutnya, lebih membimbangkan kemenangan bagi kategori lain dimenangi penggiat muzik tempatan turut dipertikaikan kerana mungkin kesilapan berlaku. Katanya, sejak awal lagi dia mengikuti segala syarat diberikan RIM untuk mempertandingkan karya dihasilkan dalam AIM, terutama membabitkan pencalonan karya dihasilkan harus 100 peratus anak tempatan.

Syarat ditetapkan juga menyebabkan albumnya tidak dipertandingkan kerana tiga daripada lagu dihasilkan dikatakan tidak layak kerana ia untuk pasaran luar.

“Saya akur dengan setiap syarat diberikan, tetapi apabila kemenangan ditarik balik sudah tentu timbul kekeliruan. Bukan saja kepada saya, tetapi seluruh penggiat industri muzik tempatan.

“Tidak keterlaluan jika dikatakan ada pihak melihat apa yang berlaku sinis dan kelakar. Apatah lagi penganjuran AIM membabitkan dua entiti besar iaitu RIM sendiri dan jabatan audit diiktiraf,” katanya.

Kata Yuna lagi, sebenarnya sewaktu diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik, dia sudah berasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku, kerana syarat untuk memenangi anugerah utama itu, lagu dihasilkan dan didendangkan haruslah menjuarai kategori dipertandingkan.

“Ketika majlis sidang akhbar perkara sama turut ditanya wakil media, bagaimanapun pihak penganjur mengatakan untuk kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik dinilai juri berbeza. Perkara itu sudah dimaklumkan dan semua pihak faham.

“Saya sendiri akur dengan penjelasan itu memandangkan untuk tahun ini ada beberapa perubahan dari sudut syarat dibuat RIM mahupun Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi),” katanya.

Sekitar Majlis Konvokesyen Adik Mia Sara Nasuha Binti Muhammad Ridhuan

Sapa tak kenal ngan si comel bernama Mia Sara Nasuha??? Kenal tak ngan nama adik comel kita nie. Ala yang berlakon dalam citer Adamaya tu. Watak Amani tu. Dia jadi anak pada Lisa Surihani. Haaaaa dah ingat ke lum. Pasti semua kenal nyer lah. 

Pada tanggal 13 November 2011 baru-baru nie adik Mia Sara Nasuha dah pun menamatkan persekolahannya di Tadika Brainy Bunch Islamic Montessori, Kota Damansara.

Maknanya tahun depan Mia Sara dah pun masuk darjah 1. Dah masuk satu tapak ke depan dalam dunia persekolahan yang sebenar. Semoga adik Mia Sara yang cute nie akan berjaya dalam pelajaran di sekolah rendah nanti. 

Good Luck dari Abang Dezaman khas buat adik comel Mia Sara Nasuha.

Ahmad Firdaus bin Arham Hilang Di Indonesia Selepas Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011




Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. Mohon bantuan korang semua untuk mencari orang hilang. Mohon korang war-warkan di Blog, Facebook, Twitter, Friendster, Forum atau mana-mana saja sumber Internet bagi mencari seorang rakyat Malaysia yang hilang.


Mengikut sumber rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang ini bernama Ahmad Firdaus bin Arham (IC No. 850512055293) berasal dari Seremban. Beliau telah didapati hilang sejak 2 hari dan tidak pulang ke Malaysia selepas perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Edisi ke 26 di Stadium Gelora Bung Karno.


Berita kehilangan Firdaus telah diketahui oleh Pegawai Kedutaan Malaysia, Zuraya Yusuf. Difahamkan Kad Pengenalan (IC) milik Firdaus, Kad Kredit CIMB, Maybank, SIM dan duit sebanyak enam Ringgit Malaysia telah diserahkan ke pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta.  

Pihak Kedutaan Malaysia berharap rakyat Indonesia yang menemukan Firdaus boleh menghubungi Zuraya Yusuf di talian berikut 08170841920 atau menghubungi Pengurus Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) yang masih ada di Jakarta, Shukri Harun (082178037932 atau +60123549305) dan Azrul Moh Nur (082178037931).


Semoga seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira status agama dan bangsa sama-sama berdoa agar Ahmad Firdaus bin Arham selamat dan tidak berlaku musibah pada beliau. 


Jasa baik korang semua untuk war-warkan info ini amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih. Semoga Allah SWT sahaja dapat membalas jasa baik korang semua.


Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More