Wednesday, 20 July 2011
PPIM Tekad Mahu Saman Astro!!!
Tweet Follow @LavaGrillBurger
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Astro.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, PPIM sangat kecewa kerana pihak pengurusan Astro meneruskan harga pakej langganan walaupun kerajaan telah mengumumkan yang mereka tidak meluluskan kenaikan tarif tersebut.
” Kami di PPIM percaya Astro telah nekad menaikkan harga walaupun tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selaku pengawal selia dan pemberi lesen bagi sektor penyiaran dan telekomunikasi.
” Sehubungan itu PPIM akan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk tindakan undang-undang untuk memastikan hak pengguna dibela dan syarikat Astro beroperasi dengan tidak menindas pengguna,” tegasnya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Pada bulan Jun lalu, Astro mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa pada 11 Julai lepas dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sehubungan itu, PPIM telah melancarkan kempen ‘boikot Astro’ dan mengecam stesen televisyen berkenaan.
Tunku Azwil berkata, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.
Ekoran itu, Astro terpaksa menangguhkan kenaikan harga caj pakej penyiaran apabila Kabinet melarang stesen berbayar itu bertindak demikian.
Bagaimanapun, perkembangan terkini menunjukkan Astro tetap meneruskan tindakan mereka menaikkan harga caj langganan dan tidak mempeduli langsung arahan kerajaan tersebut.
Kenaikan harga caj langganan tersebut telah menyebabkan ramai pihak yang marah terhadap stesen televtsyen berbayar itu dan sekali lagi bertindak memboikot Astro.-Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)
Saat Nyawa Di Ambang Maut
Tweet Follow @LavaGrillBurger
Tragedi sedih nie berlaku di India.....sedih wehhhh!!!!......bayangkan tadi sedang bersuka ria boleh dengar ketawa riang orang tersayang disamping kita........kini ia lenyap sekelip mata di depan mata kepala kita sendiri.......adoiiiiiiii aku tak leh nak bayangkan ler wehhhhhh!!!!! sedih siot.....silap-silap leh jadi giler wehhhhh!!!!!
Korang tengok ler sendiri saat nyawa diambang maut.......semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.......
Gambar Lisa Surihani Berpelukan Nora Danish
Tweet Follow @LavaGrillBurger
Perghhhhhh!!!!! kecewa ler lelaki kat luar sana kalau tengok gambar kat bawah nie hahahahaha.....jap lagi ada ler yang kecewa terjun KLCC tak pun KL Tower hahahahaha.......adakah mereka ada hubungan istimewa yang leh cetuskan kontroversi??????......yang tu korang kena tanya diaorang ler hehehehehe......gambar nie diamik dari CARI FORUM
Video Sekitar Perkahwinan Farah AF2 & Johan
Tweet Follow @LavaGrillBurger
Selamat Pengantin Baru Buat Farah AF2 & Johan. Semoga ikatan perkahwinan korang akan kekal sehingga akhir hayat yer.
PART 1
ON AIR - Farah Wedding Part 1 from lhmediatv on Vimeo.
PART 2
ON AIR - Farah Wedding Part 2 from lhmediatv on Vimeo.
Kredit khas buat OH BULAN.
Puting Di Tapak Kaki
Tweet Follow @LavaGrillBurger
Aku tak tahu ler nie nak dikira sebagai kategori sensored ke tak hehehehehe......bayangkan kalau puting korang ada kat tapak kaki kekekekeke.....korang tengok ler sendiri yer.....sesungguhnya itulah tanda kekuasaan Allah......Dia nak letak kat mana-mana pun leh dan tak mustahil......