TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Wednesday 27 July 2011

Harimau Malaya Bakal Mengaum Membaham Sang Singa Khamis Nie


Perghhhhh dasat sungguh penanggan bola sepak Malaysia sekarang nie......penyokong bagaikan kena histeria sejak dua menjak nie.....asal jual tiket jer confirm abih licin laris macam pisang goreng.......mana taknyer bila Team Malaysia Skuad Harimau Malaya makin menunjukkan belangnya.....

Aku respek ngan team bola sepak Malaysia sebab ada peningkatan yang begitu hebat sekarang nie.....aku dapat rasakan kegemilangan dan semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak Malaysia sekarang hampir sama dengan zaman arwah Super Mokh dulu-dulu.....korang kenal tak sapa tu SUPER MOKH????? Legend tu wehhh.....korang tengok video kat bawah nie kalau nak tahu pasal Super Mokh.....


Aku harap Skuad Harimau Malaya akan main habis-habisan menentang Singapore.....kita mesti menang!!!!! Jom kita ramai-ramai berikan sokongan padu pada Skuad Harimau Malaya.........GO MALAYSIA!!!!!

Serius Coolllll.....Video Awek Nyanyi Acapella Lain Dari Yang Lain

Serius cooolllll aku cakap kat korang semua......bagi aku awek nie boleh dikirakan sebagai terer ler leh edit video acapella nyanyi sorang-sorang macam nie.......korang tak caya korang tengok ler......seriussss cooollllll!!!! THUMB UP!!!! Korang layan jer lah yer.....



Malaysia vs Singapore - Bukit Jalil !!!!!!!! Aku Datang Esok......GO MALAYSIA!!!!! Tiket Dah Abih Daaaa


Semalam aku dah amik tiket untuk game Malaysia vs Singapore Khamis nie kat Stadium Nasional Bukit Jalil......sib baik aku beli kat tiket secara online......kalau aku beli terus kat stadium confirm aku kecewa heheehehe.....tak sabar sehhhh nak tengok Skuad Harimau Malaya baham Skuad Singa Tiruan hehehehehe......peduli apa aku ngan Singa Tiruan.....betul per player diaorang ramai tiruan....apa barang amik player import main untuk national team!!!! Kalau berani turun semua player tempatan ler wehhhh!!!!


Perghhhhh bukan main provokasi lagi aku nie ek hahahaha......semangat nieeeee.....mana leh tahan wehhhh dan lama aku tunggu saat kegemilangan macam nie......last sekali masa era SUPER MOKH.....semoha semangat kegemilangan nie akan berkekalan selamanya dalam sanubari semua player......

Semalam masa beli tiket kecoh kat kaunter Stadium Bukit Jalil......ramai tak puas hati sebab tak dapat beli tiket hehehehe sib baik aku dah beli secara online.....dengar lak tadi 85,000 tiket dah clear licin....dasat tu....apa-apa pun aku dah selamat beli tiket hahahaha.......Bukit Jalillllll!!!!!! Aku Datang Esokkkk......GO MALAYSIA!!!!!

Aku ada amik beberapa shots gambar kat stadium masa beli tiket khas untuk korang semua......so korang layan jer lah yer......





Wartawan Astro Awani interview salah sorang penyokong Malaysia yang gagal untuk dapatkan tiket.....



Betul Ke Khairul Fahmi a.k.a Apek Ada Hubungan Dengan Awek Lain?????

Adoiyaiiiiiii......tak tahu le kesahihan citer nie....hanya Allah, Apek dan sipolan-sipolan berkenaan jer tahu kebenarannyer.....aku dapat info nie dari blog Beautifulnara masa tengah search kat google pasal Khairul Fahmi a.k.a Apek.....tup tup aku jumpa pasal nie kat blog tu......adoiyaiiiiii

Harap berita nie tak benar dan hanya spekulasi.....memandangkan Apek adalah penjaga gol harapan Malaysia.....takut kang kerana gosip-gosip liar macam nie boleh down performance Apek pada masa akan datang.......sapa yang rugi????? Dah tentu skuad Harimau Malaya yang akan terima tempias dan akibatnyer nanti sebab tonggak benteng akhir ada masalah leh kacau keseluruhan game wehhhhh!!!!

Tah ler yer.....maybe betul gak ler kot macam orang selalu cakap "bila dah jadi glamour nie mula lupa diri".....betul ke statement nie ek.....aku harap Apek tak macam tu......aku hanya mampu pesan pada Apek tu pun kalau dia baca kat blog banggang nie la hahahahaha..... "Jangan disia-siakan usia muda dan bakat yang dah Allah berikan pada bro......bro ada potensi untuk terus maju lebih jauh dalam dunia bola sepak.....teruskan usaha bersungguh-sungguh pasti kejayaan milik bro".

Nasihat yang aku leh bagi pada tunangan Apek si Jejari Runcing......"Harap bersabar kuatkan iman dan terus tingkatkan semangat.....jangan rasa takut menghadapi dugaan yang mendatang.....teruskan juga  usaha untuk support Apek dan berikan nasihat membina pada dia......insyallah Allah akan bersama-sama orang yang bersabar dengan dugaanNya".

Disclaimer: Kebenaran cerita ini tidak dapat diketahui kesahihannya 100%. Info diambil daripada forum Cari dan forum Aper

Benar atau tidak wanita di atas benar-benar mempunyai hubungan dengan Khairul Fahmi tidak dapat disahkan. Ini adalah info daripada sumber-sumber yang dimaklumkan di atas. Berdasarkan luahan Facebook Jejari Runcing di bawah, nampak memang benar hubungan mereka berdua ada isu tersendiri.

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Isteri Sheikh Muszaphar Lahir Bayi Menerusi Kaedah Bersalin Dalam Air

Tahniah khas buat Sheikh Muszaphar sebab kini beliau dah bergelar seorang bapa. Anak dia memang comel saling tak tumpah macam muka dia. Mana tau anak dia pun bakal jadi angkasawan gak lepeh nie hehehehe. Semoga beliau menjadi ayah yang terbaik untuk anaknya. Tahniah Bro!!!!



SOPHEA ISABELLA

KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.

Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.

"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.

Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. "Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya," ujar beliau. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More