TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Tuesday, 6 September 2011

Kereta Mewah Artis Kena Tarik? Adakah AC Mizal????


Aku terbaca pasal pasal info nie kat blog http://www.dnobiz.com pasal sorang artis nie kereta mewahnya ditarik baru-baru nie. Aku tak dapat nak pastikan samada artis yang dimaksudkan tu betul ke AC Mizal atau sebaliknya.

Ikut dari info dalam blog tu artis yang dimaksudkan nie cukup terkenal dengan kekayaannya dalam bisnes MLM. Kalau ikut dari statement tu aku dah terbayang wajah sorang artis yang terkenal ngan lawaknyer dalam citer Buli, Baik Punya Cilok dan Cuci. Adakah benar AC Mizal??? Itu aku tak dapat nak pastikan.

Hanya yang individu yang terbabit jer dapat memberikan jawapan. Kalau kita buat tuduhan melulu pun tak patut gak kan.


Aku sebenarnya respek dan kagum dengan AC Mizal dalam bisnes MLM yang dia usahakan. Berduyun-duyun peminat join program MLM AC lepas dilancarkan. Lepas keluar isu kontroversi pasal gelang AC dalam paper, majalah & internet terus bisnes MLM AC alami tsunami.

Kesian ngan nasib AC. Teruk dia kena titik ngan orang ramai termasuk rakan-rakan artis. Bayangkan sebelum nie roda putaran berada kat atas dah mula nak turun sedikit demi sedikit ke bawah. Memang perit nak ditelan umpama hempedu yang pahit. Hanya AC saja tahu apa yang dialami sekarang nie.

Buat AC jangan risau!!! Teruskan usaha jangan give up. Setiap yang jatuh pasti akan naik kembali. Yang penting usaha betul-betul dan belajar dari kesilapan lampau. Kalau boleh buat ler bisnes yang berlandaskan syarak dan elakkan dari perkara syubhah pasti Allah akan membantu hambaNya yang beriman.

Good Luck Bro!!!

Kelebihan Doa Di Sujud Akhir

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :-
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan!" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Filem Hantu Bonceng Menghina Agama Islam????


Perghhhhh baru 5 hari dah kutip RM5 juta citer Hantu Bonceng nie. Memang dasyat!!! Tapi aku belum tengok lagi citer nie sebenarnya hehehehe. Ikut dari kawan-kawan aku diaorang cakap citer nie memang best wajib tengok. Cakap diaorang ler??? Dato' Siti ngan Datuk 'K' pun dah tengok citer nie malam tadi kat GSC Pavilion KL. 



Aku baca kat forum Carigold dan blog BeautifulNara pasal citer nie sekali ada review yang cakap filem nie seperti mempersendakan dan menghina agama Islam. Antara review yang aku amik dari blog BeautifulNara
citer ni banyak hina agama islam..wat lawak x beringat..main-main ngan azan..g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..ada scene mengucap xhabis..agak2 la wat lawak pown..aku terasa ngan citer ni..sal x sensitif ngan agama ISLAM,tambah2 lagi pelakon dan pengarah nya org ISLAM…ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul ****w name nya..org baca la ayat kursi ke hape..nt jawab la esok2 kat akhirat…time tu baru tau lawak ke x..
Antara pelakon yang berlakon dalam filem 'Hantu Bonceng' adalah Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid. Filem nie sedang ditayang di 80 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, sejak 31 Ogos yang lalu.

Apa komen korang pasal filem nie?

Saja Nak Tempah Maut????

Korang tengok ler sendiri giler ke tak budak-budak Colombia nie....memang saja-saja nak cari nahas nie...nie yang dikatakan kreatif tak bertempat....saja nak tempah maut....giler!!!!

Gempa Bumi Magnitude 6.5 - NORTHERN SUMATRA, INDONESIA (Pulau Pinang, Perak & Selangor Alami Gegaran)

Baru jap tadi aku dapat info area Penang, Perak dan utara Selangor dilanda gempa bumi. Berlaku gegaran selama 2 - 3 minit di kawasan berkenaan. Aku ada chat ngan adik aku di Penang dia sahkan memang ada gegaran. Frame pada dinding bergoyang. Then aku check ngan web http://ptwc.weather.gov dan http://www.met.gov.my memang sah berlaku gempa bumi berukuran Magnitude (Skala Richter) 6.5 - 6.7 di Utara Sumatra, Indonesia.

Korang leh tengok map kat bawah nie. Harap-harap takder ancaman tsunami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More