TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Sunday, 4 September 2011

Gambar Noramfaizul Mohd Nor Selamat Disemadikan (Al-Fatihah)


Tadi aku berkesempatan menghadiri majlis pengkembumian Allahyarham  Noramfaizul Mohd. Nor di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia. Alhamdullilah jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor telah selamat disemadikan. Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor merupakan orang taman aku. Rumah Allahyarham tak jauh dari rumah aku. Jadi aku ambil kesempatan nie untuk memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Aku ada snap beberapa keping gambar dan video untuk tatapan korang semua. Nampak wajah Allahyarham macam tidur jer. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan nie. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37 dan 2 orang putera yang comel Mohd Irfan, 8 dan Mohd Naufal 3. Anak Allahyarham memang comel. Korang leh tengok kat bawah nie. Sama-samalah kita berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor. 

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama para syuhada, orang beriman dan beramal soleh pada Allah S.W.T.

Semoga Noramfaizul Mohd. Nor bersemadi dengan aman di sana. 






































Ketam Ketip Kuku Kakinya

Ketam ketip kuku kakinya.

Kawan karib Ketam, Kodok , kata kepada Ketam,”Kenapa kau ketip kuku kaki kau Ketam… kenapa?”

Ketam kata, “Kuketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut.. kakakku kata, kalau kuku kelurut, kita kena ketiplah!”

Kodok kentut kekeliruan.

Kodok kata kekeliruan,”Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip keluar kudis, kenapa?”

Ketam ketawa , Kah..kah..kih..kih..Kuh..kuh..kuh!! Kodok..Kodok ..kenapa kadar ke*****an kau keterlaluan?”

Kodok kata kepada Ketam, “Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?”

Ketam kilas, “Kelakar.”

“Kelakar ke kurang-ajar?” kata Kodok .

Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketuk kepala ketam kuat kadar kilat.”kelekuk !”

kepala Ketam kehancuran kerana Kodok ketuk.

Ketam kata, “Kodok.. Kodok.. kenapa kau ketuk kepalaku? Kan kini kesakitan.”

Kesian kat Ketam. Kerana kurang ajar, kepalanya kena ketuk.

P/S: Dah naik kelu abih lidah aku hahahaha. Korang cuba ler. Kalau leh cuba baca senafas hahahaha. Kalau korang terer cuba kira berapa banyak huruf "K" yang ada kat dalam entry nie???? Hehehehe kira jangan tak kira

Selamat Kembali Ke Sarang HaHaHaHa

Alhamdullilah baru jap tadi aku dan wife selamat kembali ke sarang kami di Seri Kembangan. Perghhhhhh jalan jem giler wehhhhh. 9 jam perjalanan dari Parit Buntar, Perak nak sampai ke Seri Kembangan. Biar betik!!!!

Memang betul wehhhhh aku tak tipu. Memang slow giler perjalanan hari nie. Bayangkan jem dari Taiping sampai ke R&R Sg. Perak. Lepas tu jem balik sebelum nak masuk ke Terowong Menora. Then jem lagi sebelum nak sampai ke Simpang Pulai. Lepas tu jem lagi dari Gopeng sampai ke R&R Tapah. Tak abih jem lagi nie hahahaha kali nie sangkut lak dari Bidor sampai ler kat Sabak Bernam. So korang bayangkan ler berapa banyak jem hahahahaha.

Aku gerak dari Parit Buntar 3.30 petang sampai kat rumah di Seri Kembangan kul 12.30 malam. Letih betul drive hari nie. Kan best kalau ada driver hahahahaha. Itulah realiti balik beraya di kampung halaman. Itu yang feel nyer kan. Baru betul balik beraya sakan hahahaha. 

Kesesakan yang  berlaku nie bukan selalu kan. Lagi pun masing-masing dah nak kembali bekerja Isnin nanti. So kita layan jer lah yer. Best per dapat merasai saat-saat macam nie bukan selalu pun hehehehe. Kalau korang dapat rasai dan jiwai keadaan nie pasti feel ooooo. Itu bermakna korang ada kampung halaman yang jauh nun di sana hahahahaha.

Aku jangkakan Ahad nanti lagi teruk jem. Elok korang standby roti sebab "jem" dah ada hahahaha. Calit makan jer hahahaha. Perasa jem highway hahahaha.

Kalau korang balik esok ke KL samada dari Utara, Selatan atau Pantai Timur Semenanjung Malaysia makesure kenderaan korang tu dalam keadaan yang baik. Pandu cara yang berhemah yer. Ikut dan patuhilah undang-undang jalan raya. 

Kita perlu ingat bukan kita jer nak balik ke rumah di KL. Yang lain pun sama gak macam kita nak sampai cepat kat umah kan. Jadi berhemah ler ngan pemandu yang lain. Tak perlu terburu-buru. Biar lambat asalkan selamat.

Aku ada snap beberapa keping gambar dan video untuk tatapan korang.

Selamat memandu dan berhati-hatilah di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah insan yang tersayang. Selamat bertugas kepada korang semua yang bekerja Isnin nanti. Take care.








Masih ada segelintir pemandu yang bertimbang rasa di atas jalan raya. Ikut suka hati diaorang jer nak memandu kat lane kecemasan. Wahai pemandu terbabit bukan korang jer yang nak cepat sampai yang lain pun nak cepat sampai gak. Tapi berhemah ler sikit ngan pemandu yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More