TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Pancing. Show all posts
Showing posts with label Pancing. Show all posts

Sunday, 11 September 2011

Selamat Kembali Ke Daratan Dari Misi Memburu Kerapu

Alhamdulillah akhir aku selamat kembali ke daratan dengan selamat. Misi Memburu Kerapu Gergasi a.k.a Boron Bermula Lokasi Sekitar Perairan Selat Melaka kali nie boleh dikira sebagai "kumpau" @ gagal. 
 
Keadaan cuaca pada hari terakhir agak merbahaya jadi kami sepakat terpaksa batalkan misi memandangkan bot kami dilanda ribut yang kuat. Kami terpaksa pulang awal pagi sekitar 3.00 am bagi mengelakkan dari terperangkap dalam ribut yang sedang mengganas di lautan.
 
Nanti aku updatekan gambar misi dengan laporan penuh. Nak kena rehat jap sebelum balik ke KL.







Thursday, 8 September 2011

Misi Memburu Kerapu Gergasi a.k.a Boron Bermula Lokasi Sekitar Perairan Selat Melaka

Salam Merdeka Raya semua. Esok aku dan beberapa orang rakan di utara Semenanjung akan terlibat dengan "Misi Memburu Kerapu Gergasi a.k.a Boron" sekitar perairan tengah di Pulau Pinang dan perairan Selat Melaka. 

Semoga misi ini akan mencapai sasaran. Dah lama aku tak mancing kat perairan Selat Melaka. Insyallah jap lagi aku akan bergerak ke negeri kelahiran aku Pulau Pinang. Start esok sampai Ahad aku tak dapat ler nak update kat blog nie. Macam mana nak update dok kat tengah laut line telefon pun takder kat sana.

Alatan Pancing Siap Sedia

Peralatan "perang" untuk berentap sepanjang 3 hari 2 malam telah diaturkan dengan lengkap. Semoga kami semua dapat membawa pulang hasil yang memberansangkan kali nie. Antara sasaran kami dalam misi kali ini adalah spesis Kerapu Gergasi a.k.a Boron, Bantal Emas a.k.a Jenahak, Giant Trevalley, Merah, Tenggiri & Cupak. Korang leh tengok gambar spesis yang disasarkan kat bawah nie.

Kerapu

Giant Trevalley

Jenahak a.k.a Bantal Emas

Ikan Merah

Tenggiri

Cupak

Harap korang doakan keselamatan kami semua dalam misi kali nie. Insyallah sekembalinya aku ke daratan hari Ahad nanti aku update berita misi ini.

Sunday, 31 July 2011

Misi Memburu Patin Sg. Dengkil - GAGAL

Ingat lagi post entry aku Jumaat baru-baru nie....nampaknya misi memburu Patin Sg. Dengkil GAGAL.....keadaan cuaca sebelah petang hingga tengah malam memang elok.....hanya keadaan arus sungai yang deras dan banyak sampah sarap yang "berkeliaran sana sini" sepanjang Sg. Dengkil membuatkan sesi memburu menjadi buntu huhuhuhu......

Akhirnya lewat jam 3 pagi nampak langit menghitam dan angin sejuk datang dengan tiba-tiba......apa lagi kena pack semua "alatan perang" secepat mungkin sebab hujan dah nak turun.....sib baik sempat kemas semua barang-barang sebelum hujan sampai......masuk jer dalam keta terus hujan lebat....apa leh buat takder rezeki untuk penutup sesi memancing bulan nie sebab bulan Ramadan akan tiba tak beberapa jam lagi......so elok ler stop jap bulan puasa nie.....kita repeat balik lepas raya nanti.......semoga ada hasil dari dasar Sg. Dengkil......
 
lokasi tapak camp Abu Sayyaf...


Aku sedang mencuba nasib....



keadaan air sungai yang melimpah ruah...


Friday, 29 July 2011

Misi Memburu Patin Sg. Dengkil

Jap lagi dalam kul 6 ptg aku ngan beberapa orang kawan yang memang kaki pancing tegar ada misi khas memburu Patin Sg. Dengkil. Harap dapat ler merasa penangan sang patin Sg. Dengkil. Dah lama sebenarnya aku tak mancing ikan air tawar nie. Selalu layan mancing ikan laut dalam. 

So hari nie nak cari kelainan sikit aktiviti mancing ikan air tawar. Misi memancing penamat sebelum puasa tahun nie. Mana tahu leh rezeki baiknyer dari perut Sg. Dengkil nie. Leh ler buat lauk untuk bulan puasa hehehehe. Best oooooo kalau masak ikan patin pancing nie lebih-lebih lagi kalau dibuat masak lemak tempoyak pucuk ubi ikan patin perghhhhh meleleh air liur hehehehe.

Harap ada ler rezeki hari nie. Nanti ada hasil aku update dalam blog nie yer khas untuk korang semua. Seperti biasa korang layan jer gambar kat bawah nie hasil yang kawan aku dapat masa mancing kat Sg. Dengkil. Korang layan jer lah yer......


Thursday, 30 June 2011

Jom Ikut Aku Ke Laut

Ke laut....ke laut....ke laut wehhh!!!! meh ler tengok koleksi gambar trip aku pegi memancing ke laut ngan kawan-kawan.....trip nie aku join bulan April baru-baru nie....mancing sekitar perairan Selat Melaka sejauh 30km - 70km dari pantai.......memang dah tak nampak darat dah dikelilingi laut lepas jer......insyallah next trip aku mancing bulan Julai nie ke perairan yang sama......so layan jer gambo kat bawah nie:-

5 ekor ikan kurau dapat waktu malam

 Apa macam beso tak....

Sunday, 26 June 2011

PENN 550SS For Sale

Khas buat kaki pancing semua. Kawan aku ada nak tolak mesin pancing jenama PENN model PEN550SS. Kalau sapa-sapa kat sini yang kaki pancing confirm tau performance mesin pancing nie. Harga yang nak tolak RM400.00 sahaja termasuk kos penghantaran seluruh Malaysia sahaja. Meh tengok gambar kat bawah nie:

Brand: Penn
Model: PENN 550SS
Harga: RM400.00 termasuk penghantaran seluruh Malaysia.





***Leh call saya untuk makluman lanjut. KLIK SINI

Thursday, 12 May 2011

New Spectra Power Pro Braid Fishing Line 300YDS MOSS GREEN

Power Pro Braid Fishing Line Murah Dari Harga Kedai......Meh Ler Jenguk Anglers Tegar hehehehehe



Wednesday, 11 May 2011

ITEM SOLD: Daiwa Seaborg 500FE (Bangla a.k.a Electric Reel)

ITEM SOLD
PRICE: RM1,500.00 NEGO (Including Postage / Termasuk kos penghantaran melalui POSLAJU).
Condition: 2nd hand




Daiwa Dendoh Seaborg 500FE Power Assist Reel, cord & full spool of green 50 lb Spectra (TuffLine)

includes 8 foot 12 volt power cord, better to run off the boat's power than the portable battery, battery packs that operate these reels can be purchased from Daiwa.

More about this beauty:

Interchangeable, compact batteries give it excellent mobility on the boat. Great for casting jigs and large baits or for dropping to depths of over 1,100 feet with 50 lb braid.

Features:

* Programmable jigging function
* 11 ball bearings plus roller bearing
* Compact battery mounts to reel for portability
* Compact Design
* Castable
* Daiwa’s unique Power Lever™ for instant control of winding speed and power
* Digital readout measures line let out and distance retrieved from the bottom
* Programmable Auto Stop™ feature stops winding when lure reaches the surface
* Manual winding option
* Convenient 12 Volts DC operation
* Washable design with sealed electronics
* Power cord included
* 2.9:1 Gear Ratio
* Line Capacity: weight/yds: Mono: 25/240, 30/190: Braid: 50/390, 80/240

CALL: 013-382 3349 (Razman @ Mamu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More