TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Tuesday, 16 August 2011

Contest SEO : Aku Anak Malaysia Merdeka

Banner Contest

Dah lama rasanya aku tak buat contest. So hari nie aku nak buat satu lagi contest khas sempena MERDEKA & HARI MALAYSIA. Semua orang yang ada blog boleh turut serta. Sebenarnya aku nak jadikan contest nie sebagai KEMPEN untuk kita semua menghargai nilai KEMERDEKAAN MALAYSIA walaupun di mana jua kita berada. Yang penting MALAYSIA tetap di hati.
Hadiah-hadiah yang tawarkan adalah:-

Tempat Pertama: 
Wang Tunai RM50.00 + Free 3000 Blogwalking + Bloglist

Tempat Kedua: 
Wang Tunai RM30.00 + Free 3000 Blogwalking + Bloglist

Tempat Ketiga: 
Wang Tunai RM20.00 + Free 3000 Blogwalking +  Bloglist


Saguhati No 4 - 10: 
Free 3000 Blogwalking +  Bloglist

***Hadiah yang ada setakat ini adalah seperti yang dinyatakan di atas. Kalau ada Hadiah tambahan aku akan maklumkan. OK. Itu pun kalau ada sponsor baru aku dapat ler atau ada Hamba Allah yang sudi nak sponsor.

Kaedah Pengadilan:-

Cara pengadilan adalah sangat mudah. Dipenghujung contest nie nanti peserta yang tersenarai TOP 10 di SEARCH ENGINE GOOGLE.COM.MY akan dikira sebagai pemenang. Mudah kan. Setiap peserta layak untuk menang 1 hadiah jer. Bagi ler peluang pada yang lain sama yer. So setiap orang ada peluang untuk menang hadiah. Segala keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tak dilayan cewahhhh. Tak leh blah punya ayat hahahaha.

Macam mana nak join:-

  1. Penyertaan terbuka kepada semua blogger yang mempunyai blog berbahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia. 
  2. Penyertaan dibuka hanya untuk mereka rakyat Malaysia sahaja.
  3. Wajib ada akaun bank di Malaysia.
  4. Buat satu entry bertajuk: AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA 
  5. Korang wajib letak banner contest kat atas tu dan link terus ke entry ini.
  6. Korang rekemen ler entry korang nie kat 5 orang rakan blog dalam list korang tu yer dan pastikan mereka tahu. Takder paksaan untuk diaorang nak follow ke tak contest nie. 
  7. Bagi yang dah join, korang wajib tinggalkan link URL entry korang di ruangan komen di bawah nie ye.
  8. Tarikh Contest: 16 Ogos - 16 September 2011 (Jumaat) Jam 23:59PM 
  9. Penilaian pemenang contest akan dibuat pada 17 September 2011 sekitar jam 12.00 am - 01:00 am.
  10. Keputusan senarai pemenang akan diumum selepas 3 hari tamat contest.
  11. Pengajur berhak untuk ubah atau pinda mana-mana fasa contest pada bila-bila masa tanpa memaklumkan pada peserta.

Maklumat Tambahan:-

Sila tinggalkan maklumat berikut di ruangan komen dibawah ini:
Nama:
URL Entri:
Blog PR:

Tip Untuk Menang:-
  • Korang buat ler entry yang menarik, tertarik, terboommm dan sebagainya.
  • Korang guna ler bahasa yang mencerminkan AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. Tak payah ler nak buat basa yang pening orang nak paham hahahaha.
  • Memandangkan Search Engine Google nie suka entry yang panjang berjela so korang pandai-pandai ler buat ayat yer. Lagi panjang lagi bagus. Gunakan kreativiti korang untuk pastikan korang ada dalam senarai TOP 10 yer.
  • Korang digalakkan untuk perbanyakkan keyword AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA di dalam entry korang yer. Lagi banyak keyword tu lagi mudah nak duduk dalam TOP 10 Search Engine Google.
  • Lagi satu aku nak pesan makin banyak korang maklumkan pada kawan-kawan lain dan lagi banyak kawan-kawan korang datang ke entry korang tu lagi mudah Search Engine Google nak indexkan blog korang dalam page pertama.
Senarai peserta:- 
  1. http://josrevalution.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  2. http://kizmyself.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  3. http://seindahorkedmohsin.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia.html
  4. http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  5. http://azrijohan.blogspot.com/2011/08/bangga-aku-anak-malaysia-merdeka.html
  6. http://nurulshiraz.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  7. http://pandadinda.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  8. http://yangbaik.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  9. http://malaysiascore.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  10. http://ipai-ans.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  11. http://noraqilahjohari.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  12. http://www.trioseposen.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html http://www.linazlina.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html 
  13. http://imbobome.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html http://www.trioseposen.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  14. http://suterakasihyann.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html 
  15. http://platunkhaz.blogspot.com/2011/08/plan-no-518-aku-anak-malaysia-merdeka.html
  16. http://umikasum.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  17. http://elihjapahar.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  18. http://ridzwanzones.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  19. http://zulfattah.blogspot.com/2011/08/contest-seo-aku-anak-malaysia-merdeka.html
  20. http://gula-gulapelangi.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  21. http://awesomeraa.blogspot.com/2011/08/contest-seo-aku-anak-malaysia-merdeka.html
  22. http://kasutselipar.blogspot.com/2011/08/contest-seo-aku-anak-malaysia-merdeka.html
  23. http://skytechxtreme.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  24. http://cmratu.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka-contest-seo.html
  25. http://blog10minit.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  26. http://aj-xplored.blogspot.com/2011/08/seo-kontes-aku-anak-malaysia-merdeka.html
  27. http://bulanjatuhkeriba.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  28. http://anakdunia.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka/
  29. http://pinkcolour82.blogspot.com/2011/08/contest-seo-aku-anak-malaysia-merdeka.html
  30. http://hafizan-malik.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  31. http://bizkowtlermaow.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  32. http://akunaziem.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  33. http://belog.syazwansarawak.com/aku-anak-malaysia-merdeka/
  34. http://ainayazidstory.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  35. http://shahurl.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html (KIV)
  36. http://aslannosf.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka-one-step.html
  37. http://5225civic.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  38. http://cari-nur.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  39. http://www.akmalhilmi.com/aku-anak-malaysia-medeka/
  40. http://aslannosf.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka-one-step_7885.html
  41. http://storyoffahmi.blogspot.com/2011/09/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  42. http://ladymariah.wordpress.com/2011/09/02/aku-anak-malaysia-merdeka/
  43. http://www.makbed.com/2011/09/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  44. http://wwwzuemygen91.blogspot.com/2011/09/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  45. http://www.forblogger.net/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  46. http://www.illustrasiaku.com/aku-anak-malaysia-merdeka-2/
  47. http://denaihati.com/aku-anak-malaysia-merdeka
  48. http://syaisya.com/2011/09/aku-anak-malaysia-merdeka-2.html
  49. http://pimpintangan.blogspot.com/2011/09/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  50. http://www.mejuez.com/2011/09/aku-anak-malaysia-merdeka.html

Insentif Wang Tunai Untuk Traffic Ke Dezaman Cottage - RM0.02 Setiap Visitor


Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. Aku terfikir untuk sama-sama berkongsi ngan korang semua 1 insentif bersama. Idea nie aku dapat melalui Denaihati. Di mana kalau korang boleh bawa traffic ke blog nie aku bersedia untuk bayar insentif berbentuk WANG TUNAI terus ke akaun bank korang. Insentif nie hanya tertakluk kepada 50 BLOG yang berjaya kekalkan ranking TOP 50 REFERRING SITES yang dihasilkan oleh GOOGLE ANALYTICS. 

SYARAT PENYERTAAN MUDAH JER
  1. Yang pasti korang kena ada blog atau website sendiri.
  2. Korang boleh LIKE FANPAGE FACEBOOK & JADI FOLLOWERS blog Dezaman Cottage.Yang nie takder paksaan untuk korang.
  3. Korang dibenarkan untuk letak BANNER LOGO DEZAMAN COTTAGE pada blog korang. Kalau korang nak buat entry post pasal Dezaman Cottage pun boleh takder hal. Kalau nak letak banner logo Dezaman Cottage dalam setiap entry post korang pun takder masalah amat dialu-alukan. 
  4. Kalau korang nak bikin banner sendiri yang lebih attractive dan lebih menarik pun boleh takder masalah. Leh ikut kreativiti korang semua. Tapi jangan ler sampai banner tu nampak unsur yang tak elok dah ler yer.
  5. Korang kena cari jalan untuk make sure korang leh generate traffic masuk ke blog Dezaman Cottage. Korang leh guna daya kreativiti korang. 
  6. Kalau nak guna logo Dezaman Cottage korang leh amik HTML Code kat Banner Dezaman Cottage di sebelah kanan.
  7. Penyertaan hanya tertakluk kepada pemilik blog di Malaysia sahaja.
  8. Semua blog layak menyertai program nie tanpa mengira PAGERANK.
  9. Aku sebagai penganjur berhak untuk mengubah mana-mana syarat sekiranya perlu tanpa memaklumkan pada korang semua.
  10. Sebarang keputusan adalah muktamad segala surat menyurat atau complaint tak akan dilayan.
  11. Bagi yang dah join sila tinggalkan URL blog kat ruangan komen.
  12. Hanya yang tinggalkan URL blog kat ruangan komen saja layak menyertai program nie yer.
PENENTUAN 50 BLOG TOP REFERRING SITES
  1. Di sini aku akan minta Admin Dezaman Cottage untuk menentukan 50 BLOG yang berjaya kekalkan ranking dalam TOP 50 REFERRING SITES melalui GOOGLE ANALYTICS sahaja akan dipilih sebagai penerima Insentif Wang Tunai.
  2. Penggunaan sebarang software untuk tarik traffic atau dengan cara penipuan akan dibatalkan dari list Top Referring Sites.
PEMBERIAN INSENTIF WANG TUNAI
  1. Insentif Wang Tunai akan dibayar pada akhir program iaitu Seminggu Selepas Tarikh Tamat Program.
  2. Tempoh program Insentif Wang Tunai sah dari 11 July 2011 hingga 31 SEPTEMBER 2011 sahaja. 
  3. Admin Dezaman Cottage boleh lanjutkan tempoh program sekiranya perlu.
  4. Wang Tunai akan dimasukkan dalam akaun korang secara ONLINE. Maybank atau CIMB adalah menjadi pilih utama untuk proses transaksi. Kalau akaun lain transaksi akan dibuat melalui Interbank dan caj transaksi akan dipotong dari Intensif Wang Tunai.
  5. Setiap 1 UNIT TRAFFIC yang berjaya dibawa masuk ke Dezaman Cottage akan dibayar RM0.02.
PENGIRAAN INSENTIF WANG TUNAI
  1. Andaikan blog http://sukahatibapakakulaweh.blogspot.com sebagai contoh, memperolehi traffic sebanyak 4,000 sepanjang program. So korang akan dibayar RM0.02 x 4,000 = RM80.00.
  2. Andainya lagi banyak traffic korang berjaya bawa masuk ke blog Dezaman Cottage maka lagi tinggi ler insentif yang korang akan dapat. Kalau 10,000 traffic dah dapat RM400.00.
  3. So mudahkan cara nie. Sambil berblogging leh buat duit.
  4. Pembayaran akan dibuat apabila melebihi RM5.00.
  5. Sekiranya bawah RM5.00 korang masih lagi boleh menerima bayaran tersebut dengan syarat transaksi adalah melalui Maybank atau CIMB sahaja. Bayaran akan dibuat selepas selesai program.
Senarai Peserta Setakat Hari Ini:
  1. http://harfiz-bizstudent.blogspot.com/ 
  2. nabilahusna-nh.blogspot.com/2011/08/eeeeee-daganggggg-betol-la-hari-nie.html 
  3. http://borak-qs.blogspot.com 
  4. http://www.shaharil.com 
  5. top5anything.blogspot.com
  6. http://workaholic46.blogspot.com/2011/08/traffic-ke-blog-dezaman-cottage.html
  7. http://headlines.izzudin.com/
  8. http://budakmalassikatrambut.blogspot.com/
  9. http://syaisya.com 
  10. http://terhangitdariladang.blogspot.com/

Lokasi Bazar Ramadhan Sekitar Di Kuala Lumpur 2011 / 1432H

Gambar Ehsan http://makan2jalan2.blogspot.com

Tadi aku baru dapat email dari kawan aku. Dia ada emailkan senarai Lokasi Bazar Ramadhan Sekitar Di Kuala Lumpur. Agak menarik untuk aku kongsi ngan korang semua. Mana tahu korang nak ke sana ker nanti.

Jadi korang yang bekerja kat area KL tu leh ler singgah ke Bazar Ramadhan nie. Tapi ngat jangan boros sangat dah ler yer. Nafsu tu kena control sikit hehehehe. Makan dan minum ikut keperluan jangan ikut nafsu. Kalau ikut nafsu nanti jadi lesu. Tarawih pun leh miss ooooo. Naya jer.

Lokasi Bazar Ramadhan yang aku paling suka pegi adalah kat Kampung Baru. Memang macam-macam juadah berbuka puasa ada kat sana. Rambang mata oooooo. Kuih yang pelik-pelik confirm ada kat sana. Kalau korang tak caya leh CUBA TRY TEST. Oklah selamat berbazar Ramadhan semua.

LOKASI BAZAR RAMADHAN DI KUALA LUMPUR 2011

BANDAR TUN RAZAK

  • Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan 
  • Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
  • Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sg Besi
  • Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
  • Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
  • Taman Len Sen
  • Jalan Benteng (Sebelah Restoran Burger King & Bangunan Hong Kong & Shanghai Bank)
  • Parking Bersebelahan LRT Cheras
  • Jalan Budiman 25, Taman Mulia
  • Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
  • Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
  • Dataran Padang Permainan Bandar Tun Razak
BUKIT BINTANG
  • Siarkaki Leboh Pudu 
  • Jalan Masjid India
  • Jln Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
  • Lorong Berangan
  • Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
  • No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman -Kawasan tempat letak kereta persendirian
  • Jalan Haji Taib
  • Siar Kaki Persimpangan Jln Chow Kit Hingga Ke Supermarket Bintang (Jln Hj Taib/ Tuanku Abdul Rahman- Chow Kit)
BATU
  • Tapak Parking Pasar Selayang 
  • Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching 
  • Sentul Pasar 
  • Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh  
  • PPR Batu Muda  
  • Taman Wilayah Selayang Fasa 3  
  • Kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks, kawasan lapang di tepi Kompleks dan didalam Kompleks, Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh  
  • Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara
CHERAS
  • Taman Segar 
  • Jln Susur Off Jln Pasar/Pudu
KEPONG
  • Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong
SEPUTEH
  • Di antara Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah 
  • Kiri dan Kanan Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling  
  • Jalan 3/109c off Jalan Klang Lama
LEMBAH PANTAI
  • Jalan Sri Jati 3 
  • Sebelah Pure Life off Jalan Puchong  
  • Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam  
  • Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat
SEGAMBUT
  • Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati) 
  • Jln Cochrane
TITIWANGSA
  • Pasar Datuk Keramat 
  • Jln Hj Hussein, Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit) 
  • Persimpangan Jln Tar/ Jln Raja Alang  
  • Siarkaki Sepanjang Jln Tar Hingga Ke Persimpangan Masuk Ke Jln Raja Alang
SETIAWANGSA
  • Jalan Rejang 11, Setapak Jaya 
  • Jalan Wangsa Melawati 3 
  • Jalan Wangsa Delima
  • Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6 
  • Di kawasan tanah kosong di hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kg Semarak off Jalan Semarak
WANGSA MAJU
  • Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota 
  • Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak  
  • Jalan Langkawi, Teratai Mewah  
  • Kaki lima Plaza Idaman  
  • Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju  
  • Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju  
  • Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman  
  • Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang  
  • Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman  
  • Tapak Pasar Malam Taman Melati

Ben Ashaari Sungguh Aku Tak Sangka????

Hehehehe nak tergelak sampai terguling pun ada hahahaha. Aku memang kerap visit blog bro BEN ASHAARI. Sapa tak kenal blog bro Ben. Satu Malaya kenal. Kalau sehari aku tak visit memang tak sah. Dari dia gak ler aku belajar teknik nak berblogging secara tak langsung. Aku memang respek ngan dia dalam dunia blog nie. Bukan mudah nak sampai ke tahap yang dicapai.
 
Sebelum nie pun aku pernah jumpa secara tak sengaja di Carrefour Alamanda Putrajaya. Dari situ aku terus kenal ngan dia sebagai rakan blogger. Korang leh baca kat sini kisah aku jumpa ngan bro Ben Terserempak Ngan Otai Blog - Ben Ashaari.

So tadi saja jer ler aku nak cari tips dari blog BEN ASHAARI. Aku guna cik google nak search keyword yang ada ngan tips di blog tu. Aku mulakan dengan taip BEN ASHAARI then aku stop jap aku nampak benda nie hehehehehe.
Yang aku tak tahan tu ada gak keyword yang dah diindexkan seperti kat bawah nie hahahaha.
Sapa ler gamaknyer yang search BEN ASHAARI TUHAN TRAFIK hahahahaha. Lawak seh!!!! Macam-macam gaya orang search dalam dunia nie ek. Pelik tapi benar. Tak mustahil in future kalau korang pun femes ames macam bro Ben nie confirm akan ada keyword menarik yang leh buat korang gelak sambil guling-guling hahahaha.
BEN!!!!!! Hang mai tengok sat hehehehehe dasyat sungguh nooooo penangan BEN ASHAARI. Superb!!!!!

Tips: Jom Belajar Tentang SEO - Search Engine Optimization

Hari nie dalam ruangan TIPS BLOGGER aku nak share ngan korang semua teknik SEO yang aku pinjamkan dari blog 2Dayblogger.com. Aku suka ngan teknik yang disampaikan oleh blogger berkenaan pasal SEO. Memandangkan aku sendiri pun menggunakan kaedah SEO untuk generate traffic ke blog Dezaman Cottage.

Apa yang bagus aku tengok kaedah SEO nie kalau kena gaya korang akan dapat organik visitor yang datang dari Search Engine. Tambah lak entry korang ada pada page no 1 atau 2. Perghhhhh bayangkan kalau kena keyword yang tengah hot pada waktu tu.


Aku penah alami beberapa kali tsunami dari SEO nie. Dapat traffic mencanak dekat 500UV dalam sehari. Salah satu entry aku adalah

Izreen Azminda (Cikgu Zakiah - Juvana) : Bila Tudung Dah Terbuka???? & KFC Perasa Tapak Kasut??? Penah Rasa Ke....

Masa tu isu tengah panas tak sangka lak leh dapat organik visitor yang banyak dalam masa 2 3 hari. So aku nak kongsi ngan korang semua teknik yang aku penah gunakan dan hampir sama dengan apa yang disampaikan oleh blogger 2Dayblogger.com. Diharapkan korang akan manfaatkan tekni nie yer. Selamat Cuba Try Test

Hai semua..selamat singgah ke blog 2Dayblogger.com.Untuk kali ini saya ingin kongsikan mengenai SEO.Apa itu SEO??Dan apa kelebihan SEO??Semuanya akan terjawab dalam entri kali ini.

Search Engine Optimization atau nama glamournya adalah SEO.SEO adalah aspek penting bagi sesebuah blog.Bagi mereka yang pandai bermain dengan SEO,tidak mustahil blognya akan menerima UV yang banyak setiap hari.SEO ini memainkan peranan penting bagi mengoptimasikan blog di search engine.


Di search engine,terdapat berjuta-juta @ ratusan juta blog diluar sana.Jadi untuk disenaraikan di halaman pertama di search engine bukanlah mudah.Oleh itu korang perlu memastikan blog korang mempunyai sekurang-kurangnya satu keyword untuk di gunakan dalam teknik SEO ini.

Kita ambil contoh blog ini.Blog saya ini mempunyai sekurang-kurangnya 2 keyword yang penting untuk bermain dengan SEO antaranya adalah “Contoh Resume” dan “Meningkatkan Trafik Blog”.Oleh sebab itu,bagi memastikan blog saya berada di halaman pertama search engine,saya banyak menulis mengenai dua keyword ini terutamanya mengenai meningkatkan trafik blog.Selain itu saya juga menggunakan plugin khas untuk melihat perkembangan keyword-keyword yang telah tersenarai di Search Engine.Itulah kelebihan menggunakan domain & hosting sendiri..hehe.

Baiklah,sekarang apa yang perlu korang buat untuk bermain dengan SEO ini??

1)Cari 1 atau 2 Keyword yang penting untuk blog anda

Ini adalah penting bagi mengetahui what is your blog is about.Walaupun korang menulis blog mengenai diri korang sendiri,cuba korang cari 1 keyword yang menarik untuk blog anda itu.Contohnya……….(susah jgk nak cari 1 keyword untuk blog personal ini..hehe).Contohnya korang minat ambil gambar so korang pilih keyword,”cara mengambil gambar”.

2)Banyakkan menulis keyword berkenaan di entry


Setelah korang memilih 1 keyword untuk blog anda,mula tulis mengenai keyword anda itu.Entry untuk SEO yang bagus adalah entry yang banyak bercerita atau yang berkaitan dengan keyword anda itu.Lagi banyak keyword yang sama berulang di entry anda,lagi mudah Search Engine nak ping blog anda di index mereka.

3)Entri Yang Asli


Oh saya hampir terlupa,SE(Search Engine) tidak suka benda yang duplicate.Jika korang ingin berkongsi benda yang sama dengan entry orang lain,pastikan korang menulis dengan cara yang tersendiri.Jangan copy n paste terus.Itu blog sampah namanya..hehe.Itu orang cakaplah,bukan saya.=p

Okeylah rasanya setakat itu sahaja entri mengenai SEO ini.Insya-Allah,nanti saya kongsikan lagi mengenai SEO ini.Teruskan berkunjung ke 2Dayblogger.Com

Nabil Raja Lawak Dan Nazirah Ayub Bakal Bernikah September Ini - Tahniah

Tadi aku baca kat blog BeautifulNara pasal Nabil Raja Lawak nak tamatkan zaman bujang September nie. Alhamdullilah. Elok ler kawin cepat-cepat. Bakal wife dia pun cun maklumlah bekas pramugari Air Asia

6 tahun rupernye dia dah kenal ngan bakal isteri dia nie. Erk!!!! 6 tahun. Biar betik. Sebelum nie ngan Irma????? Erk!!! Ada question mark kat situ. Takperlah itu hal peribadi dia. Dia pun dah nak kawin memang elok sangat dah tu Nabil!!!.

Semoga menjadi seorang suami yang beriman dan beramal soleh pada Allah. Tahniah Nabil dan Nazirah Ayub.

Petikan dari blog Abg Nara:-

Kata orang kalau dah sampai serunya, pasti akan berkahwin jugak. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Nabil Raja Lawak (28 tahun) yang akan melangsungkan perkahwinannya dengan Nazirah Ayub (23 tahun). Bakal isteri Nabil adalah seorang bekas pramugari Air Asia. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan.
nabil raja lawak nazirah ayub
Nabil dan Nazirah sudah berkenalan selama 6 tahun. Dan Nabil mahu segera bergelar suami kerana takut pisang berbuah dua kali:-
"Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan. Saya mengenai Zira sudah enam tahun, dia rapat dengan adik ipar saya. Tapi kami hanya kenal saja, tak rapat dan bercakap jauh sekali. Bagaimanapun, hubungan kami menjadi semakin akrab sejak awal tahun ini. Saya melihat kelebihan pada Zira yang tidak ditemui pada gadis lain. Saya suka sikapnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan ikhlas. Keistimewaan Zira itulah membuatkan hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri."
Tahniah kepada Nabil atas berita gembira ini. Semoga dengan pernikahan ini, rezeki Nabil akan bertambah-tambah. Jangan lupa jemput Abang Nara ye.

Jakim Sahkan Mentega 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' Tak Halal

Sebelum nie isu Butter Golden Churn Tak Halal Ada DNA Babi aku penah highlightkan dulu. Sebenarnya aku pun pelik gak naper JAKIM boleh cakap Butter nie halal takder masalah. Sedangkan Jabatan Agama Islam Sarawak & Johor pulak cakap tak halal memandangkan sumber yang diperolehi adalah sama. Confirm supplier dan agen akan amik dari kilang yang sama yer tak???

Akhirnya JAKIM dah buat keputusan. Alhamdulillah semuanya dah selesai bila JAKIM pun buat ketetapan yang sama dengan Jabatan Agama Islan Negeri-negeri lain.

Akhirnya dah terungkai masalah nie. Semoga umat Islam tak gunakan Butter nie yer. Kepada semua pengusaha Kek Lapis Sarawak kena amik perhatian. JAKIM dah keluarkan statement so harap korang semua tak gunakan butter nie yer.



Gambar Ehsan Azlan Zamhari

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.


Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.


Othman berkata perkara itu juga dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.


Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama

SUMBER: MYMETRO

Pak Guard & Pengurusan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Tak Mesra Alam

Salam Ramadhan semua. Sory ler kalau akan ada pembaca kat blog nie akan terasa dengan penulisan aku nie. Aku betul-betul kecewa yang teramat sangat dengan pihak security dan pengurusan KUIS yang buat undang-undang amat tak bertimbang rasa dan tak kena tempat terutama pada waris pelajar. MACAM HARAM!!!! aku ulang sekali lagi MACAM HARAM!!!!

Macam mana aku tak marah teramat sangat. Korang bayangkan lepas berbuka puasa & solat Magrib semalam aku terus gerak balik ke KL. Aku singgah ke Muar jap makan kat situ sebab perut dah lapar. Aku nie jenis tak makan banyak kalau lepas berbuka puasa. Makan ala kadar jer. Selalunya lepas solat tarawih baru aku makan. 

Dah selesai makan kat Muar terus ke Melaka hantar adik aku (Kimi) kat umah sewa dia. Esok ada kelas maklumlah student. Dia belajar kat UTEM. Then dari Melaka aku terus ke Bukit Mahkota hantar adik ipar aku lak kat KUIS. Kat sini lah bermulanya episode aku nak mengamuk ala-ala Hang Jebat moden.

Korang bayangkan dah ler aku letih drive dari Johor sampai kat pintu gate KUIS. "Maaf cik saya tak benarkan masuk sebab lebih dari kul 11.00 malam". Erk???? Biar betik. Ikut pakcik guard tu dia cakap pelajar perempuan balik lewat dari kul 11.00 malam tak dibenarkan masuk.

Apa ke lancau macam tu!!!! Wehhhh aku nie nak hantar adik aku masuk dalam hostel. Wife aku pun ada. Aku & wife adalah waris pada adik aku nie. Apa kejadah tak leh masuk. Mula ler aku nak tinggikan suara. Lepas tu ada ler beberapa buah kete sampai. Tu pun sama gak tak leh masuk. Wak lu!!!! Rata-rata yang datang  nie adalah waris nak hantar anak-anak atau adik diaorang masuk ke hostel.

Takkan tak leh nak timbang rasa lak. Nie kan bulan puasa dah tentu ada anak-anak amik kesempatan untuk balik jap ke kampung berbuka puasa ngan family. Takkan itu pun tak leh nak timbang rasa. BANGANG!!!! Aku ulang sekali lagi BANGANG!!! 

Aku dah explain ngan pak guard tu yang aku nie dari Johor gerak pun lepas solat Magrib. Takkan dalam masa sejam dua dah nak sampai. Giler ke apa!!!! Kalau cara macam nie ler punya gaya, patut ler banyak kes kemalangan jalan raya berlaku sebab nak kejar masa confirm bawa kete macam orang giler. Nie semua boleh berlaku atas ketidakprihatinan pihak yang BANGANG!!!! Aku ulang sekali lagi BANGANG!!! Nyawa lebih penting ke atau nak sampai awal atas sebab nak ikut peraturan punya hal. Aku ngan wife esok paginyer dah tentu keje. Sapa nak hantar lak dah ke KUIS esoknyer.

Lepas tu adik ipar aku kena panggil ngan pakcik ngan makcik guard tu. Apa diaorang bincang pun aku tak tahu. Yang pasti kena sound le kot ngan makcik guard tu. Lepas tu adik ipar aku tunjukkan surat saman. Lagi le aku hangin bila tengok diaorang kuarkan surat saman lak. Erk!!!!!! Memang macam lahanat!!!! Tak pasal-pasal dapat surat saman. Dalam surat saman tu adik aku kena jumpa ngan Ustaz Imran untuk explain ler pulak. Naper???? Apa aku nyer explanation  tak cukup kuat dah ke pada mata pihak security. Naper waris punya explanation dah tak leh pakai ke. Korang leh tengok kat bawah nie.

Walaupun surat saman nie berbentuk amaran bagi aku tak relevan sebab aku dan wife adalah waris yang ada pada waktu tu dah terangkan tapi tak leh nak terima gak alasan. Apa kejadah macam nie punya undang-undang. KUIS ngan aku suka-suka hati nenek tiri sebelah nenek pak guard tu ke nak hantar lewat. Kemon ler tolong consider. 

Lain ler kalau adik ipar aku nie keluar ngan kawan-kawan berfoya-foya kat luar then balik lewat. Yang itu aku tak salahkan pihak KUIS untuk amik tindakan tataterbit memang sah saja-saja nak langgar peraturan kolej. Sekiranya kes macam yang itu berlaku pada adik aku then pihak KUIS call aku, jangan risau aku sendiri akan suruh diaorang amik tindakan tataterbit. Takder hal. No big deal.

Dalam kes aku nie tak leh ke pihak KUIS nie prihatin dan bertimbang rasa sikit ada toleransi antara waris pelajar dan kolej???? Tak leh ke macam tu. Atau dalam Islam dah takder nilai timbang rasa lagi. KUIS nie Kolej Universiti Islam bukan calang-calang universiti bawa imej Islam yang dah tentu ada nilai-nilai toleransi, prihatin & bertimbangrasa. Kalau macam nie punya ketidakprihatinan yang ditunjukkan baik jangan pakai nama Kolej Universiti Islam lagi baik pakai nama Kolej Universiti Penjara Bangi.

Sekarang nie aku nak tengok apa tindakan yang akan diambil oleh Ustaz Imran. Harap pihak KUIS boleh bertimbang rasa lepas nie. Sebagai tanda protes aku akan siarkan semua gambar yang aku amik masa accident nie berlaku untuk tatapan korang semua. Aku akan forwardkan juga isu nie pada pihak Reaktor KUIS supaya jangan buat tindakan BANGANG pada waris pelajar. Cuba ler prihatin pada waris pelajar. Korang layan jer gambar kat bawah nie.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More