TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Wednesday, 21 September 2011

Apa Kata Ustaz Azhar Idrus Pasal Isu Hantu Bonceng


Aku setuju dengan pandangan Ustaz Azhar Idrus pasal isu Hantu Bonceng nie. Boleh jatuh HARAM apabila berlaku FITNAH AGAMA walaupun kita takder niat nak mempersendakan agama. 

Seharusnya penulis skrip, pengarah, penerbit dan pegawai yang dipertanggungjawab untuk meluluskan filem nie perlu rujuk dengan pihak Pejabat Agama atau  Jabatan Kuasa Fatwa sekiranya ada kemusykilan.

Sekarang nie nasi dah jadi bubur lambuk. Harap lepas nie jangan ada lagi nasi yang jadi bubur lambuk pada masa akan datang.


Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini. 
"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan. 
Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidakberniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!." 
Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi niat untuk mempersenda. 
Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam. 
"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam. 
"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus. 

Isu Hantu Bonceng: Lembaga Penapisan Filem Anggap Tiada Unsur Penghinaan Terhadap Agama

Aku tak tahu ler nak cakap macam mana ngan Lembaga Penapisan Filem nie. Biar betik bila diaorang cakap takder unsur penghinaan terhadap agama. Baik korang tengok betul sekali lagi citer "Hantu Bonceng".

Jangan dibuat main-main dengan isu Syahadah nie silap-silap leh gugur status Islam. Korang dalam LPF nie sanggup ke nak terima akibat pasal benda nie di akhirat kelak.

Pelik seh!!!! Korang baca ler laporan akhbar pasal nie. Hangin seh!!!! Elok LPF nie kaji semula citer "Hantu Bonceng" supaya isu nie tak merosakkan akidah umat Islam di Malaysia.
Lembaga Penapisan Filem tiada masalah untuk meneliti semula filem "Hantu Bonceng" yang didakwa oleh Dewan Pemuda PAS mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam dalam satu babak filem itu. 
Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama. 
Beliau berkata, pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" .
 
"Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh.
"Sebaliknya ketika Zizan menyebut Syahadah beliau terhenti seketika sebelum menyebut perkataan syaitan selepas itu," katanya kepada Bernama.
 
Harakahdaily pada Selasa melaporkan, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menggesa filem Hantu Bonceng yang sedang ditayangkan di pawagam dihentikan segera kerana mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah.
Nasrudin mendakwa, babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan".
  
Bagaimanapun, Raja Azhar tidak menolak kemungkinan filem yang ditonton oleh pihaknya mungkin berbeza sedikit daripada apa yang kini ditayangkan di pawagam.
"Justeru kita akan meneliti sekali lagi babak yang dimaksudkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS itu," katanya.
Filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal, Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan.

Cuba Tengok Betul-Betul....Apa Yang Korang Nampak....Seram Seh!!!!


Cuba lihat betul-betul, sekali imbas, 2 kali imbas, 3 kali imbas, apa yang korang nampak. Nampak macam takder apa-apa kan. Mana boleh takder apa-apa. Apa yang korang nampak? Kayu biasa jer kan. Korang pasti!!!!

TENGOK BETOL BETOL....

V
V
V
V
V
V
V
V
V

FOKUSSS....

V
V
V
V
V
V
V
V
V

DAH HAMPIR

V
V
V
V
V
V
V
V
V

MAKIN DEKAT...MAKIN SASPEN....

V
V
V
V
V
V
V
V
V

APE KE BENDA NIH?

V
V
V
V
V
V
V
V
V

DEKAT LAGI!

V
V
V
V
V
V
V
V
V

LAGIIIIIII.......

V
V
V
V
V
V
V
V
V

ALAMAK TAKOT NYE

V
V
V
V
V
V
V
V
V

OOO SESUMPAH RUPANYE

HEHEHEHEHEHE

Mamat (Sepah) Mengaku Salah 'Dedah' Rambut Fida

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI


Mamat dan Fida kini sedang hangat bercinta.

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat telah melakukan kesilapan apabila secara tidak sengaja memuat naik gambar kekasihnya, pelakon Fida Ibrahim yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya.

Mamat berkata, dia kesal dengan kesilapannya itu kerana perbuatan tersebut telah menyebabkan nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak tercalar.

"Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Mamat diminta mengulas mengenai penyebaran gambar kekasih tanpa tudung sebaliknya tetapi menampakkan sebahagian rambutnya dengan memakai topi di laman-laman blog hiburan tempatan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kejadian itu, Mamat berkata gambar tersebut diambil ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida dan beberapa rakan lain.

Gambar Fida menampakkan sebahagian rambutnya yang tersebar luas di laman-laman blog hiburan di Internet.

Menurutnya, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu.
"Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata.

"Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya," jelasnya.

Rasa bersalah mengenai kejadian tersebut, Mamat berkata dia berharap masyarakat tidak membuat tohmahan buruk kepada Fida kerana gadis itu tidak bersalah dalam hal tersebut.

"Saya sangat berharap perkara ini tidak melarat kerana takut orang akan mengatakan saya telah mengubah Fida melakukan perkara tidak baik sejak berkawan dengan saya.

Ditanya adakah dia ada berbincang dengan Fida mengenai perkara berkenaan, Mamat memberitahu Fida tidak mengetahui dia memuat naik gambar tersebut.
"Sebab itu saya kata Fida tidak bersalah dalam hal ini kerana semasa anda menemu bual saya ini, dia sendiri masih tidak mengetahui mengenai apa yang sedang terjadi. Saya belum bercakap dengannya tentang hal itu," katanya.

SUMBER: mStar

Segmen Kongsi Blog: Sweet Manis Craft

Hari nie dalam SEGMEN KONGSI BLOG aku nak promote blog SWEET m@nis cr@ft untuk korang semua. Aku dapat info blog nie masa tengah layan Wanita Hari Ini (WHI) jap tadi. Nampak menarik produk yang dihasilkan oleh tuan punya blog. Jadi aku nak tolong promote.


Blog nie memang la amat sesuai untuk cik adik manis ngan cik puan yang nak sukakan produk berbentuk kreativiti yang comel-comel. Cik abang pun leh gak terjah blog nie mana tahu nak bagi hadiah kat awek ke wife tercinta ke sedara mara ke atau sesiapa saja lah. 




Air Asia FREE SEATS 2011!!!! Jom Serbu Tiket FREE Weh


Jap tadi aku saja jer nak check ticket flight Air Asia ke Bandung, Indonesia. Ngat nak gie makan angin ngan wife ke sana. Sekali ada ada promosi FREE SEATS tu wehhhhh!!!! Lokasi luar Malaysia ler. Tarikh travel lak tak kena ngan plan aku. Kalau korang nak travel luar negara leh ler cuba try test tengok.

Tarikh booking dari 21 September - 25 September 2011 sahaja. Tarikh travel pula dari 3 May 2012 - 27 October 2012. ULANG SEKALI LAGI TRAVELING DATE 2012 yer. Jangan salah tahun lak yer. Hehehehehe. 

Untuk makluman lanjut korang tengok ler kat laman web Air Asia yer.

Selamat mengembara.

Wordless Wednesday ##7 : Kalau Berani Makan Ler!!!

Live Streaming Video Football : Leeds United vs Manchester United Carling Cup 2011




Lineup Projection Diagram:


Match date:
Tuesday, September 20, 2011

Time:
19:45 BST local time, 02:45 (GMT +8)

Venue:
Elland Road, Leeds

Prediction:
Manchester United (3) - Leeds United (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More