TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Friday, 19 August 2011

Penjelasan JAIS Isu Gereja DUMC???

Tadi aku dapat email dari member pasal penjelasan JAIS berkenaan isu Gereja DUMC. Then aku nampak pada bloglist aku nie bro Ben Ashaari pun dah buka entry pasal maklumat yang dia perolehi. Maybe maklumat berbentuk email dalam file pdf yang aku dapat nie sama seperti mana korang semua kot. 
Maybe ada dikalangan korang dapat gak email nie. Rasanyer ler???? Sebelum nie aku ada buka entry pasal Berita Terkini: Video Eksklusif Bukti JAIS Serbu DUMC. Dalam tu ada video pasal isu nie.

Berkenaan sumber email nie aku tak boleh nak sahkan kesahihan hal nie pada korang semua. Korang layan jer lah yer. File pdf boleh didownload di SINI

PENJELASAN MENGENAI OPERASI PEMERIKSAAN ORANG ISLAM DI GEREJA DUMC

 
PENDAHALUAN

Kisah ini adalah penjelasan lengkap mengenai operasi pemeriksaan 12 orang Islam di gereja yang dijalankan pada 2 Ogos 2011 beralamat di Dewan 3, Damansara Utama Methodist Church (Dream Center) Jalan 13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya, Selangor DE.

LATAR BELAKANG


Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis Berbuka Puasa yang dinamakan 'Thanksgiving Diner Program Itenary' seperti alamat di atas.

Tindakan berdasarkan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1955 iaitu Menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

Siasatan juga dibuat mengikut Enakmen agama bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan orang Islam ) Negeri Selangor tahun 1988.

Program ini disyaki bertujuan untuk menyambut orang islam berbuka puasa dan meraikan Thanksgiving.

Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Penguatkuasa Agama - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan dibantu oleh sepasukan Polis Diraja Malaysia seramai 20 orang daripada IPD Petaling Jaya dan Sea Park.

PERLAKSANAAN OPERASI


- Taklimat dibuat di pejabat JAIS pada jam 8.40 malam

- Bergerak ke lokasi dan tiba jam 9.30 malam.

- Tiba di lokasi keadaan di kawasan tersebut adalah tenang dan anggota terus bergerak ke Dewan 3.

- Jam 9.45 anggota masuk ke dewan. 100 orang ada di dalam dewan.

Semasa pemeriksaan, kelihatan seorang pemuda telah melakukan pengucapan awam di atas pentas, di depan tetamu yang hadir. 


Anggota didatangi oleh wanita bernama tag 'Sofea' dan meminta anggota membuat perbincangan di luar dewan.

Anggota PDRM dan JAIS yang telah memasuki dewan diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan.

Sedikit pertelingkahan berlaku antara anggota dan penganjur. 


Anggota telah meminta buku pendaftaran peserta program untuk memeriksa kehadiran orang Islam di majlis tersebut. pada awalnya, penganjur memberitahu tiada orang Islam hadir di majlis tersebut.

Maklumat Pendaftaran diperolehi tanpa kerjasama dari penganjur. Anggota akhirnya memperolehi tentatif program. Terdapat di dalam tentatif tersebut nyanyian lagu 'Alhamdulillah dan Allahuakbar'.

Terdapat juga satu borang kuiz Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir.


Sementara itu, anggota yang menjaga pintu dibelakang premis mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang.

Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar dari dewan. 




12 ORANG ISLAM YANG DIKENALPASTI

1) Nadeane binti Che Mohd Salleh (Sofea) .

IC : 79xxxx-01-6094

2) Muhammad Khairul Dhillon bin Abdullah

IC : 69xxxx-08-6039

3) Ina Reima Fitriza binti Mahadzir

IC : 85xxxx-71-5018

4) Ade Andrian Putra bin Mahadzir

IC : 94xxxx-02-5609

5) Nea Reima Mareana binti Mahadzir

IC : 90xxxx-02-5778

6) Rasyidah binti Abd Razak

IC : 77xxxx-01-5908

7) Nur Umrah binti Abd Razak

IC : 95xxxx-01-6002

8) Mohd Haslan bin Bob Hasnan

IC : 80xxxx-10-5045

9) Faridah Binti Abdul Rahman

IC : 71xxxx-12-5478

10) Nur Al Ashikin bt Shaikh Dawood

IC : 72xxxx-10-5072

11) Faridah bt Abdul Latep

IC : 72xxxx-71-5256

12) Sahrunida bt Assad

IC : 81xxxx-08-6246

Nota : Terdapat ibu bapa yang beragama Islam membawa anak-anak kecil.


ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK 

 
Jemputan secara tertutup walaupun peserta yang ingin hadir itu di kalangan orang yang bukan Islam.

Peserta Islam (3 orang) dibawa keluar jalan belakang secara senyap. 


Nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakbar' dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya (gereja).

Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir. 


Majlis tersebut disyaki bertujuan untuk menarik orang Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti ;

- Bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan.

- Baju yang dipakai oleh bukan Islam adalah baju kebaya, kebangsaan dan kurung.

- Cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur.

- Majlis diadakan di premis kristus.

- Malah seorang peserta (Melayu) yang ditanya lisan oleh anggota penguatkuasa berhubung agamanya.Jawapan beliau adalah - 'I believe in God' (mengikut cara kristian dan gereja)


FAKTA TAMBAHAN


Tiada serbuan dilakukan oleh anggota, sebaliknya rundingan. 


Adalah amat dikesalkan kerana terdapatnya segelintir pemimpin beragama Islam yang secara tergesa-gesa menyalahkan JAIS sebelum mendapat maklumat sebenar operasi menyelamatkan akidah umat Islam ini.

Wajah Baru Blog Dezaman Cottage

Setelah sekian lama akhir Dezaman Cottage berubah wajah. Nie pun terkial-kial aku nak adjust coding dan script kat template baru nie. Ada sikit jer lagi nak kena siapkan. Dah ler aku nie bukan nyer tahu sangat nak setting-setting nie. Jenuh nak kena google. Terima kasih pada Denaihati, FaizalFredley, 2DayBlogger, Blog.Arif & BenAshaari sebab banyak info yang aku perolehi dari blog berkenaan.
 
Harap korang semua lebih selesa dengan wajah baru Dezaman Cottage. Sokongan korang semua untuk visit blog nie amat dihargai.
 
Wajah Blog Dezaman Cottage Terkini.
 

 
Wajah Blog Dezaman Cottage Dahulu.
 

Rozita Che Wan "Imej Bertudung Ini Akan Membataskan Karakter Dan Watak"????

Perghhhhhh biar betik Rozita Che Wan punya statement nie. Adoiyaiiiii!!!! Pelik aku ngan golongan artis nie. Tapi tak semua ler macam tu kan. Ada yang betul-betul menjaga etika berpakaian dan statement pun takder ler melalut sangat. Sedih siot bila aku baca statement yang Rozita Che Wan. Korang baca ler sendiri ek.
"Memang saya teringin untuk bertudung. Cuma memandangkan saya sudah terikat dengan beberapa komitmen lakonan, imej bertudung ini akan membataskan karakter dan watak yang saya lakonkan pula. Insya-Allah saya akan bertudung selepas berkahwin nanti. Masalahnya, masih tiada calon suami."
Dalam hal nie aku setuju ngan statement Abang Nara.

"Kadang-kadang tak boleh salahkan artis yang terpaksa menjawap mengenai isu tudung. Dan tak boleh juga salahkan wartawan yang curious nak tahu sama ada artis-artis sudah bertukar imej. Kesimpulannya, kalau boleh, janganlah tanya bab-bab tudung nie. Makin lama makin pelik jawapan yang keluar dari mulut para artis."
Aku mohon maaf kalau ada yang terasa. Jangan dijadikan digadaikan hal agama kerana karier.

SUMBER : MSTAR

Keputusan Pool Bekas Perdana Menteri Malaysia Yang Paling Hensem?

Salam Ramadhan dan salam 1Dunia semua. Alhamdulillah hari nie dah masuk hari ke 19 kita semua berpuasa kan. Tak sedar rasanya masa cepat berlalu. Tak lama lagi dah nak raya.

Sebelum tu aku nak ucapakan terima kasih pada korang semua yang sudi vote poll yang aku buat sebelum nie. Korang masih ingat lagi tak entry aku sebelum nie
Gambar Kad Pengenalan Sebenar Bekas Perdana Menteri Malaysia. Aku ada buat poll khas pasal nie. Antara Semua Bekas Perdana Menteri Malaysia Siapa Yang Paling Hensem? 
 
 
So hari nie aku siarkan keputusan poll untuk korang semua. Rata-rata ramai visitor Dezaman Cottage memilih Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad sebagai Bekas Perdana Menteri Malaysia Yang Paling Hensem.
 

Memang ternyata Tun Dr Mahathir hensem orang nyer. Tak caya korang tengok wajah Tun Dr Mahathir tak nampak macam orang umur 80 lebih kan. Salah satu rahsia yang penah beliau kongsi ngan aku secara personally adalah jaga tabiat makan dan sentiasa bersenam.

Siti Nurhaliza Bertudung???? Alhamdulillah

Alhamdullilah. Kan comel Siti nie pakai tudung. Baru la nampak sopan. Aku doa semoga Siti kekal pakai tudung yang lengkap lepas nie. Semoga Allah melorongkan cahaya hidayah pada Siti. Sapa tahukan dengan kuasa Allah SWT. Dia saja yang berhak ke atas setiap hamba-hambaNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More