TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Friday, 13 February 2015

Bersemadilah Dengan Aman Tok Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat - Al-Fatihah


Hari nie bumi Malaysia menangisi pemergian seorang tokoh agama yang terbilang dan disegani iaitu Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Beliau telah kembali kepada Allah SWT pada 12 Februari 2015 pada jam 9.45 malam.

Hari nie pada pagi Jumaat yang mulia penghulu segala hari jenazah Tok Guru akan disemadikan. Semoga Allah SWT merahmati Tok Guru dan menempatkan beliau bersama-sama para syuhada dan mereka yang beramal soleh pada Allah SWT.

Rasa sedih memang tak dapat dibendung lagi dalam jiwa ini memandangkan Tok Guru adalah sorang agamawan yang amat dihormati dan disegani di bumi Malaysia.

Al-Fatihah buat Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. 

Semoga berbahagialah Tok Guru di sana.

Sunday, 1 February 2015

Harga Minyak Petrol Turun 1 Februari 2015. Kenapa Harga Barang Tak Turun?

Alhamdullilah turun lagi harga minyak petrol bermula 1 Februari 2015. Berkuat kuasa hari ini, harga runcit bagi petrol RON95 diturunkan 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter manakala harga RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter.

Kurang sikit beban rakyat Malaysia nak bubuh minyak petrol kat kereta atau moto lepeh nie. Walaupun sebenarnya harga yang diharapkan turun lebih dari yang diumumkan aku tetap happy sebab harga minyak petrol dah makin murah. Hanya harga barang-barang saja yang tak turun-turun.

Pada aku ada penyebab kenapa harga barang tak turun sebenarnya. Salah satunya disebabkan kadar tukaran matawang asing Ringgit Malaysia yang makin merosot. Dulu 1USD = RM3.20 sekarang nie 1USD = RM3.55 lak makin jatuh nilai RM.

Malaysia adalah sebuah negara yang majoriti produk asasnya masih lagi diimport dari luar negara. Macam mana nak turun harga barang kalau kita masih lagi "kuat" mengimport dan mengharapkan produk dari luar Malaysia.

Kita bukan sebuah negara pengeluar macam Jepun, Korea, China, USA, UK, Germany dan lain-lain. Bisnes utama di Malaysia nie lebih tertumpu kepada petroleum dan Malaysia terikat dengan pasaran petroleum dunia. Bila harga minyak turun Ringgit Malaysia pun kena tempias disebabkan kebergantungan Malaysia pada jualan petroleum. Sib baik kita ada Petronas dan negara kita bertuah sebab ada sumber minyak petroleum.

Aku tak akan salahkan peniaga kalau depa tak turunkan harga barang sememangnya nilai RM sendiri makin merosot macam mana nak beli barang ngan murah. Bayangkan peniaga dan pemborong kena beli daging import dari Australia. Contohnya dulu beli daging lembu dari Australia RM25 per kg sekarang nie dah jadi RM30 per kg. Dulu beli Lada Hitam RM29 per kg sekarang nie dah jadi RM42 per kg sebabnya kita import dari luar Malaysia. Ada banyak list produk yang diimport dulunya murah sekarang nie jangan harap nak murah dah sebab RM dah makin susut nilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More