TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Wednesday, 3 April 2013

Parlimen Malaysia Dibubarkan Hari Ini 3 April 2013


Akhirnya dah terjawab sudah tarikh rasmi pembubaran Parlimen Malaysia seperti yang dah diumumkan oleh Perdana Menteri kita sebentar tadi.

Sampai tersasul Datuk Seri Najib sebut tarikh pembubaran hehehehehe.......maybe Datuk Seri Najib tersilap cakap 2012......takper yang penting Parlimen dah dibubarkan......

Leh tengok video kat sini pengistiharan pembubaran Parlimen. 

Jom kita nyanyi lagu MARILAH MARI.....PERGI MENGUNDI....TUNAIKAN KEWAJIPAN PADA NEGARA.....

Yang pasti pilihanraya tahun adalah yang paling sengit dalam sejarah.

Wednesday, 13 March 2013

PRU 13 Bakal Tiba? PM Mengadap Yang Di Pertuan Agong


Hari nie (13.0.13) Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengadap Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara.

Adakah PRU 13 akan kunjung tiba tak lama lagi?????

Sudahkah seluruh rakyat Malaysia yang cukup syarat mengundi bersedia dengan pilihan raya pada kali nie. Sesungguhnya ramai dikalangan rakyat Malaysia ternanti-nanti dengan PRU 13 nie. Macam-macam andaian dibuat oleh penganalisa politik tempatan mahupun luar negara.

Yang pasti PRU 13 kali adalah salah satu Pilihan Raya Umum yang paling mendebarkan dan paling mencabar sepanjang tempoh bumi Malaysia Merdeka.

Jom kita dengar lagu nie dulu ek. Gendang PRU 13 telah berbunyi!!!!




KELIHATAN kenderaan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini. - Foto Aizuddin Saad
Mar 13, 2013 11:24 am

Sumber berita harian Online

Friday, 8 March 2013

"Anak Saya Dipergunakan Untuk Jatuhkan Anwar Ibrahim" - Bapa Saiful Bukhari

Tengah kecoh sekarang isu bapa Saiful Bukhari mengesahkan bahawa anak dia dipergunakan oleh individu tertentu untuk menjatuhkan dan mengaibkan Anwar Ibrahim.

Tak abih isu kat Lahad Datu timbul lak isu nie. Korang baca ler sendiri ek.

   
JAMILAH HAMZAH
8 Mac 2013

Bapa Saiful, Azlan membacakan kenyataan pada sidang media yang diadakan dekat ibu negara pagi tadi. - Foto ihsan The Malaysian Insider

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak *bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi.

Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara).

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Mengulas lanjut, kata beliau, kenyataan yang dibacakan oleh mereka kepada media sebelum ini telah dirancang dan didalangi oleh pegawai khas pemimpin kanan negara dan seorang peguam.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang.

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Pada pertemuan hari ini, pemberita telah dibawa oleh seorang Ahli Parlimen dengan menaiki pacuan empat roda untuk bertemu dengan Azlan di sebuah kawasan perumahan dekat sini sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Beliau juga dikenal pasti datang bersama dua orang saudaranya daripada utara tanah air serta dikenali sebagai Man dan Ekhsan.

Pendedahan ini juga dibuat dengan dimulai Azlan membacakan kenyataan akhbar serta menurunkan tandatantangannya di lampiran tersebut selepas sesi soal jawab dengan pemberita.

Azlan juga menjawab beberapa pertanyaan yang diajukan oleh beberapa wartawan yang hadir.

Selain itu, Azlan yang juga seorang pesara, menafikan pendedahan ini dilakukan bukan disebabkan desakkan politik oleh mana-mana pihak, sebaliknya disebabkan kekesalannya dan telah berjaya mengumpulkan maklumat.

Azlan juga berkata akan memohon maaf secara terbuka kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang berhubung isu yang didakwanya sebagai fitnah.
"Saya tahu kes ini masih berjalan di mahkamah, tapi saya dedahkan adalah kerana saya nak dedahkan, bukan juga sebab politik.

"Saya telah kumpul maklumat ini dari sejak kes perbicaraan, dan makluman orang ramai, saya juga nak beritahu pihak pemerintah tak pernah panggil saya untuk berbincang kerana ia telah dirancang dengan rapi (oleh pegawai khas terbabit).

"Ya, insya-ALLAH jika ada kesempatan saya akan bersemuka dengan Anwar untuk memohon maaf secara terbuka kepadanya," katanya lagi.

Dalam pada itu, Azlan juga enggan memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai tindakan yang diambil itu telah diketahui oleh anaknya atau pun sebaliknya.

Beliau juga berkata akan menanggung sebarang tindakan risiko yang bakal dihadapinya dan menyerahkan kepada Saiful serta peguamnya untuk tindakan lanjut.

"Saya tak nak komen mengenai anak saya, saya tak mahu cakap mengenai (melibatkan) anak saya, sama ada dia tahu atau tak.

"Terpulang kepada anak saya dan saya serahkan kepada peguam jika ada sebarang perkara yang berlaku nanti," katanya lagi.

Friday, 1 March 2013

Salam Takziah Buat 2 Anggota Komando 69 Yang Gugur Di Bumi Lahad Datu Sabah

Tadi aku dapat perkhabaran dari Lahad Datu Sabah 2 anggota Komando 69 telah gugur di medan pertempuran dengan Tentera Penceroboh Sulu.

Salam takziah berbuat 2 keluarga anggota Komando 69 yang telah syahid di bumi Lahad Datu. Difahamkan salah sorang anggota Komando 69 yang terkorban adalah Insp Zulkifli Mamat

Gambar Arwah Insp Zulkifli Mamat dan keluarga


Thursday, 28 February 2013

Berita Terkini - Jambatan Sebelum Tol Putrajaya Runtuh

Tadi dapat tahu dari kawan aku jambatan sebelum Tol Putrajaya runtuh. Tak pasti sebab apa runtuh. Yang pastinya kawasan tu selalu bermasalah maybe sebab tanah lembut. Kalau sapa-sapa penah lalu kat situ mesti tau macam mana keadaan jalan yang tak rata kat situ. Dah berkali-kali baik pulih masih gak macam tu.

Tak sangka lak jambatan yang menghubungkan Selangor Science Park 2 dan Puchong leh runtuh. Aku tak pasti samada ada kemalangan jiwa ke tak. Bagi korang yang lalu kat situ cuba elakkan menggunakan lebuhraya tu ek cari jalan alternatif lain.

Korang leh tengok gambar kat bawah nie.






Wednesday, 20 February 2013

Bumbung Stadium Sultan Mizan Runtuh Lagi

Tadi aku ada terbaca kat forum pasal bumbung Stadium Sultan Mizan yang sedang dibaik pulih runtuh lagi sekali. Dikhabarkan 4 orang pekerja cedera akibat runtuhan bumbung nie. Diaorang dah dihantar ke hospital.

Pelik gak kan macam mana ler leh runtuh sekali lagi bumbung stadium nie???? Adakah rekabentuk stadium nie tak selamat????

Korang tengok sendiri gambar runtuhan tu ek.



Tuesday, 19 February 2013

Amah Indonesia Yang Zalim Dipenjara 20 Tahun Amekawwww


KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu.

Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.

"Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah.

"Mahkamah berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat," katanya.

Yuliana berasal dari Sukarame, Acheh bekerja tidak sampai sehari sebagai pembantu rumah dengan keluarga mangsa.

Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua.

Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed.

Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.

Berikutan itu, ibu mangsa, Nina Suraya Sulaiman, 24, segera menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang.

Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju lokap bewarna ungu tidak menunjukkan sebarang reaksi atau riak wajah ketika menyaksikan rakaman CCTV perbuatannya yang dipertontonkan kepadanya di dalam mahkamah menerusi komputer riba.

Dia bagaimanapun menitiskan air mata ketika diminta mengemukakan rayuan hukuman dan berkata: "Saya takut".

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed. - Bernama

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa...tahun-1.132663


Nie ler rupenyer wajah amah Indonesia yang kejam tahap "cipanzi"....amekawwww kan dah kena penjara 20 tahun......selamat beristirehat kat dalam tirai besi.....tahniah!!!!
 
Kali nie apa lak rakyat di Indonesia nak cakap lak pasal Malaysia.....tengok ler sendiri kekejaman amah diaorang.... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More