TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Tuesday 31 May 2011

Perkhidmatan Edaran Flyer, Iklan, Katalog & Risalah

SPECIAL OFFER!!!!
INFOMASI TERKINI!!!

Pengedaran Flyers akan bermula pada 15 - 30 JULAI 2011

Bagi yang berminat anda perlu sediakan Flyers anda dan serahkan kepada kami selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh edaran di atas berserta bayarannya sekali.

MENGAPA EDAR FLYERS?

"Flyers " atau risalah adalah salah satu alat pemasaran dan pengiklanan Ia merupakan kaedah pemasaran dan pengiklanan terhebat bagi perniagaan anda. Untuk tujuan promosi, sebagai contoh, flyers amat meluas digunakan. Tidak hairanlah jika setiap hari peti surat di rumah anda, ataupun di lantai halaman rumah terdapat banyak flyers yang diedarkan daripada pelbagai syarikat perniagaan. Malah, syarikat-syarikat besar dan gergasi juga tidak melupakan kaedah yang dianggap konvensional dan kecil-kecilan ini digunakan bagi mendapatkan perhatian para pelanggan dan bakal pembeli. Antaranya adalah seperti Giant, Econsave, McDonald, ejen-ejen Telekom Malaysia, pemaju-pemaju perumahan dan lain-lan lagi. Kos flyers hakikatnya amatlah murah (bergantung kepada jenis kertas, warna dan kualiti). Paling mudah, fotostat saja. Tapi perlu dipastikan kos fotostat lebih murah daripada kos mencetak bagi sekeping flyers. Kaedah flyers berkesan dan semua orang berkemampuan untuk mengiklan dengan cara ini. Penyampaian mesej yang jelas di dalam sesuatu flyers akan terus sampai kepada pengguna seterusnya menyerap ke minda mereka. Sama ada mereka tergerak hati untuk membuat keputusan untuk membeli atau tidak adalah bergantung kepada apa keperluan mereka.

Tujuan mengiklan secara edaran flyers :

a) untuk memberitahu kewujudan perniagaan / produk / servis baru
b) untuk memaklumkan perpindahan ke premis baru / buka cawangan baru
c) untuk menyampaikan maklumat-maklumat promosi atau jualan murah
d) untuk menarik perhatian bakal-bakal pelanggan baru
e) untuk mengekalkan pelanggan-pelanggan sedia ada

TARIKH SASARAN EDARAN: 15 - 30 JULY 2011


 HARGA PERKHIDMATAN EDARAN 
FLYER, IKLAN, KATALOG & RISALAH

* harga yang dinyatakan adalah mengikut jadual pengedaran dari pihak kami
** harga juga adalah berbeza mengikut lokasi, saiz flyers serta cara pengedaran dilakukan
*** harga menarik untuk mereka yang berminat untuk melakukan pengedaran secara kontrak dengan kami.

**SEMUA HARGA YANG DINYATAKAN DI ATAS ADALAH BERGANTUNG KEPADA
1. UNIT flyers/risalah/iklan/katalog yang hendak diedarkan
2. TARIKH flyers/risalah/iklan/katalog hendak diedarkan
3. LOKASI flyers/risalah/iklan/katalog hendak diedarkan
4. MEDIUM flyers/risalah/iklan/katalog hendak digunakan (mailbox house / apartment, car w/screen, hand-to-hand etc)

LOKASI EDARAN
  DETAIL LOKASI MENGIKUT ZONE
 
PROSEDUR PENGEDARAN FLYER / RISALAH / IKLAN / KATALOG
 
Bagi memastikan anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Kami ingin menyatakan garis panduan / prosedur pengedaran flyer/risalah/iklan/katalog bagi memudahkan anda untuk memahami prosesnya.

1. Quotation / Sebutharga 

• Anda dikehendaki menghubungi kami untuk mendapatkan quotation / sebut harga melalui SMS atau Email.
• Pihak kami perlukan maklumat daripada anda adalah seperti UNIT, LOKASI, TARIKH & METHOD.
• Quotation / Sebut harga akan diberikan secara SMS, Email atau lisan melalui telefon.

2A. Pengumpulan Flyer/Risalah/Iklan/Katalo
g Secara Serahan Tangan

• Setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan quotation, masa serta lokasi pengumpulan flyer/risalah/iklan/katalog akan dipersetujui.
• Anda akan diberikan Borang Permohonan Pengedaran Flyer/Risalah/Iklan/Katalog untuk diisi bagi tujuan pengesahan Unit, Lokasi, Tarikh & Method.
• Pembayaran penuh hendaklah dijelaskan semasa proses pengumpulan flyer/risalah/iklan/katalog.
• Anda disarankan untuk menyediakan flyer/risalah/iklan/katalog selewat-lewatnya 5 hari sebelum pengedaran ingin dibuat.

2B. Pengumpulan Flyer/Risalah/Iklan/Katalog Secara Pos

• Setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan quotation, anda akan diberikan Borang Permohonan Pengedaran Flyer/Risalah/Iklan/Katalog untuk diisi bagi tujuan pengesahan Unit, Lokasi, Tarikh & Method.
• Borang akan diberikan secara EMAIL. Anda dikehendaki mengisi borang berkenaan dan kembalikan kepada kami satu salinan melalui EMAIL dan satu salinan lagi dikembalikan bersama-sama flyer/risalah/iklan/katalog yang telah dipos atau dicourier kepada pihak kami.
• Segala kos pos adalah ditanggung oleh pihak anda. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas setiap parcel yang diterima sekiranya ada masalah ketika proses penghantaran melalui pos atau agen courier.
• Pembayaran penuh hendaklah dijelaskan sebelum anda pos atau courier flyer/risalah/iklan/katalog kepada pihak kami.
• Anda disarankan untuk menyediakan flyer/risalah/iklan/katalog selewat-lewatnya 5 hari sebelum pengedaran ingin dibuat.

3. Pengurusan Pengedaran

• Pihak kami akan memaklumkan kepada anda jadual pengedaran kepada pelanggan yang disasarkan bergantung pada keadaan cuaca serta perkara yang tidak dapat dielakkan.

4. Pemberitahuan Operasi Pengedaran

• Anda akan dimaklumkan mengenai lokasi, masa dan tarikh pengedaran yang akan dilakukan.

5. Pengesahan Pengedaran

• Pihak kami akan menghubungi anda melalui SMS atau MMS bagi tujuan pengesahan pengedaran ke lokasi yang telah ditetapkan.
• Anda disarankan untuk melakukan tinjauan ke lokasi pengedaran dalam tempoh 24 jam selepas pengedaran dibuat.
• Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas segala aduan selepas tempoh 24 jam.

6. Proses Perkhidmatan Selesai


REMARKS:
KOS di atas termasuk duit minyak dan gaji pekerja.
TIADA KOS tersembunyi.
KAWASAN & TARIKH pengedaran anda tentukan.
Dijangka 3 - 15 hari tempoh siap edaran anda. (Bergantung Kepada Faktor Cuaca) 



SOALAN YANG SELALU DITANYA

Ini adalah soalan-soalan biasa yang sering ditanya dan kadang-kadang "dipertikaikan" oleh pelanggan dan bakal pelanggan saya. Adalah diharapkan dengan FAQ ini, segalanya akan terjawab dan tiada lagi kemusykilan yang berlegar-legar di kotak fikiran para pengiklan

Soalan 1

Bagaimana saya nak pastikan awak hantar, entah-entah awak tak hantar tapi bagitau dah hantar. Dah la saya kena bayar dulu, baru kerja dijalankan.

Jawapan : Kami adalah perniagaan yang berdaftar dan bekerja secara profesional. Ini adalah sebagai menjaga nama baik dan hubungan baik dengan pelanggan (pengiklan) kerana kami berfikiran jauh ke hadapan dan ingin menjalinkan kerjasama perniagaan bagi jangka panjang. Jika memerlukan bukti, kami boleh menyediakan bukti bergambar dengan mengambil gambar foto nama-nama jalan, kawasan perumahan dengan kamera digital dengan paparan tarikh dan masa.

Soalan 2

Betul ke dah hantar? Saya dah telefon kawan saya di taman tu, dia kata tak dapat pun. Macam mana ni?

Jawapan : Kami telah berusaha sedaya upaya untuk menghantar bagi setiap unit rumah di sesebuah taman perumahan. Ada kemungkinan ia terlepas pandang, maknanya rumah tersebut terlepas daripada sasaran penghantaran. Ada juga kemungkinan flyers telah dihantar, mungkin telah diambil oleh orang lain atau kanak-kanak untuk dibuat main. Kemungkinan juga telah diambil dan dibawa masuk ke dalam rumah oleh salah seorang anggota keluarga tetapi anggota keluarga yang lain tidak tahu. Untuk pengesahan yang lebih tepat, adalah lebih baik telefon dan bertanya kepada jiran-jiran berdekatan yang telah menerima flyers tersebut.

Soalan 3
Kenapa waktu hujan tak nak hantar? Hujan tu bukan masalah saya, itu masalah awak. Awak patut hantar sebab kami dah bayar.

Jawapan : Sebenarnya ini bukan kes kami "malas" atau "mencuri tulang" apabila hujan. Sebenarnya kami amat menitikberatkan soal keberkesanan flyers itu sendiri. Jika hujan, sudah pastilah flyers tersebut basah. (Kami tidak pula menyediakan sampul plastik untuk flyers, ini sudah pasti meningkatkan kos!). Kadangkala, apabila kami lihat keadaan cuaca yang tidak menentu dan ada kemungkinan hujan dalam waktu sejam atau setengah jam dari masa penghantaran, kami tidak meneruskan penghantaran. Ini adalah lebih baik daripada flyers yang basah, seterusnya rosak, koyak dan sudah pastilah akan "ditongsampahkan" oleh penerima.

Soalan 4
Betul ke awak dah hantar ni? Takda sorang pun telefon saya lagi. Takda feedback langsung!

Jawapan : Tugas kami yang berbayar adalah untuk mengedar flyers. Kami tidak bertanggungjawab untuk memastikan penerima flyers menelefon atau menghubungi pengiklan selepas mereka membaca flyers tersebut. Ini sewajarnya jelas pada persetujuan awal semasa melanggan servis kami. Sekadar berkongsi info, sebenarnya penerima flyers bukanlah 100% akan berminat dengan produk/perkhidmatan kita seperti di dalam flyers. Contohnya, flyers McDonald yang mempromosi Sundae Cone berharga 50 sen pada setiap 1 hari bulan setiap bulan, bagi pembaca yang memang berminat, sudah pastilah mereka menghubungi atau terus pergi ke McD untuk mendapatkan produk tersebut. Tapi bagaimana pula bagi flyers yang mempromosikan pakej pelancongan dalam negeri, sedangkan seluruh famili bagi sebuah rumah itu tidak berminat untuk melancong atas sebab-sebab yang diketahui oleh mereka sendiri. Secara mudahnya, pembaca flyers akan menghubungi atau mengunjungi premis pengiklan apabila berlakunya "matching" atau pemadanan di antara APA YANG DITAWARKAN dengan APA YANG DIMINTA ATAU DIPERLUKAN. Konsep yang mudah bukan?

Soalan 5

Kenapa ada jumlah minimum 500 keping baru boleh hantar? Saya ada 300 keping flyers, takan tak boleh hantar. Sama aja kan?

Jawapan : Tak sama. Kos pengedaran dibanding dengan jumlah bayaran yang kami terima tidak setimpal. Dengan perkataan lain, tidak berbaloi dan menguntungkan. Sebagai sebuah badan perniagaan, keuntungan harus diambilkira. Lainlah jika pelanggan sanggup membayar harga yang lebih untuk jumlah yang kurang daripada 500 keping. Tambahan pula secara logiknya, kaedah pengiklanan secara flyers ini memang melibatkan jumlah helaian yang banyak, bunyinya ribu-ribu. Kebiasaannya respon atau kunjungan serta maklum balas daripada pembaca flyers dalam lingkungan 2%-5% daripada jumlah keseluruhan flyers yang kita edar. Ini pun dah cukup baik! Seperti anak ikan, yang asalnya dari telur yang beribu-ribu, akhirnya yang betul-betul hidup sebagai ikan biasanya bukan 100%. Hanya flyers yang betul-betul menawarkan sesuatu yang amat berharga atau menarik yang pasti mendapat respon atau hits yang tinggi. Ambil saja contoh bayaran rebat petrol di pejabat pos, beratur panjang dari pagi untuk mendapatkan rebat subsidi. Tak payah iklan pun ramai yang dah serbu pejabat pos awal-awal lagi.

Soalan 6

Kenapa awak hantar flyers saya dengan flyers orang lain. Campur-campur, saya nak flyers saya aja dihantar. Orang lain punya awak hantar asing-asing lah

Jawapan : Sekali lagi ia adalah soal perniagaan. Inilah perniagaan kami dan kami membuat keuntungan daripada perniagaan ini. Sebenarnya kita kena lihat secara positif apabila flyers bercampur-campur daripada pelbagai syarikat. Pembaca akan menerima banyak flyers dan akan memilih dan kemungkinan juga membaca semua flyers yang ada tidak kira warna, jenis kertas dan sebagainya. Hakikatnya, isi kandungan sesuatu flyers itu adalah penting bagi menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan dan berfikir sama ada berminat atau tidak. Walaupun begitu, kami tidaklah menghimpunkan sebanyak mungkin flyers untuk dihantar sekaligus. Mungkin maksimum 5 syarikat perniagaan saja bagi sekali edaran. Nanti tebal pula flyers tu dan memenuhi ruang peti surat rumah pembaca.

Soalan 7
Kenapa kami kena bayar dulu (in advance)? Kerja pun belum buat lagi, dah kena bayar.

Jawapan : Kami menjalankan perniagaan ini bukan berseorangan. Ada pekerja-pekerja yang perlu diberi upah dan banyak kos-kos lain yang akan terlibat. Dengan adanya tunai di tangan, segala belanja dapat dilunaskan secara berkesan tanpa masalah.

Sila Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut:-

RAZMAN (MAMU) : 013-382 3349
EMAIL / YM: servis_ads@yahoo.com
SKYPE: servis_ads@yahoo.com
FACEBOOK: http://www.facebook.com/kedaidoraemon2u

3 Comments
Comments

3 comments:

@farah: buat masa nie kat kedah takde kaki kat sana lagi......nak kena tunggu saya ada ofis kat kedah kot hehehehe....

menarik. taknak buat perkhidmatan sediakan flyers? haha mst laju je sy langgan :D btw sy dah tukar link kat ruangan tukar link tu. terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More