TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Sunday 22 May 2011

Tanah runtuh di Rumah Anak Yatim: Semua Mangsa Ditemui

SALAM TAKZIAH DARI SAYA SEKELUARGA BUAT SEMUA MANGSA TANAH RUNTUH DI RUMAH ANAK YATIM ULU LANGAT. SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN SEMUA MANGSA YANG TERKORBAN DI SYURGA BERSAMA-SAMA ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH KEPADA ALLAH. MARI KITA SEMUA BERSAMA-SAMA MENGHADIAHKAN AL-FATIHAH BUAT SEMUA MANGSA.



Gambar kenangan di Rumah Anak Yatim dan Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat sebelum kejadian tanah runtuh yg mengorbankan beberapa nyawa penghuninya. Perasaan sayu dan hiba terasa bila menatap gambar2 terakhir mereka bersama, Semoga Allah merahmati anak2 ini dan tempatkan mereka dalam golongan orang yang beriman. Amin ya Allah...

Tanah runtuh di Rumah Anak Yatim: Semua Mangsa Ditemui (Updated: 6:00AM) Senarai nama 






KAJANG, 22 Mei - Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, ditemui awal Ahad pagi.

Mayat tiga daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi, manakala mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi.

Dengan penemuan empat mayat itu, kesemua mereka yang dilapor tertimbus dalam kejadian itu telah ditemui, kata polis.

Kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. Enam belas orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.

Polis berkata operasi mencari dan menyelamat kini dihentikan dan akan disambung pukul 8 pagi.

-- BERNAMA

PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa tertimbus di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di  Hulu Langat, petang semalam.
PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa tertimbus di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, petang semalam.





The back portion of the orphanage where the landslide occurred


Anggota pasukan mencari dan menyelamat mengeluarkan mangsa kanak-kanak yang
cedera parah ekoran tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA
Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang Sabtu, sebelum dikejarkan ke
Hospital Kajang.


Sebuah jengkaut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di
Rumah Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai
Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat.


Seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa tanah runtuh di Hulu Langat, Kajang, didukung oleh seorang
pegawai penyelamat untuk mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.







Pasukan mencari dan menyelamat bertungkus lumus mengesan mangsa-mangsa yang dikhuatiri tertimbus


Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.

Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim *
7) Zaim *
8) Angah *
9) Rahimi *
10) Zaid Ashwal, 18,
11) Riz, 9,
12) Lokman, 11,
13) Fahad, 9,
14) Aiman, 10,
15) Hazim, 9,
16) Hasril, 11,

Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiz, 22,


LAGI GAMBAR TRAGEDI TANAH RUNTUH DI RUMAH ANAK YATIM ULU LANGAT






















0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More