Blog  ialah singkatan bagi " Web Log" yang mana applikasi web ini mengandungi  nota atau penulisan yang di panggil "post" dan dipaparkan di halaman  web. Web blog dan Web Site adalah berbeza terutamanya dari segi  perhubungan 2 hala dan satu hala dimana web blog adalah perhubungan  2hala dalam satu masa. Contoh, sekiranya anda post sesuatu maka pelawat  dapat komen post anda tersebut berbeza dengan web site
2. Bagaimana membina blog di blogspot?
Diantara  penyedia blogger percuma yang terkenal sekarang ialah blogspot atau  blogger yang mana perlu di daftar di blogger.com dan kita akan mendapat  nama domain dari blogspot contohnya:
contohnya.blogspot.com ini adalah free hosting anda juga boleh dapatkan contohnya.com dengan hosting berbayar.
Langkah membina blog di blogger.com
Buat Email
syarat terpenting dalam membuat blog di Blogger.com ialah mempunyai akaun gmail  yang aktif memandangkan blogger ialah salah satu dari produk Google.  taip sahaja di google untuk langkah-langkah mendaftar email di gmail.
Mendaftar di Blogger.com
1. Pergi ke blogger.com
2. Masukkan username dan password yang anda buat di gmail tadi. Lepas tu tekan Sign in.

3. Kemudian tekan "CREATE A BLOG" 
4.Masukkan Tajuk Blog di ruangan sebelah "Blog Title", dan alamat blog anda di ruangan sebelah "BLOG ADRESS (URL)". Perlu diingat bahawa ketika anda memasukkan alamat blog yang anda inginkan, anda harus pilih sebaik mungkin kerana anda tidak boleh menggantikannya di masa akan datang, kecuali anda menggunakan kemudahan Custom Domain.
Semak avaiblity, jika alamat blog yang ditulis tidak boleh di gunakan, ganti dengan yang baru anda dan seterusnya sampailah anda mendapatkannya. Kemudian taipkan perkataan yang anda lihat di sebelah "WORD VERIFICATION" kemudian klik CONTINUE untuk langkah seterusnya. 
5.  pilih template permulaan anda. Template akan menggambarkan secara kasar  blog anda dari segi kedudukan post, tajuk, latar belakang dll. Namun  anda masih boleh menukarnya lain kali kalu anda ingin. Kemudian klik  Continue.

6. Anda akan nampak perkataan " Your Blog Has Been Created" bermakna anda sudah boleh mula berblog. Kemudian tekan " Start Blogging"

7.  Anda sekarang boleh mula posting dimana anda boleh menulis apa saja  yang anda fikirkan ( anda perlu post secepat mungkin bagi mengelakan "Blogger Anti-Spam Robot"  mengunci blog anda sekiranya anda biarkan blog tanpa post). Jika anda  hendak melihat hasil anda walaupun masih belum habis menaip anda boleh  tekan " Preview" dan jika anda sudah siap post, anda boleh tekan "  Publish Post".
 
8.Kemudian tekan View untuk lihat hasilnya. Siap




