TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Tuesday 28 June 2011

Jimmy Shanley Kini Bergelar Bapa

Aku ada terbaca kat mstar Online tadi kisah Jimmy dan wife dia Suhaila. Sedih bila mengenangkan kisah diaorang nie. Sekarang nie Jimmy dah bergelar seorang bapa. Semoga dengan kehadiran si kecil yang comel nie dapat mengukuhkan ikatan dan hubung suami isteri di antara diaorang berdua. Sama-sama kita doakan kebahagian mereka. "Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Kau satukanlah kembali ikatan kasih sayang kepada dua insan ini agar mereka mendapat kebahagian dari atas RahmatMu di dunia dan di akhirat. Amin"
**Tahniah Jimmy & Suhaila semoga korang berdua menjadi ibu bapa yang terbaik untuk Zahrah.

Jimmy Shanley Mahu Zahrah Membesar Depan Mata
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Jimmy dan isterinya, Suhaila.

PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley yang baru sahaja menerima kelahiran cahaya
mata sulungnya, Zahrah Shanley pada 24 Jun lalu, mahu anak perempuannya itu membesar di depan mata.

Bayi seberat 2.2 kilogram itu selamat dilahirkan oleh isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh pada pukul 6 petang, Jumaat lalu.

“Setelah isteri saya selesai berpantang di rumah mak mertua saya, saya akan membawa anak kami tinggal bersama-sama saya dan membesarkan dia secara sederhana. Jadi, isteri saya perlu mengikut serta jika dia mahu tinggal bersama-sama anak.

“Saya rasa, itu sahaja cara yang saya perlu lakukan untuk membawa isteri saya pulang kerana saya tidak akan menceraikan isteri saya seperti yang diinginkan olehnya,” kata Jimmy ketika dihubungi mStar Online, Ahad.

Jimmy yang telah melawat anak dan isterinya di hospital memberitahu makna Zahrah adalah sesuatu zahir yang cantik. Nama itu juga dipilih sempena gabungan hujung nama ibunya, Azizah (Zah) dan ibu mertuanya, Muniroh (rah).

“Saya sempat menjaga Zahrah sehingga pukul 2 pagi semalam. Bagaimanapun saya tidak boleh berlama-lama dengan dia sebab mempunyai komitmen lain yang perlu dilakukan.

“Bagaimanapun, saya akan meminta izin daripada mertua saya untuk tinggal sementara di rumahnya untuk sentiasa dekat dengan Zahrah. Kalau boleh saya nak Zahrah membesar depan mata saya,” ujarnya lagi.

Tambah Jimmy lagi: “Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani.

“Sudah sembilan bulan saya hidup sendirian dan tidak akan memikirkan untuk berkahwin lain atau mencari pembantu rumah untuk menjaga anak saya.”

Selepas isterinya selesai berpantang, Jimmy juga merancang untuk meraikan anaknya dalam majlis cukur jambul di rumah keluarga ibu mertuanya di Tanjung Dawai, Sungai Petani.
Sebelum menutup bicara, Jimmy turut sempat meluahkan: “Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.”

Pasangan Jimmy dan Suhaila bernikah pada 1 Oktober 2010.

Pada 8 Mac lalu, Jimmy memfailkan permohonan nusyuz agar isterinya kembali taat kepadanya kerana anak.

SUMBER

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More