TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Friday 8 July 2011

Apa nie ek..... UTK / VAT69 ?????

Ok hari nie aku nak citer sikit pasal elite team dalam PDRM. Korang tengok berita kat TV kan semalam. Tak pun korang mesti baca suratkhabar hari nie pasal drama tebusan 30 kanak-kanak & 4 guru tadika yang dijadi tebusan kan….kan….kan….

So apa kesudahannya ek???

Suspek berjaya ditembak oleh pihak Polis dan episod tebusan selesai tanpa ada kemalangan jiwa pada semua tebusan.

So siapa yang tembak????


Dalam kes nie kita semua dah tau melalui media pihak UTK terpaksa menggunakan jalan terakhir dengan melepaskan tembakan ke atas suspek untuk tamatkan siri berdarah nie.

Apa tu UTK / VAT69????? Dasat sangat ke diaorang nie?????

Bagi aku secara personally, aku memang respek ngan UTK & VAT69. Keje diaorang nie bukanlah mudah. Kalau salah langkah nyawa diaorang sendiri jadi ganti untuk selamatkan orang lain. Team UTK & VAT69 nie bukan calang-calang team dalam PDRM. Diaorang nie diberi gelaran KOMANDO.

Ok kat sini aku nak bagi sikit info untuk makluman korang semua. Korang leh tengok kat bawah nie yer.


VAT 69/UTK


1.) Logo Pasukan Elit Komando 69&UTK.


Logo VAT69

Motto - Warisan Darah Perwira


Hitam - Simbolik kepada penugasan 69 Komando dalam operasi-operasi yang mempunyai kerahsiaan yang tinggi.


Merah - Melambangkan keberanian bagi Perwira - perwira 69 Komando


Kuning - Melambangkan Ketaatsetiaan kepada Raja dan Negara.


Lembing / Tombak - Senjata tradisi yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu.


2 Bilah Kerambit - Merujuk kepada angka 69, melambangkan membunuh musuh secara senyap



Logo UTK

2.) Ditubuhkan pada:-


VAT 69 – 23 Oktober 1969


UTK – Januari 1975


3.) Digerakkan Oleh:


Polis Diraja Malaysia


4.) Jenis Unit:


Pasukan Elit


5.) Peranan:


Pencegah keganasan dalam negara dan penguatkuasa undang-undang


6.) Keanggotaan:


Sulit


7.) Sebahagian dari:


Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam - KDN/KA


8.) Markas/Ibu pejabat:


Ibu pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur & Ibu Pejabat Unit B PGK Briged Utara Ulu Kinta Perak


9.) Gelaran:


Task Force, 69 Komando , Charlie Force - 69, Special Project Unit, PGK Bravo - VAT 69


PGK A - UTK


10.) Motto:


Warisan Darah Perwira - VAT 69

Tangkas Banteras Ganas - UTK

11.) Sejarah Perang/pertempuran:


Insurgensi Komunis,

Penumpasan Lanun,
Pencegahan Jenayah,
Militan Rizal Aleh (MNLF)
PARA Challenge (Bagi 69 Komando)

VAT 69/UTK atau 69 Komando dan Unit Tindak Khas merupakan pasukan Operasi khas Polis Diraja Malaysia berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta, Perak dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, diletakkan dibawah arahan Timb. Jabatan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam. 


Anggota 69 Komando bersenjatakan SMG HK MP5 dan pistol Vektor SP1 dalam sesi latihan CQB di Kompleks CQB Cawangan Latihan 69 Komando Briged Utara.




Salah seorang anggota CIW Komando 69 bersiap sedia untuk menggempur musuh.

Anggota 69 Komando semasa menjalani latihan menembak HK MP5 di lapang sasar. Perhatikan salah seorang anggota unit ini cuba menembak melepasi celah jari jurulatih ke papan sasaran dengan menggunakan peluru hidup. Latihan sebegini amatlah menguji kemampuan seseorang penembak terutamanya menembak ke arah sasaran yang sukar, lebih-lebih lagi sekiranya berhadapan dengan pihak musuh yang menggunakan tebusan.


Sejarah 69 Komando


69 Komando telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama 69 Komando ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis. Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969. Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan 69 Komando dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar Grik, Perak untuk melatih platun percubaan 69 Komando. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama 69 Komando. Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis di hutan. Keputusannya, ramai di antara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron 69 Komando telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih 69 Komando yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.


Sejarah Unit Tindak Khas


Unit Tindakan Khas merupakan pasukan khas kedua PDRM selepas 69 Komando. Unit ini dipercayai ditubuhkan selepas Malaysia digegarkan dengan serangan pengganas (bukannya pengganas komunis) oleh sekumpulan Pengganas Merah Jepun atau nama dalam bahasa Jepun dikenali sebagai Nippon Seki-gun telah menjadikan lebih kurang 50 orang diplomat Amerika Syarikat dan Sweden serta diplomat tempatan sebagai tebusan di Kedutaan Amerika di bangunan AIA, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975, 2 tahun selepas insiden tebusan di Munich, Jerman oleh pengganas Black September Palestin pada tahun 1973. Pengganas terbabit mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Amerika untuk membebaskan 5 orang ahlinya yang telah dipenjarakan dan diterbangkan ke Libya. Sepertimana 69 Komando, Unit Tindak Khas telah mendapat latihan daripada para jurulatih SAS dan dipertingkatkan dengan taktik yang berlainan oleh SWAT Amerika dan dibekalkan dengan persenjataan khas seperti S&W .38 dan Colt M1911A1 serta Colt M16A1, mengamalkan taktik-taktik khas terkini yang diamalkan oleh unit-unit SWAT Amerika Syarikat. Dalam sesi penyertaan, hanya 20 orang pegawai polis sahaja yang telah berjaya dalam pemilihan ini. Pasukan ini turut menjalankan kawalan keselamatan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Sukan Komanwel 1998 bersama dengan Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia.

Tarian Gayung Perang Komando 69

1 Comments
Comments

1 comments:

woo, first time baca pasal ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More