TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Thursday 7 July 2011

Berita Terkini : 30 murid, 4 guru tadika Selamat. Suspek Cedera Ditembak UTK

Berita Terkini 07/07/2011 4:19pm

Kesemua tebusan yang ditahan oleh lelaki bersenjatakan parang telah selamat. Pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke atas lelaki berkenaan dan suspek dilaporkan mengalami cedera parah. Tahniah PDRM terutamanya geng UTK Bukit Aman. Well done guys.....korang dah jalankan tugas ngan baik. Harap perkara nie tak dipolitikan oleh pihak tertentu. Lebih-lebih lagi bila Polis terpaksa menundukkan penjenayah dengan senjata api.






Tebusan tadika: Tembakan dilepaskan; suspek cedera parah

07/07/2011 4:19pm

MUAR 7 Julai - Polis terpaksa melepaskan tembakan pada pukul 3.41 petang dan menyerbu masuk tadika yang menjadi lokasi empat guru dan 30 kanak-kanak di Taman Sungai Abong, di sini yang ditahan sebagai tebusan oleh seorang lelaki yang bersenjatakan parang.


Laporan awal mengatakan semua tebusan selamat dibebaskan manakala suspek cedera parah dan dibawa keluar dengan ambulans.


Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh pusat jagaan tersebut pada pukul 9.30 pagi dan difahamkan seorang kanak-kanak telah dicederakan.


Laporan Bernama sebelum ini menyebut, seorang pakar psikologi dikenali Dr. Lau Keen Lee dikatakan telah berusaha menenangkan lelaki yang dipercayai pesakit mental itu dari luar banglo dua tingkat tersebut. - Utusan


SUMBER

2 Comments
Comments

2 comments:

dunia nk kiamat .. byk pembunuhan berlaku skrg.. huhu tanda2 tuuu

cian bdk2 tu!! lama kot duk dlm tu sbg tebusannn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More