TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Saturday 9 July 2011

Kerajaan Prihatin Kerajaan Disayangi


Seluruh KL disekat untuk elakkan perhimpunan hari nie. Apa yang aku leh cakap kat sini pihak kerajaan yang tengah memerintah sekarang dan kerajaan yang akan datang perlu lebih peka dan prihatin atas nasib rakyat jelata. Cuba bayangkan walaupun disekat sana sini perhimpunan tetap berlaku. 

Rakyat dah makin berani bersuara ketika nie baik lelaki atau wanita yang muda, tua, golongan belia atau remaja. Masing-masing nak menyuarakan hak dan tuntutan melalui perhimpunan seperti nie. Maybe pada masa akan datang lepas nie akan ada perhimpunan seperti nie lagi kalau kerajaan tak menitikberatkan nasib dan kebajikan rakyat. 

Sebagai pemerintah perlu buka mata, pasang telinga & buka hati untuk berubah ke arah kebaikan bersama demi keamanan negara. Kerajaan yang responsif confirm akan disenangi dan disayangi oleh rakyat jelata. 

Tak mustahil lepas nie bukan takat 300,000 orang jer kumpul macam hari nie, silap haribulan 3 - 4 juta rakyat akan berhimpun untuk menyuarakan hak mereka. Kerajaan sediada dan kerajaan yang akan datang perlu berganding bahu dengan ahli akedemik, ulama-ulama, ilmuan Islam, pemikir, belia dan sebagainya untuk mencari resolusi untuk membentuk sebuah negara yang lebih aman dan makmur. 

Maybe peranan ulama dan ilmuan Islam perlu ditonjolkan bagi membantu kerajaan bukan hanya dalam bidang hal ehwal keagamaan saja tapi boleh digerakkan dalam hal ehwal semasa terutamanya dalam aspek pentadbiran yang lebih berkesan dan mantap. Apa-apa pun terpulang kepada kebijaksanaan kerajaan untuk mempertimbangkan hal nie. 

Apa yang pasti pihak DBKL akan lebih terkesan dalam hal nie sebab DIAORANG LER YANG NAK KENA BERSIH SEMUA SAMPAH SARAP hehehehehehe.......

2 Comments
Comments

2 comments:

haha...perenggan last skali bro...

@kamil: hehehehe ngatkan ko tak perasan kekekeke......itulah realitinya......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More