TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Saturday 23 July 2011

Serangan Bom Norway





OSLO, 23 Julai — Seramai 17 orang terbunuh dalam serangan berganda di Norway semalam — letupan bom di kawasan pejabat kerajaan yang turut menempatkan pejabat Perdana Menteri dan seorang menyamar sebagai polis melepaskan tembakan di tempat sekumpulan belia mengadakan program perkhemahan.

Serangan ini disifatkan sebagai yang paling besar di Eropah barat sejak pengeboman ke atas sistem pengangkutan awam di London pada 2005.

Tujuh mati dalam letupan bom di ibu negara Norway. Perdana Menteri Norway selamat dalam kejadian ini.

Susulan letupan di kawasan pejabat kerajaan yang menyebabkan kerosakan teruk, seorang lelaki melepaskan tembakan ke atas sekumpulan belia yang menyertai perkhemahan parti memerintah di Pulau Utoeya island, yang terletak di barat laut Oslo.

Menurut polis, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam kejadian itu.

“Saya nampak belia lari bertempiaran, melompat ke laut,” kata seorang saksi Kristine Melby kepada saluran televisyen Al Jazeera.

“Kami mendengar orang menjerit,” katanya.

Penembak berusia 32 tahun itu, seorang warga Norway, telah ditahan polis.

Serangan berganda ini membayangkan tindakan mirip Al-Qaeda tetapi penganalisis mendakwa ia kemungkinan dilakukan oleh militan sayap kanan. — Reuters

SUMBER: themalaysianinsider.com

1 Comments
Comments

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More