TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Saturday 23 July 2011

Robert Kuok Beli Kapal Bersalut Emas RM13 Bilion????

LONDON - Beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland semalam, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Kuok.

Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).

Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia.

Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.

Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.

Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.

Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.

Seorang ahli perniagaan dari Malaysia telah menempah dan memiliki sebuah kapal pesiaran supermewah di dunia. Kapal berharga US$ 3 bilion itu diperbuat daripada emas solid dan platinum!

Bukan itu saja, dinding kapal ruang utama menggunakan bahan terpilih yang amat sukar dicari di muka bumi, iaitu tulang dinosaurus T-Rex dan batu meteor. Bahkan kapal milik jutawan yang identitinya dirahsiakan itu juga memiliki sauh daripada emas padu


Kapal 100 kaki panjang yang dinamakan 'History Supreme' itu memerlukan masa selama tiga tahun untuk disiapkan oleh pembuat perhiasan dari Liverpool, Stuart Hughes. "Projek ini menggunakan 100 ribu kilogram emas dan platinum dan semua bahan di kapal pesiaran ini, termasuk dek dan ruang makan diperbuat daripada logam emas," ungkapnya.



Ia menambahkan, projek pembuatan kapal pesiaran emas adalah pekerjaan paling sukar dalam kariernya. Pembinaannya memerlukan waktu tiga tahun untuk merancang termasuk izin pembuatan dengan menggunakan bahan teristimewa.




0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More