TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Monday, 22 August 2011

Hukum Pegang, Sentuh & Bela Anjing

Salam Ramadhan semua. Semoga kita semua dilimpahi Rahmat oleh Allah sepanjang bulan yang mulia nie. Tak lama lagi dah nak raya. Cepatnyer masa berlalu kan.


Rasanya korang ada baca entry pasal isu Kontroversi Nanu Baharuddin Dengan Anjing???? Maybe korang ada baca kat tempat lain gak pasal isu nie. So macam-macam pandangan kita akan baca kat internet nie pasal isu nie. Ada yang marah, ada yang tak kisah, ada yang tak puas hati, ada yang berdebat bagai nak gila pasal isu nie dan macam-macam lagi lah. 

Cuba kita tanya balik pada diri kita. Bagaimana pandangan Islam dalam isu nie??? Terutamanya dari segi penerangan Al-Quran, Hadis Rasullah dan pandangan ulamak ulung.

Apa hukum pegang dan sentuh anjing?

Mengikut penjelasan Dr Asri melalui ulasan hadis Rasullah SAW dalam kuliah beliau pegang anjing takder masalah. Hanya perlu disamak dengan 1 bahagian air tanah dan 6 bahagian air mutlak sekiranya berlaku proses jilatan oleh anjing berkenaan pada mana-mana bahagian atau bekas. Korang leh rujuk pada video penerangan oleh Dr Asri berhubung isu ini.




Apakah hukum bela anjing sebagai haiwan peliharaan?


Dalam isu nie aku merujuk pada 2 sumber iaitu video kuliah yang diterangkan oleh Ustaz Azhar Idrus dan juga penjelasan yang disampaikan oleh Prof. Dr Yusof Al-Qardhawi melalui kitab Al-Halal Wal Haram Fil Islam.


Rumusan yang boleh aku simpulkan di sini adalah hukum membela anjing adalah HARAM sama sekali. Korang boleh rujuk maklumat kat bawah nie sebagai panduan dan penerangan.


Untuk penerangan oleh Ustaz Azhar Idrus korang boleh rujuk pada video kat bawah nie pada minit 08:00. Di mana ada penjelasan berhubung hukum bela anjing.



Untuk penerangan oleh Prof. Dr yusof Al-Qardhawi korang boleh rujuk pada penerangan kat bawah nie yang aku petik dari laman web Al-Hakam.

Penjelasannya boleh saja ditemui dalam kitab yang masyhur, alHalal wal Haram fil Islam oleh Prof Dr Yusof alQardhawi yang telah lama diterjemah dan beredar dalam pasaran. 
Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234)
Antara alasan-alasan fuqaha’ seperti Ibn Hajar ialah:

1. Ia menakutkan jiran-jiran dan orang lalu lalang di luar rumah kita atau orang yg mengunjunginya

2. berkurangnya pahala kepada pemeliharanya

3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing

4. Ada anjing yang menjadi dari jelmaan anjing (anjing hitam pekat)

5. Tabi’at anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)
Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas dan lugas, demikian kata Ibn Abdil Barr (atTamhid, 14/221).
Kata al-Qardhawi, walaupun majoriti fuqaha’ mengatakan haram, hakikat sebenarnya Islam tidaklah melihat anjing dengan keras, kasar dan harus membunuhnya. Dalil: hadith Jabir ra, ” kalau bukan kerana anjing-anjing itu satu ummat di antara umat-umat yang lainnya, niscaya aku perintahkan membunuhnya. (HR atTermidzi dan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram)
Rumusan:
1. Berdasarkan dalil-dalil yang banyak, maka pemeliharaan anjing sebagai hobi adalah dilarang oleh RasuluLlah saw dengan berita-berita yang tidak menggembirakan kepada pemeliharanya.
2. Walaupun anjing ditegah menjadi hobi, Islam tidaklah bersikap keras kepada anjing jika ada keperluan seperti unit anjing di jabatan kepolisian, menjaga ternakan dan tanaman.
Semoga penerangan ini dapat membantu korang semua. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kelemahan itu datangnya dari kita sendiri.


Selamat Berpuasa Semua.

11 Comments
Comments

11 comments:

kena tag artis yang pelihara anjing tu... biar diorang baca entry ni..

assalamualaikum...ape hukum kalau ada y memuji2(cute,cantik dan sbgnya)binatang tersebut..??

NAK BELA .BELA JER ...NABI PUN BELA ANJING BETINA DALAM UMAH LAGI....CUCU NYA SIAP MAIN LAGI DGN ANJING TU..

...adakah apa yg ditulis di atas boleh diterima 100%? apabila membicarakan tentang anjing mesti masukkan pandangan semua mazhab dengan dalilnya sekali, tu baru jelas,,,,,yg nombor 3 tu,,,keenganan malaikat masuk rumah pun salah,,,kalau malaikat enggan masuk rumah orang bela anjing, cam mana malaikat maut nak cabut nyawa? tak mati la orang tu,,,kalau ikut, "malaikat rahmat" tak masuk rumah bukan malaikat,,,,

...adakah apa yg ditulis di atas boleh diterima 100%? apabila membicarakan tentang anjing mesti masukkan pandangan semua mazhab dengan dalilnya sekali, tu baru jelas,,,,,yg nombor 3 tu,,,keenganan malaikat masuk rumah pun salah,,,kalau malaikat enggan masuk rumah orang bela anjing, cam mana malaikat maut nak cabut nyawa? tak mati la orang tu,,,kalau ikut, "malaikat rahmat" tak masuk rumah bukan malaikat,,,,

..adakah apa yg ditulis di atas boleh diterima 100%? apabila membicarakan tentang anjing mesti masukkan pandangan semua mazhab dengan dalilnya sekali, tu baru jelas,,,,,yg nombor 3 tu,,,keenganan malaikat masuk rumah pun salah,,,kalau malaikat enggan masuk rumah orang bela anjing, cam mana malaikat maut nak cabut nyawa? tak mati la orang tu,,,kalau ikut, "malaikat rahmat" tak masuk rumah bukan malaikat,,,,

..adakah apa yg ditulis di atas boleh diterima 100%? apabila membicarakan tentang anjing mesti masukkan pandangan semua mazhab dengan dalilnya sekali, tu baru jelas,,,,,yg nombor 3 tu,,,keenganan malaikat masuk rumah pun salah,,,kalau malaikat enggan masuk rumah orang bela anjing, cam mana malaikat maut nak cabut nyawa? tak mati la orang tu,,,kalau ikut, "malaikat rahmat" tak masuk rumah bukan malaikat,,,,

anjing kalau ikut mahzab maliki x najis dan boleh dibela,fikir positif la sikit,mungkin nanu ni bermahzab maliki

anjing kalau ikut mahzab maliki mmg x najis,fikir positif lah mungkin nanu ni bermahzab maliki ke

kalau x nak pencuri masuk upah je pengawal jaga dkt depan rumah atau dpn signboard taman perumahan apa tu,x pasal2 ada yg mati kena rompak pulak kan dah naya kalau x boleh bela anjing..

eleeh bela anjing haramm setidaknya ada juga mazhab kata tak haram...yang hang tengok Nanu tak tutup aurat yang jelas dalam AlQuran dan semua mazhab kata haram tak pulak kata haram.Pening orang Melayu nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More