TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Tuesday, 16 August 2011

Pak Guard & Pengurusan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Tak Mesra Alam

Salam Ramadhan semua. Sory ler kalau akan ada pembaca kat blog nie akan terasa dengan penulisan aku nie. Aku betul-betul kecewa yang teramat sangat dengan pihak security dan pengurusan KUIS yang buat undang-undang amat tak bertimbang rasa dan tak kena tempat terutama pada waris pelajar. MACAM HARAM!!!! aku ulang sekali lagi MACAM HARAM!!!!

Macam mana aku tak marah teramat sangat. Korang bayangkan lepas berbuka puasa & solat Magrib semalam aku terus gerak balik ke KL. Aku singgah ke Muar jap makan kat situ sebab perut dah lapar. Aku nie jenis tak makan banyak kalau lepas berbuka puasa. Makan ala kadar jer. Selalunya lepas solat tarawih baru aku makan. 

Dah selesai makan kat Muar terus ke Melaka hantar adik aku (Kimi) kat umah sewa dia. Esok ada kelas maklumlah student. Dia belajar kat UTEM. Then dari Melaka aku terus ke Bukit Mahkota hantar adik ipar aku lak kat KUIS. Kat sini lah bermulanya episode aku nak mengamuk ala-ala Hang Jebat moden.

Korang bayangkan dah ler aku letih drive dari Johor sampai kat pintu gate KUIS. "Maaf cik saya tak benarkan masuk sebab lebih dari kul 11.00 malam". Erk???? Biar betik. Ikut pakcik guard tu dia cakap pelajar perempuan balik lewat dari kul 11.00 malam tak dibenarkan masuk.

Apa ke lancau macam tu!!!! Wehhhh aku nie nak hantar adik aku masuk dalam hostel. Wife aku pun ada. Aku & wife adalah waris pada adik aku nie. Apa kejadah tak leh masuk. Mula ler aku nak tinggikan suara. Lepas tu ada ler beberapa buah kete sampai. Tu pun sama gak tak leh masuk. Wak lu!!!! Rata-rata yang datang  nie adalah waris nak hantar anak-anak atau adik diaorang masuk ke hostel.

Takkan tak leh nak timbang rasa lak. Nie kan bulan puasa dah tentu ada anak-anak amik kesempatan untuk balik jap ke kampung berbuka puasa ngan family. Takkan itu pun tak leh nak timbang rasa. BANGANG!!!! Aku ulang sekali lagi BANGANG!!! 

Aku dah explain ngan pak guard tu yang aku nie dari Johor gerak pun lepas solat Magrib. Takkan dalam masa sejam dua dah nak sampai. Giler ke apa!!!! Kalau cara macam nie ler punya gaya, patut ler banyak kes kemalangan jalan raya berlaku sebab nak kejar masa confirm bawa kete macam orang giler. Nie semua boleh berlaku atas ketidakprihatinan pihak yang BANGANG!!!! Aku ulang sekali lagi BANGANG!!! Nyawa lebih penting ke atau nak sampai awal atas sebab nak ikut peraturan punya hal. Aku ngan wife esok paginyer dah tentu keje. Sapa nak hantar lak dah ke KUIS esoknyer.

Lepas tu adik ipar aku kena panggil ngan pakcik ngan makcik guard tu. Apa diaorang bincang pun aku tak tahu. Yang pasti kena sound le kot ngan makcik guard tu. Lepas tu adik ipar aku tunjukkan surat saman. Lagi le aku hangin bila tengok diaorang kuarkan surat saman lak. Erk!!!!!! Memang macam lahanat!!!! Tak pasal-pasal dapat surat saman. Dalam surat saman tu adik aku kena jumpa ngan Ustaz Imran untuk explain ler pulak. Naper???? Apa aku nyer explanation  tak cukup kuat dah ke pada mata pihak security. Naper waris punya explanation dah tak leh pakai ke. Korang leh tengok kat bawah nie.

Walaupun surat saman nie berbentuk amaran bagi aku tak relevan sebab aku dan wife adalah waris yang ada pada waktu tu dah terangkan tapi tak leh nak terima gak alasan. Apa kejadah macam nie punya undang-undang. KUIS ngan aku suka-suka hati nenek tiri sebelah nenek pak guard tu ke nak hantar lewat. Kemon ler tolong consider. 

Lain ler kalau adik ipar aku nie keluar ngan kawan-kawan berfoya-foya kat luar then balik lewat. Yang itu aku tak salahkan pihak KUIS untuk amik tindakan tataterbit memang sah saja-saja nak langgar peraturan kolej. Sekiranya kes macam yang itu berlaku pada adik aku then pihak KUIS call aku, jangan risau aku sendiri akan suruh diaorang amik tindakan tataterbit. Takder hal. No big deal.

Dalam kes aku nie tak leh ke pihak KUIS nie prihatin dan bertimbang rasa sikit ada toleransi antara waris pelajar dan kolej???? Tak leh ke macam tu. Atau dalam Islam dah takder nilai timbang rasa lagi. KUIS nie Kolej Universiti Islam bukan calang-calang universiti bawa imej Islam yang dah tentu ada nilai-nilai toleransi, prihatin & bertimbangrasa. Kalau macam nie punya ketidakprihatinan yang ditunjukkan baik jangan pakai nama Kolej Universiti Islam lagi baik pakai nama Kolej Universiti Penjara Bangi.

Sekarang nie aku nak tengok apa tindakan yang akan diambil oleh Ustaz Imran. Harap pihak KUIS boleh bertimbang rasa lepas nie. Sebagai tanda protes aku akan siarkan semua gambar yang aku amik masa accident nie berlaku untuk tatapan korang semua. Aku akan forwardkan juga isu nie pada pihak Reaktor KUIS supaya jangan buat tindakan BANGANG pada waris pelajar. Cuba ler prihatin pada waris pelajar. Korang layan jer gambar kat bawah nie.

4 Comments
Comments

4 comments:

lebeh kurang guard2 kat uia la. balik lambat kena saman 50 hinggit. guard pun macam HARAM jugak. sound ikut sedap tekak. meluat tol. hekhek

kadang2 amalan bertolak-ansur ni tak digunapakai dlm masa2 seperti ni. ingin mengikut peraturan kononnya.

mana empatinya? manusia pegun.

dill.

patutlah pak guard tu layan ko mcm samseng,,,bahasa ko pun mcm samseng tak kenal islam je...maki merata....ko nak masuk kolej islam tapi ko tu bukan mcm islam je maki macam2....orang bukan islam lebih sopan bahasanya...lebih santun...kalau nak marah-marahlah..yg ko guna bahasa maki2 kenapa....inike akhlak islam...sedara....contoh kepada adik ipar ko....ko tu waris adik ipar ???? biar betik.....memang peraturan limit masuk kul 11.00, ........cuba ko jumpa untaz imran tu....ko maki2 kat sini boleh setlle ke....

mykuntakunte: terima kasih atas komen tuan....saya yakin tuan sorang yang berakhlak baik dari saya....maybe tuan belum terkena....kalau terkena pada muka tuan sendiri nak gak aku tengok reaksi tuan macam mana agak2nya bahasa tuan masa tu....

maybe tuan tak tengok gambar2 dlm tu kan....berapa ramai mak bapa dan sedara mara yang sampai waktu tu dari jauh.....ada dari kedah, ada dari perak, ada dari johor....kiranya waris2 yang tengah Q tu saja2 ke nak hantar anak2 diaorang lewat....tak boleh ke pihak pengurusan keselamatan bertimbang rasa dulu....masing2 guna bahasa yang elok waktu tu.....waris mana yang tak hangin bila dah jumpa cakap elok2 tiba terus tutup pintu pagar layan waris2 dari sebalik pintu pagar....tak leh berbincang cara elok ker....naper tuan waris yang ada kat situ saja2 ke nak hantar lewat....haprak sangat ke waris2 nie sampai diperlakukan mcm tu....

bila dah kena maki ngan waris2 dan keadaan dah makin tegang boleh lak buka pintu pagar....tu pun bila akak guard tu ckp akan keluarkan surat saman suruh jumpa dengan ustaz imran....takder masalah pun pada waris2 nak terima surat amaran ke apa walaupun sebenarnya tak relevan....marah memang ler tetap marah sbb KUIS nie bukan nyer penjara.....tp layan ler cara baik....kalau pak guard tu tak gunakan bahasa yang kasar awal2 agak2nyer waris2 yang lain ada kat situ akan cakap kasar balik ke....

yg datang tu waris pada anak2 yang belajar kat dlm tu.....kalau budak2 tu keluar saja2 ngan kawan2 then balik lewat aku sendiri akan suruh pak guard tu jgn bagi masuk pada adik aku tu....biar dia rasa sendiri....

kebetulan masa tu ada MPP kat post guard tu....dia sendiri datang minta maaf pada waris2....dia sendiri akui pak guard yang sorang nie agak payah nak bawa berbincang.....

apa2 pun mykuntakunte aku memang respek ngan ko bro sbb mempunyai ciri2 contoh islam yang terbaik....aku yakin bro mempunyai tahap yang sabar paling tinggi dari semua waris2 yang ada kat situ....

tq for your comment bro....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More