TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Friday 12 August 2011

Sumbangan Ramadhan: Tabung Bantuan Pulih Wajah Nurul Dahyatul Fazlinda

Korang masih ngat lagi kisah seorang budak cedera teruk akibat disimbah asid oleh bapanya sendiri seperti yang dilaporkan dalam media. Kisah adik Nurul Dahyatul Fazlinda nie penah dapat liputan meluas semua media yang ada di Malaysia nie baik TV, radio, surat khabar, majalah dan lain-lain lagi lah. Semua cerita pasal kisah nie. Sedih dengan nasib yang dia alami kesan akibat amarah seorang manusia yang gagal dikawal secara rasional.

Bayangkan seluruh badan adik nie terbakar agak teruk akibat terkena simbahan asid. Tak ke naya tu. Jadi sempena bulan yang mulia nie aku ingin mengambil peluang nie untuk bersama-sama ngan korang semua untuk membantu adik nie. Kita sama-sama hebahkan tentang info nie pada rakan-rakan blogger yang lain.

Aku dapat info nie pun dari blog Dapur Kak Jee. Korang leh tengok kat SINI untuk makluman lanjut. Kat bawah nie pun aku ada letak copy paste pasal hebahan nie. Jasa baik korang semua hanya Allah saja yang mampu balas.

Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, saya pohon jasa baik semua untuk menghebahkan tentang tabung khas bagi membiayai pulih wajah mangsa asid, Adik Nurul Dahyatul Fazlinda. Rasanya ramai yang tahu wajah Adik Nurul Dahyatul Fazlinda cedera teruk akibat terkena simbahan asid oleh bapanya sewaktu terjadinya pertelingkahan antara bapa dan ibunya.

Sebelum ini kulit paha Adik Nurul Dahyatul Fazlinda telah diambil untuk menampal parut pada mukanya. Kecederaan muka yang serius ini menyebabkan dia harus menjalani beberapa pembedahan yang pastinya menelan kos yang tinggi. Selain muka, bahagian badannya juga cedera teruk.

Sumbangan boleh dibuat atas nama :
 
TABUNG BANTUAN PULIH WAJAH NURUL DAHYATUL FAZLINDA – YPU
 
AKAUN : 13053010003071 (Bank Islam)
 
TEL : 09 – 6242424 / 013 – 9216897 (En. Hairulnizam)
 
p/s:gambar berdasarkan carian internet.





5 Comments
Comments

5 comments:

terima kasih atas hebahan..pohon bantuan dari sahabat-sahabat/pembaca anda juga...allah sahaja membalasnya

tak pasal2 budak ni jd mangsa pergaduhan ibu dan bapanya..huhu..mcm manalah agaknya ms depan dia..wallahualam..

kesian.
nanti saya nak buat entry pasal nie.
nak bookmark dulu.
thanks sebab share.

selamat berpuasa ;)

aduhai..kasihannya...
macam mana die nak berhadapan dgn masayarakat kelak kan..emm3

kesian kan.. harap2 hebahan ni mendapat sambutan dan tabung tuw dapat membantu, macam tabung asyraf student msia kat london tuw, br lancar je dah berpuluh2 ribu terkumpul, jd jangan mangsa dr situasai glemer je yg jadi perhatian, mangsa di ceruk kampung pun kene bantu.. k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More